Tamadun Minoan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sisa-sisa peradaban Minoa.
Peta Minoan Crete

Tamadun Minoan merupakan tamadun Zaman Gangsa yang muncul di kepulauan Crete dan berkembang sekitar abad ke-27th BC sehingga abad ke-15 BC.[1] Ia dijumpai pada permulaan abad ke-20 melalui usaha pakar arkheologi British Arthur Evans. Will Durant merujuk kepadanya sebagai "hubungan pertama dalam rantaian Europah."[2] Penduduk awal Crete menetap seawal 128,000 BC, semasa Pertengahan zaman Paleolithik.[3][4] Bagaimanapun, hanya sehingga 5,000 BC tanda pertanian maju muncul.

Peradaban Minoa terkenal dengan perdagangan lautnya dan kota-kotanya yang teratur. Orang-orang Minoa memiliki sistem pertanian yang mengutamakan zaitun dan anggur. Agama mereka lebih banyak memuja dewi. Peradaban Minoa digantikan oleh Tamadun Mikenai.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui panggilan sebenar Minoans pada diri mereka sendiri. Istilah "Minoan" dicipta oleh Arthur Evans sempena mitos "raja" Minos.[5] Minos dikaitkan dalam mitos Yunani dengan labirin, yang dikenal pasti oleh Evans sebagai tapak di Knossos. Ia kadang kala dikemukakan bahawa tempat Mesir Kuno dengan nama "Keftiu" (*Káftiu kftiw) dan "Kaftor" Semitik atau "Caphtor" dan "Kaptara" dalam arkib Mari, Syria merujuk kepada pulau Crete; "Sebaliknya sesetengah fakta diakui mengenai Caphtor/Keftiu hanya boleh dikaitkan dengan sukar dengan Crete," menurut John Strange.[6] Dalam Odyssey, dikarang berabad selepas kemusnahan tamadun Minoan, Homer menggelar penduduk asli Crete bahasa Eteocretan ("Cretans sebenar"); ini mungkin merupakan keturunan dari Minoans.

Istana Minoan (anaktora) adalah jenis bangunan paling banyak diketahui yang telah dibongkar di pulau tersebut. Ia merupakan bangunan penting yang berfungsi bagi tujuan pentadbiran sebagaimana terbukti dengan sejumlah besar arkib yang didedahkan oleh ahli arkheologi. Setiap istana yang dibongkar sehingga kini memiliki ciri-ciri unik, tetapi mereka turut berkongsi ciri-ciri yang membezakan mereka dengan struktur yang lain. Istana ini sering kali bertingkat, dengan tangga dalam dan luar, telaga cahaya, tiang yang besar, bilik simpanan dan halaman.

Ia kelihatan bahawa bangsa Minoan bukanlah Proto-Indo-Europah, dan mereka tidak memiliki kaitan dengan penduduk pre-Yunani di tanah besar Yunani dan Anatolia Barat, yang dikenakli sebagai bangsa Pelasgian.[7] Bagaimanapun, peradapan Minoan adalah lebih maju dan sofsikated berbanding kebudayaan Helladic semasa ketika zaman gangsa. Skrip Minoan (Linear A) masih belum ditafsirkan, tetapi ia kelihatannya mewakili bahasa Tyrsenian/Aegean, tidak berkait dengan sebarang bahasa Indo-Europah. Dari zaman neolithik Crete duduk dipertengahan antara dua aliran tamadun mengarah ke barat: Aliran budaya Asiatik hadapan dan Afrika utara. Ia kelihatannya bahawa bagi beberapa abad Minoan Crete kekal bebas dari sebarang penjajah dan berjaya mengembangkan budaya dibangunkan sendiri yang berlainan yang kemungkinannya paling maju di kawasan Mediterannean semasa zaman gangsa.[8][9]

Kronologi dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Disebalik mengaitkan tarikh takwim mutlak bagi tempoh Minoan, ahli arkheologi menggunakan dua sistem kronologi perbandingan. Yang pertama, dicipta oleh Evan dan diubah suai oleh ahli arkheologi berikutnya, berasaskan gaya tembikar. Ia membahagi tempoh Minoan kepada tiga era utama—Minoan Awal ("Early Minoan-EM"), Minoan Pertengahan ("Middle Minoan-MM"), dan Minoan Akhir ("Late Minoan-LM"). Era ini dibahagikan dengan lebih lanjut, contoh. Minoan Awal I, II, III (EMI, EMII, EMIII). Satu lagi sistem tarikh, dicadangkan oleh ahli arkheologi Greek Nicolas Platon, diasaskan menurut perkembangan kompleks senibina dikenali sebagai "istana" di Knossos, Phaistos, Malia, dan Kato Zakros, dan membahagi tempoh Minoan kepada tempoh Prepalatial, Protopalatial, Neopalatial, dan Post-palatial. Kaitan antara sistem ini diberikan dalam jadual dikepilkan, dengan anggaran tarikh takwim diambil dari Warren dan Hankey (1989).

Letusan Thera berlaku semasa fasa matang tempoh LM IA. Tarikh takwim bagi ledakan gunung berapi merupakan pertikaian hangat. Pentarikhan radiokarbon menunjukkan tarikh pada lewat abad ke-17 BC;[10][11] tarikh radiokarbon tersebut, bagaimanapun, bercanggah dengan anggaran ahli arkheologi yang menyelaras ledakan tersebut dengan kornologi Mesir konvesional dan mendapat tarikh sekitar 1525-1500 BC.[12][13][14] Lihat rencana mengenai tarikh ledakan Thera bagi perbincangan lanjut. Letupan ini sering kali dikenalk pasti sebagai kejadian malapetaka semulajadi yang mendorong kepada kajatuhan mengejutnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  Kornologi Minoan
3650-3000 BC EMI Prepalatial
2900-2300 BC EMII
2300-2160 BC EMIII
2160-1900 BC MMIA
1900-1800 BC MMIB Protopalatial
(Tempoh Istana Kuno)
1800-1700 BC MMII
1700-1640 BC MMIIIA Neopalatial
(Tempoh Istana Baru)
1640-1600 BC MMIIIB
1600-1480 BC LMIA
1480-1425 BC LMIB
1425-1390 BC LMII Postpalatial
(Di Knossos, Tempoh Istana Akhir)
1390-1370 BC LMIIIA1
1370-1340 BC LMIIIA2
1340-1190 BC LMIIIB
1190-1170 BC LMIIIC
1100 BC Subminoan

Bukti tertua penghuni di Crete merupakan peninggalan masyarakat petani Neolithik sebelum seramik yang bertarikh sekitar 7000 BC.[15] Kajian perbandingan mengenai haplogroups DNA bagi orang Cretan moden menunjukkan bahawa pengasas kelompok lelaki dari Anatolia atau Levant, dikongsikan dengan orang Greeks.[16] The neolithic population dwelt in open villages. On the shores, there were fishermen's huts, while the fertile Mesara Plain was used for agriculture.[7]

Zaman Gangsa bermula di Crete sekitar 2700 BC.[17] Pada akhir Milinium ke-3 BC, beberapa tempatan di pulau berkembang menjadi pusat perdagangan dan kerjatangan. Ini membolehkan kelas atasan untuk meneruskan amalan aktiviti kepimpinan dan mengembangkan pengaruh mereka. Ia kemungkinannya asal hierarchies bagi elit tempatan digantikan dengan struktur kuasa raja-raja - syarat awal bagi penciptaan istana agung.[18] Dari Awal Zaman Gangsa (3500 BC hingga 2600 BC), budaya Minoan di Crete membayangkan keagungannya.[19]

Pada akhir tempoh MMII (1700 BC) terdapat gangguan besar di Crete, kemungkinannya gempa bumi, atau kemungkinannya penjajahan dari Anatolia.[20] Istana di Knossos, Phaistos, Malia, dan Kato Zakros musnah. Tetapi dengan permulaan tempoh Neopalatial, bilangan penduduk kembali meningkat,[21] istana dibina semula pada skala lebih besar dan penempatan baru dibina di seluruh pulau. Tempoh ini (abad ke-17 dan ke-16 BC, MM III / Neopalatial) mewakili puncak kebudayaan Minoan. Terdapat malapetaka semulajadi sekali lagi sekitar 1600 BC, kemungkinannya akibat ledakan gunung berapi Thera. Malah malapetaka ini tidak mematah semangat Minoans: istana dibina kembali dan dibuat dengan lebih hebat dari sebelumnya.[18]

Pengaruh kebudayaan Minoan di luar Crete menonjolkan dirinya dalam kehadiran barangan buatan tangan Minoan yang berharga di tanah besar Greek. Ia kemungkinannya istana pemerintah kebudayaan Mycenae berkait dengan jaringan perdagangan Minoan. Selepas sekitar 1700 BC, bahan budaya di tanah besar Greek mencapai tahap baru hasil pengaruh Minoan.[18] Hubungan antara Mesir Purba dan Crete adalah jelas. Barangan seramik Minoan dijumpai di bandar-vbandar Mesir dan Minoans mengimport beberapa barangan dari Mesir, terutamanya papyrus, termasuk juga idea senibina dan kesenian. Hierograf Mesir menjadi model bagi tulisan bergambar Minoan, dari mana sistem penulisan Linear A dan Linear B kemudiannya berkembang.[7]

Sekitar 1450 BC, kebudayaan Minoan mengalami titik perubahan akibat malapetaka semulajadi, kemungkinannya gempa bumi. Satu lagi letupan gunung berapi Thera telah dikaitkan dengan kemerosotan ini, tetapi pentarikhan dan kesalnya kekal dipertikaikan. Beberapa istana penting di lokasi seperti Mallia, Tylissos, Phaistos, Hagia Triade termasuk juga ruang duduk di Knossos turut musnah. Istana di Knossos kelihatannya kekal utuh. Ini menyebabkan Dinasti di Knossos mampu mengembangkan pengaruhnya ke sebahagian besar Crete, sehingga ia diatasi oleh Mycenaean Greek.[18]

Tapak istana Minoan diduduki oleh Myceneans sekitar 1420 BC[22] (1375 BC menurut sumber lain),[18] yang menyesuaikan skrip Linear A Minoan bagi keperluan bahasa Mycenaean mereka sendiri, satu bentuk Yunani Purba, yang ditulis dalam Linear B. Arkib pertama sebegitu di mana-mana adalah pada era LMII "Bilik Meja Pedati". Myceneans biasanya cenderung menyesuai, bukannya memusnahkan, budaya, ugama, dan kesenian Minoan,[23] dan mereka kekal mengendali sistem ekonomi dan birokrasi Minoans.[18]

Semasa LMIIIA:1, Amenhotep III di Kom el-Hatan mencatatkan k-f-t-w (Kaftor) sebagai satu dari "Tanah Rahsia di Utara Asia". Turut disebut adalah bandar Cretan seperti Ἀμνισός (Amnisos), Φαιστός (Phaistos), Κυδωνία (Kydonia) dan Kνωσσός (Knossos) dan sebahagian toponym dibina semula sebagai kepunyaan Cyclades atau tanah besar Greek. Jika nilai nama Mesir ini adalah tepat, dengan itu Firaun ini tidak memberikan keistimewaan LMIII Knossos melebihi negara lain di kawasan ini.

Selepas seabad dari pemulihan separa, kebanyakan bandar dan istana di Cretan mengalami kemerosotan pada abad ke-13 BC (LHIIIB/LMIIIB). Arkib terakhir Linear A bertarikh sehingga LMIIIA (semasa dengan LHIIIA).

Knossos kekal sebagai pusat pentadbiran sehingga 1200 BC; tapak terakhir Minoan[24] merupakan tapak pertahanan di gunung di Karfi, tapak pelarian yang memaparkan sisa kebudayaan Minoan sehingga hampir ke Zaman Besi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Crete merupakan pulau bergunung dengan pelabuhan semulajadi. Terdapat tanda kerosakan gempa bumi dikebanyakan tapak Minoan dan tanda jelas kedua-dua tanah naik dan pemendapan tapak persisiran akibat proses tetonik disepanjang pantai.[25]

Homer menulis dalam tradisi bahawa Crete memiliki 90 bandar.[26] Bagi menilai dari tapak istana di pulau kemungkinannya dibahagi kepada sekurang-kurangnya lapan unit politik semasa kemuncak tampoh Minoan. Bahagian utara dipercayai diperintah dari Knossos, di selatan dari Phaistos, di tengah bahagian timur dari Malia, dan hujung timur dari Kato Zakros dan di barat dari Chania. Istana lebih kecil telah dijumpai te tepat-tempat yang lain.

Sesetengah tapak carigali Minoan utama adalah:

  • Istana
    • Knossos - terbesar[27] tapak arkeologi Zaman Gangsa di Crete; dibeli bagi carigali oleh Evans pada 16 March 1900.
    • Phaistos - kedua terbesar[27] bangunan istana di istana, dicarigali oleh sekolah Itali tidak lama selepas Knossos
    • Malia - subjek carigali Perancis, pusat istana yang mamberikan pandangan pada perkembangan istana semasa tempoh protopalatial
    • Kato Zakros - tapak istana yang dicarigali oleh ahli arkheologi Greek di timur jauh pulau. Ia juga dirujuk sebagai "Zakro" dalam penulisan arkheologi.
    • Istana Galatas - paling terkiniTemplat:When tapak istana disahkan
  • Agia Triada - pusat pentadbiran berhampiran Phaistos
  • Gournia - bandar dicarigali pada suku pertama abad ke-20 oleh Sekolah Amerika
  • Pyrgos - tapak Minoan awal di selatan pulau
  • Vasiliki - tapak awal Minoan ke arah timur pulau yang memberikan namanya bagi barangan seramik berlainan
  • Fournu Korfi - tapak di selatan pulau
  • Pseira - bandar pulau dengan tapak upacara
  • Mount Juktas - teragung[petikan diperlukan] salah satu puncak perlindungan Minoan kerana kaitannya dengan istana Knossos
  • Arkalochori - tapak jumpaan Kapak Arkalochori terkenal.
  • Karfi - tapak perlindungan semasa akhir tempoh Minoan, satu dari tapak Minoan
  • Akrotiri - penempatan di pulau Santorini (Thera), berhampiran tapak Letupan Thera
  • Zominthos - bandar bergunung di bahagian utara kaki Gunung Ida

Masyarakat dan budaya[sunting | sunting sumber]

Ketulan tembaga Minoa
Fresco showing three women who were possibly Queens.

Bangsa Minoan terutamanya bangsa pedagang yang terbabit dengan perdagangan luar negara. Budaya mereka, dari 1,700 BC seterusnya, menunjukkan tahap aturan yang tinggi.

Ramai sejarahwan dan ahli arkeologi percaya bahawa Minoans terbabit dalam perdagangan timah yang penting pada Zaman Gangsa: timah, digabung dengan tembaga kelihatannya dari Cyprus, digunakan bagi menghasilkan gangsa. Kemerosotan peradapan Minoan dan kemerosotan dalam kegunaan peralatan gangsa digantikan dengan besi kelihatannya berkait.

Orang Minoan berdagang safron, stigma mutasi crocus yang berasal dari lembangan Aegean sebagai mutasi kromosom semulajadi, meninggalkan hanya sedikit tinggalan: fresco pengutip safroncdi Santorini jelas diketahui. Perdagangan diwarisi mendahului kebudayaan Minoan: nilai pulangannya boleh dibandingkan dengan kemian, atau lada hitam. Ahli arkheologi cenderung memberi penekanan bahan perdagangan lebih tahan: seramik, tembaga, dan timah, dan jumpaan dramatik emas dan perak.

Objek hasilan Minoan mencadangkan terdapat jaringan perdagangan dengan tanah besar Greece (terutamanya Mycenae), Cyprus, Syria, Anatolia, Mesir, Mesopotamia, dan arah barat sejauh persisiran Sepanyol.

Lelaki Minoa mengenakan kain cawat dan kilt (semacam rok). Perempuannya mengenakan jubah dengan lengan baju yang pendek serta skirt berlapis yang mengembang. Ini terbuka di pusat sehingga memaparkan payudara mereka terdedah, kemungkinannya semasa istiadat tertentu. Wanita juga memiliki pilihan untuk mengenakan anak baju ketat tanpa tali. Pola pakaiannya menekankan pada pola geometrik sekata ("simetri"). Perlu diingat bahawa bentuk pakaian lain mungkin dikenakan yang kita tiada rekod mengenainya.

Agama bangsa Minoa lebih memuja dewi dengan pendeta perempuan sebagai penghubungnya.[28] Patung pendeta perempuan dalam budaya Minoa dan lukisan dinding menampilkan lelaki dan perempuan terbabit dalam olahraga melompati lembu, membuat para ahli menyimpulkan bahwa lelaki dan perempuan memiliki status sosial yang setara dalam sistem sosial Minoa. Diduga sistem warisnya adalah matrilineal. Fresco (lukisan dinding) banyak menampilkan berbagai macam jantina (jenis kelamin) dibedakan berdasarkan warna kulit: laki-laki berwarna kulit coklat kemerahan, sementara perempuan berkulit putih.

Kesenian[sunting | sunting sumber]

Lukisan dinding "lompat banteng", ditemukan di situs Knossos, menunjukkan bahwa terdapat suatu olahraga atau ritual keagamaan melompati seekor banteng, figur manusia berkulit gelap adalah lelaki, sedangkan yang berkulit terang adalah perempuan.

Koleksi seni Minoa dipamerkan di museum Heraklion, dekat Knossos di pantai utara pulau Crete. Karena kayu dan tekstil telah lama musnah, benda peninggalan yang tersisa dari peradaban Minoa adalah tembikar, arsitektur istana dengan dinding yang dilukisi fresco, patung batu, serta batuan Minoa yang diukir halus.

Tembikar[sunting | sunting sumber]

Pada tempoh Awal Minoan seramik berciri pola garis linear berpilin, segi tiga, garis melengkung, silang, motif tulang ikan, dan seumpamanya. Pada tempoh Pertengahan Minoan reka bentuk semulajadi seperti ikan, sotong, burung, dan lili adalah biasa. Pada tempoh Akhir Minoan, bunga dan haiwan masih merupakan ciri utama, tetapi kepelbagaian telah meningkat. 'Gaya istana' bagi kawasan sekitar Knossos berciri ringkasan geomatrik kuat bentuk semulajadi dan lukisan monokrom. Juga penting adalah persamaan antara seni Minoan Akhir dan Mycenaean Greece. Fresco merupakan bentuk seni utama semasa tempoh budaya Minoan ini.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ancient Crete" in Oxford Bibliographies Online: Classics, offers a scholarly guide to the academic literature on this topic.
  2. Durant, The Life of Greece (The Story of Civilization Part II, (New York: Simon & Schuster) 1939:11.
  3. http://www.nytimes.com/2010/02/16/science/16archeo.html Wilford, J.N., On Crete, New Evidence of Very Ancient Mariners, The New York Times, Feb 2010
  4. http://www.wired.com/wiredscience/2010/01/ancient-seafarers/ Bowner, B., Hominids Went Out of Africa on Rafts, Wired, Jan 2010
  5. John Bennet, "Minoan civilization", Oxford Classical Dictionary, 3rd ed., p. 985.
  6. Strange, Caphtor/Keftiu: a new investigation, 1980:125; Strange reprints the source texts 16-112.
  7. 7.0 7.1 7.2 Hermann Bengtson: Griechische Geschichte. C.H.Beck, München, 2002. 9th Edition. ISBN 340602503X. pp.8-15
  8. F.Schachermeyer (1964).Die Minoiische Kultur des alten Kreta.W.Kohlhammer Stuttgart. pp.17-18,58-60,257,262-263,
  9. A.Furumark.Upsala University (1972).The Thera catastrophe and the consequences for the European civilization.Thera and the Aegean world I .Thera and the Aegean world.London. pp. 664-669
  10. Manning, Sturt W; Ramsey, CB, Kutschera, W, Higham, T, Kromer, B, Steier, P, and Wild, EM (2006). "Chronology for the Aegean Late Bronze Age 1700-1400 B.C". Science (American Association for the Advancement of Science) 312 (5773): 565–569. doi:10.1126/science.1125682. PMID 16645092. Diperolehi pada 2007-03-10. 
  11. Friedrich, Walter L; Kromer, B, Friedrich, M, Heinemeier, J, Pfeiffer, T, and Talamo, S (2006). "Santorini Eruption Radiocarbon Dated to 1627-1600 B.C". Science (American Association for the Advancement of Science) 312 (5773): 548. doi:10.1126/science.1125087. PMID 16645088. Diperolehi pada 2007-03-10. 
  12. "Chronology". Thera Foundation. Diperolehi pada 2009-01-03. 
  13. Balter, M (2006). "New Carbon Dates Support Revised History of Ancient Mediterranean". Science 312 (5773): 508–509. doi:10.1126/science.312.5773.508. PMID 16645054. 
  14. Warren PM (2006). Czerny E, Hein I, Hunger H, Melman D, Schwab A, pengarang. Timelines: Studies in Honour of Manfred Bietak (Orientalia Lovaniensia Analecta 149). Louvain-la-Neuve, Belgium: Peeters. pp. 2: 305–321. ISBN 90-429-1730-X. 
  15. C. Broodbank, T. Strasser, "Migrant farmers and the Neolithic colonisation of Crete" Antiquity 1991 65: 233–245.
  16. R.J. King, S.S. Ozcan et al., "Differential Y-chromosome Anatolian influences on the Greek and Cretan Neolithic"
  17. Carl Roebuck, The World of Ancient Times (Charles Scribner's Sons: New York, 1966) p. 101.
  18. 18.0 18.1 18.2 18.3 18.4 18.5 Karl-Wilhelm Welwei: Die Griechische Frühzeit. C.H.Beck, München, 2002. ISBN 3406479855. pp.12-18
  19. Hermann Kinder & Werner Hilgemann Anchor Atlas of World History, (Anchor Press: New York, 1974) p. 33.
  20. Beck, Roger B.; Linda Black, Larry S. Krieger, Phillip C. Naylor, Dahia Ibo Shabaka, (1999). World History: Patterns of Interaction. Evanston, IL: McDougal Littell. ISBN 0-395-87274-X. 
  21. All estimates have been revised downward by Todd Whitelaw, “Estimating the Population of Neopalatial Knossos,” in G. Cadogan, E. Hatzaki, and A. Vasilakis (eds.), Knossos: Palace, City, State (British School at Athens Studies 12) (London 2004); at Moschlos in eastern Crete, the population expansion was at the end of the Neoplalatial period (Jeffrey S. Soles and Davaras, Moschlos IA 2002: Preface p. xvii).
  22. Carl Roebuck, The World of Ancient Times p. 77.
  23. Ibid. p. 107.
  24. BBC "The Minoan Civilisation of Crete" :"The later Minoan towns are in more and more inaccessible places, the last one being at Karfi, high in the Dikti Mountains. From that time onward, there are no traces of the Minoans".
  25. Sebagai contoh, peningkatan sehingga 9 meter di barat Crete dikaitkan dengan gempa bumi 365 dibincangkan dalam LStathis C. Stiros, "The 8.5+ magnitude, AD365 earthquake in Crete: Coastal uplift, topography changes, archaeological and Ihistorical signature" Quaternary International (23 May 2009).
  26. Homer, Odyssey xix.
  27. 27.0 27.1 "Thera and the Aegean World III". Diperolehi pada 2009-09-13. 
  28. Patricia Rosof Family History p.12