TCG Anadolu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal serangan amfibia TCG Anadolu (L-400) semasa dalam pembinaan di Limbungan Sedef Shipyard, Istanbul.
Sejarah
Turki
Nama: TCG Anadolu
Bersempena dengan: Anatolia
Dipesan: 1 Jun 2015
Pembina: Sedef Shipbuilding, Inc.
Dibaringkan: 7 Februari 2018[1]
Dilancarkan: 30 April 2019
Ditauliah: 2022 (dijangka)[2]
Pengenalan: nombor Pennant: L-400[3][4]
Status: Dalam ujian di laut
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal serangan amfibia kelas Anadolu
Sesaran: 24,660 tan (konfigurasi "kapal pengangkut pesawat ringan") / 27,079 tan (konfigurasi "LHD")
Panjang: 232 m (761 ka 2 in)[5]
Lunas: 32 m (105 ka 0 in)[5]
Draught: 6.9 m (22 ka 8 in)[6]
Jana kuasa: 5 x 8,000 kW (11,000 hp) Penjana Diesel Man, 2 x 11 MW (15,000 hp) Siemens SiPOD , 2 x 1,500 kW (2,000 hp) bow thruster[5]
Halaju: 21 knot (39 km/j; 24 mph)[5]
Jarak: 9,000 batu nautika (17,000 km; 10,000 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)[5]
Anak kapal: 4 x LCM atau 2 x LCAC[6]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
SMART-S Mk.2 S-band 3D radar, SPN-720 Naval Precision Approach Radar, GENESIS-ADVENT Combat Management System, IRST, IFF, TDL, VMF, SATCOM, LWR, DDS, Torpedo Defense System[6]
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Nota: Kapal ini boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat ringan atau sebuah kapal serangan amfibia. Ia memiliki keupayaan untuk membawa dan mengoperasikan F-35B atau TAI Hürjet.[8]

TCG Anadolu (L-400)[3][4] adalah sebuah kapal serangan amfibia (LHD) dari Tentera Laut Turki yang boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat ringan.[6][7][9][5] Ia dinamakan bersempena dengan nama semenanjung Anatolia (Turki: Anadolu) yang mana mebentuk sebahagian besar daratan di Turki. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 April 2016 di limbungan Sedef Shipbuilding Inc. di Istanbul, di mana lunasnya telah dibaringkan pada 7 Februari 2018,[1] dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2022.[6][7][9][2] Kapal ini bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Turki, seperti mampu belayar lama, pertempuran jarak jauh atau operasi bantuan kemanusiaan; sementara pada masa yang sama masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah pusat arahan dan kapal laksamana untuk Tentera Laut Turki.[7] Ia didakwa akan menjadi kapal pengangkut pesawat pertama yang akan melancarkan kenderaan tempur udara tanpa pemandu (UCAV)[10]

Konsortium Sedef–Navantia telah memenangi tender untuk projek pembinaan LPD/LHD untuk Tentera Laut Turki dan Anadolu mempunyai rekabentuk yang sama dengan kapal milik Sepanyol, Juan Carlos I. Kesemua persenjataan akan dibekalkan oleh firma-firma Turki iaitu Aselsan dan Havelsan.[11][12][13][14][15][16] Kapal ini akan dipasang dengan sebuah sistem pengurusan tempur Turki yang dikenali dengan GENESIS-ADVENT,[17][18][19] yang mana akan diintegrasi oleh Aselsan dan Havelsan.[20] Pendaratan pesawat dalam semua keadaan cuaca akan dibantu oleh Leonardo SPN-720[21] Precision Approach Radar.

Navantia akan menyediakan rekabentuk, pertukaran teknologi, peralatan dan bantuan teknikal kepada Sedef Shipyard untuk mereka dan membangunkan Anadolu, yang mana akan dikelaskan sebagai sebuah kapal pengangkut ringan/LHD oleh Lloyd Turki.[22][23]

TCG Trakya[sunting | sunting sumber]

Pembinaan kapal kedua yang serupa iaitu TCG Trakya, kini dirancang oleh Tentera Laut Turki.[24][25] Trakya bermakna Thrace dalam Turki.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Keel Laying of Future Turkish Navy LHD TCG Anadolu". Navy Recognition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 February 2018.
  2. ^ a b "Turkey's TCG Anadolu to allow drones to land, takeoff in global 1st". 25 March 2021.
  3. ^ a b "TCG Anadolu envantere girmeye hazırlanıyor". SavunmaSanayiST.com. 2019-11-21.
  4. ^ a b "Türkiye'nin ilk uçak gemisi TCG Anadolu'da test süreci başladı". Turksail.com. 2020-02-02.
  5. ^ a b c d e f g h i "Technical specifications of TCG Anadolu (L-400)". Turkishnavy.net. 2 May 2016.
  6. ^ a b c d e "Turkey Started the Construction of its future LHD TCG Anadolu". Navy Recognition. 2 May 2016.
  7. ^ a b c d "The Construction Of The Multipurpose Amphibious Assault Ship TCG Anadolu Has Started". Bosphorus Naval News. 2 May 2016.
  8. ^ "Turkey Plans to Deploy Indigenous Aircraft 'Hürjet' on LHD Anadolu". 20 April 2021.
  9. ^ a b "First steel cut for Turkish LHD ship". Naval Today. 3 May 2016.
  10. ^ SABAH, DAILY (2021-03-25). "Turkey's TCG Anadolu to allow drones to land, takeoff in global 1st". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-11.
  11. ^ "Turkey's 'national flagship' set to sail in 2021". hurriyetdailynews. Dicapai pada 5 January 2016.
  12. ^ Navantia: "Navantia and local partner selected by Turkey for construction of one LPD based on the Juan Carlos I", 27 December 2013.
  13. ^ Navy Recognition: "Turkey selects Navantia's Juan Carlos LHD design as winner of its LPD tender", 28 December 2013.
  14. ^ World Maritime News: "Navantia and SEDEF Join Forces to Construct LHD and LCMs for Turkish Navy", 7 January 2014.
  15. ^ World Maritime News: Concept design of the Turkish variant of Juan Carlos I (L-61) class BPE
  16. ^ "Turkey's Future LHD Could Be Modified as an "Aircraft Carrier" to Deploy F-35B Jets". 2 January 2015.
  17. ^ "Navantia and SEDEF Join Forces to Construct LHD and LCMs for Turkish Navy". World Maritime News. 7 January 2014. Dicapai pada 23 May 2015.
  18. ^ "Model of the Turkish variant of Juan Carlos I (L-61) class LHD". Dartmouth Centre for Seapower and Strategy, Plymouth University. 11 May 2015. Dicapai pada 11 November 2015.
  19. ^ "Turkey's Future LHD Could Be Modified as an "Aircraft Carrier" to Deploy F-35B Jets". Navy Recognition.com. 2 January 2015. Dicapai pada 23 May 2015.
  20. ^ "Turkish Navy Future LHD Model Showcased with F-35B STOVL Aircraft at IDEF 2015" (Siaran akhbar).
  21. ^ "SPN 720". Leonardo Company. 2021. Dicapai pada 12 May 2021.
  22. ^ "Navantia and local partner selected by Turkey for construction of one LPD based on the Juan Carlos I" (Siaran akhbar). Navantia. 27 December 2013. Dicapai pada 23 May 2015.
  23. ^ "Turkey selects Navantia's Juan Carlos LHD design as winner of its LPD tender". Navy Recognition.com. 28 December 2013. Dicapai pada 23 May 2015.
  24. ^ Ahmet Doğan (2019-11-09). "TCG Trakya ne zaman bitecek?". DenizHaber.com.
  25. ^ Anıl Şahin (2019-02-14). "Deniz Kuvvetlerinden TCG Trakya açıklaması". SavunmaSanayiST.com.