Tanah Tinggi Pusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanah Tinggi Pusat (中央高地 Chūō Kōchi?), atau Wilayah Koshin (甲信地方 Kōshin Chihō?), adalah sebuah daerah di tengah pedalaman pulau Honshu di Jepun. Ia mencakupi sebahagian besar wilayah Nagano dan Yamanashi, serta daerah-daerah Tōnō dan Hida di Wilayah Gifu.

Iklim kebenuaan lembap di daerah ini menyebabkan perbezaan suhu yang besar antara musim panas dan musim dingin, serta antara siang dan malam. Kerpasan tidak banyak terjadi sepanjang tahun.

Pada zaman Edo, terdapat laluan utama Nakasendō dan Kōshū Kaidō yang melintasi Tanah Tinggi Tengah, untuk menghubungkan Edo dengan kota Kyoto dan Provinsi Kai.

Koordinat: 35°59′N 137°41′E / 35.983°U 137.683°T / 35.983; 137.683