Tanah Permaisuri Maud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah Permaisuri Maud
Dronning Maud Land
Bendera Tanah Permaisuri Maud Land
Bendera
Lokasi  Tanah Permaisuri Maud  (merah) di Antartika  (putih)
Lokasi  Tanah Permaisuri Maud  (merah)

di Antartika  (putih)

KerajaanWilayah tanggungan
• Pentadbiran
Kementerian Keadilan dan Polis Norway
Wilayah tanggungan Norway
14 Januari 1939
19 Januari 1939
• Penyerahan Jerman Nazi
8 Mei 1945
• Wilayah tanggungan
21 Jun 1957
23 Jun 1961
• Dikembangkan
12 Jun 2015
Keluasan
• Jumlah
2,700,000 km2 (1,000,000 bt2)
Kod ISO 3166AQ

Tanah Permaisuri Maud (Norway: Dronning Maud Land)[note 1] ialah sebuah kawasan Antartika berkeluasan 2.7 juta kilometer persegi (1 juta batu persegi)[2] yang dituntut sebagai wilayah tanggungan[3] Norway. Wilayah terletak di antara 20° barat dan 45° di timur, di antara  Wilayah Antartika British di sebelah barat yang dituntutnya dan Wilayah Australia Antartika di sebelah timur. Kawasan Timur Antartika, ini terdiri kira-kira satu-kelima dari kawasan keseluruhan Antartika. Kawasan tuntutan ini dinamakan Permaisuri Maud dari Wales (1869-1938).

Sejarah penemuan[sunting | sunting sumber]

Hjalmar Riiser-Larsen, seorang peneroka warga Norway, merupakan orang pertama yang diketahui menjejakkan kaki ke kawasan ini pada tahun 1930. Pada 14 Januari 1939, wilayah ini telah dituntut oleh Norway. Dari tahun 1939 sehingga 1945, Jerman Nazi membuat suatu tuntutan suatu kawasan yang dinamakan Neuschwabenland ("Swabia Baru") yang terdiri daripada sebahagian kawasan Tanah ini. Pada 23 Jun 1961, Tanah Permaisuri Maud menjadi sebahagian daripada Sistem Perjanjian Antartika lalu menjadikannya sebuah kawasan bebas tentera. Ia adalah salah satu dari dua wilayah Antartika yang dituntut Norway selain daripada Pulau Peter I. Kedua-dua kawasan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Kutub Kementerian Keadilan dan Keamanan Awam di Oslo.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Tidak ada tempat yang bebas dari ais pada tepi pantai. Ketinggian ais pada pantai berkisar antara 20 hingga 30 meter, mengelilingi seluruh kawasan ini. Beberapa lapisan ais dapat ditembus oleh kapal. Tempat-tempat berjarak 150-200 kilometer dari pantai memiliki ketinggian 2 kilometer. dengan titik teringgi Gunung Jøkulkyrkja (3148 meter) di Pergunungan Mühlig-Hofmann. Antara pergunungan yang wujud adalah Pergunungan Heimefront, Pergunungan Orvin ,Pergunungan Wohlthat and Pergunungan Sør Rondane.

Dari aspek geologinya, tanah wilayah ini terdiri daripada lapisan Pre-Cambrian (1 hingga 2mMilyar tahun yang lalu) iaitu zaman sebelum terbentuknya benua Gondwana. Gunung-gunung di kawasan terbentuk dari kristal dan batu granit sekitar 500 hingga 600 juta tahun yang lalu di dataran Pan-Afrika sebagai hasil tenaga Orogenetik ketika terbentuknya Gondwana. Di wilayah barat pula terdapat batuan muda hasil sedimentasi dan letusan gunung berapi. Keputusan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa apabila wilayah ini banyak memiliki fiord yang dalam sama seperti Norway apabila lapisan aisnya menyusut.

Haiwan[sunting | sunting sumber]

Penguin Emperor memiliki habitat mengawan tersendiri yang terpusat di Queen Maud Land. Semua haiwan laut di Antartika seperti anjing laut Weddell, anjing laut Antartika, anjing laut Crabeater dan anjing laut Ross, dapat ditemui di Laut Raja Haakon VII di tepi kawasan ini, terutamanya anjing laut Ross.

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Tidak ada jumlah populasi yang pasti di Tanah Ratu Maud. Kendatipun, terdapat sekitar 12 balai pemerhatian yang dapat menampung hingga ratusan pengkaji, perangkaannya berubah-ubah mengikut musim. Enam di antara balai ini berfungsi sepanjang tahun, manakala selebihnya aktif pada musim panas saja. Lapangan terbang utama di Tanah Ratu Maud adalah Lapangan Terbang Troll yang terletak berdekatan Balai Kajian Troll milik Norway.

Senarai balai kajian yang beroperasi
Nama Stesen Negara Tahun tertubuh Jenis Populasi

(pada musim dingin)

Popualsi

(Terbanyak)

Koordinat Ketinggian
Wasa (Nordenskiöld Base) Sweden 1989 Bermusim 0 20 73°03′S 13°25′W / 73.050°S 13.417°W / -73.050; -13.417 400 meter (1,300 ka)
Aboa (Nordenskiöld Base) Finland 1989 Bermusim 0 20 73°03′S 13°25′W / 73.050°S 13.417°W / -73.050; -13.417 400 meter (1,300 ka)
Neumayer-Station III Jerman 1981 Sepanjang tahun 9 50 70°38′S 08°16′W / 70.633°S 8.267°W / -70.633; -8.267 40 meter (130 ka)
SANAE IV Afrika Selatan 19621 Sepanjang tahun 10 80 71°40′S 02°50′W / 71.667°S 2.833°W / -71.667; -2.833 841 meter (2,759 ka)
Kohnen Jerman 2001 Bermusim 0 28 75°00′S 00°02′W / 75.000°S 0.033°W / -75.000; -0.033 2,900 meter (9,500 ka)
Troll Norway 19902 Sepanjang tahun 7 40 72°00′S 02°32′E / 72.000°S 2.533°E / -72.000; 2.533 1,300 meter (4,300 ka)
Tor Norway 1985 Bermusim 0 4 71°53′S 05°09′E / 71.883°S 5.150°E / -71.883; 5.150 1,625 meter (5,331 ka)
Maitri India 1989 Sepanjang tahun 25 65 70°46′S 11°44′E / 70.767°S 11.733°E / -70.767; 11.733 130 meter (430 ka)
Novolazarevskaya Station Rusia 1961 Sepanjang tahun 30 70 70°46′S 11°52′E / 70.767°S 11.867°E / -70.767; 11.867 102 meter (335 ka)
Princess Elisabeth Base Belgium 2009 Bermusim 0 20 71°57′S 23°20′E / 71.950°S 23.333°E / -71.950; 23.333 1,397 meter (4,583 ka)
Showa Station Jepun 1957 Sepanjang tahun 40 110 69°00′S 39°35′E / 69.000°S 39.583°E / -69.000; 39.583 29 meter (95 ka)
Dome Fuji Station Jepun 1995 Bermusim 0 40 77°19′S 39°42′E / 77.317°S 39.700°E / -77.317; 39.700 3,810 meter (12,500 ka)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama Bahasa Norway tempat ini, Dronning Maud Land, turut digunakan terus tanpa diterjemahkan kepada pihak berbahasa Inggeris seperti mana termaktub dalam perjanjian 1974 antara Norway dan United Kingdom agar tidak menterjemahkan nama-nama kawasan tuntutan antara satu sama lain. Persetujuan yang berpadanan juga diterima pakai secara tidak formalnya bersama Australia, New Zealand dan Perancis.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ørvoll, Oddveig Øien. "Kartlegginga av Antarktis: Internasjonale avtaler" (dalam bahasa Norway). Institut Kutub Norway. Dicapai pada 15 July 2011.
  2. ^ "Minifacts about Norway 2011: 2. Geography, climate and environment". Statistics Norway. 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
  3. ^ "Forutsetninger for Antarktistraktaten: Dronning Maud Lands statsrettslige stilling – "utviklingen" frem til 1957". Norsk Polarhistorie (dalam bahasa Norwegian). Dicapai pada 15 Mei 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]