Taman Teknologi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Teknologi Malaysia atau Technology Park Malaysia (TPM) ialah pusat penyelidikan dan pembangunan termaju di Malaysia. Ia diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (kini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia) yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan.

Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan pemindahan teknologi.