Iklim kebenuaan lembap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Iklim kebenuaan lembap.

Iklim kebenuaan lembap ialah sejenis iklim yang ditemui di kawasan daratan besar di kawasan beriklim sederhana di garis lintang pertengahan, di mana bertembungnya jisim udara kutub dan tropika. Iklim kebenuaan lembap bercirikan pila cuaca berubah-ubah dan perbezaan suhu yang ketara antara musim. Musim panasnya selalu hangat dan lembap dengan kerap berlakunya ribut petir, dan musim sejuknya amat sejuk dengan kerap dituruni dan diliputi salji tanpa henti. Beza suhu antara musimnya sekitar 25-35°C (45-63°F); semakin ke pedalaman dan berjauhan dari pengaruh penyederhanaan lautan, maka semakin besar beza suhunya. Tempat yang mencatat sekurang-kurangnya empat bulan bersuhu harian purata melebihi 10 °C (50 °F) dan sekurang-kurangnya sebulah di bawah 0 °C (32 °F) atau −3 °C (26.6 °F) (bergantung pada sumber), dan tidak memenuhi kriteria iklim gersang atau separa gersang, boleh digolongkan sebagai iklim kebenuaan lembap.[1] Iklim ini paling ketara di sebahagian besar kawasan tengah dan timur Amerika Utara, sesetengah kawasan Eropah Timur, kawasan barat laut Asia dan kawasan berhampiran Laut Kuning, Semenanjung Korea dan Jepun Utara, tetapi hanya ditemui di tompok-tompok kecil (mikroiklim) di Hemisfera Selatan, termasuk kawasan tinggi di Pulau Selatan, New Zealand.

Dfa/Dwa: Subjenis bermusim panas terik[sunting | sunting sumber]

Iklim kebenuaan lembap yang berjenis musim panas yang amat hangat bercirikan suhu purata sekurang-kurangnya 22 °C (72 °F) pada bulan terpanasnya, iaitu biasanya pada bulan Julai, tetapi boleh juga bulan Ogos. Suhu purata tengah hari di zon ini pada bulan Julai adalah 26–30 °C (79–86 °F) manakala suhu purata bulan tersejuknya pula adalah −3 °C (26.6 °F) ke bawah. Adakalanya, suhu purata bulan tersejuk mampu menjunam ke bawah −3 °C (26.6 °F). Di Amerika Utara, iklim subjenis ini merangkumi sebahagian besar kawasan timur dan barat tengah Amerika Utara dan sebahagian kawasan selatan Ontario, Kanada dari Lautan Atlantik hingga garis bujur 100°B dalam lingkungan garis lintang 39°U hingga 44°U (dengan sebaran utara-selatan yang lebih besar di bahagian barat kerana ketiadaan pengaruh lautan, tetapi meliputi kawasan kecil di rantau timur bersempadan dengan iklim subtropika lembap); kerpasan semakin tinggi ke arah timur dalam zon ini dan kurang tetap secara bermusim di barat; zon ini merangkumi kawasan-kawasan berikut:

Antara bandaraya utama di Amerika Utara dalam zon ini:

Isoterma 0 °C (32 °F) (garis beku) atau −3 °C (26.6 °F) (garis salji tak henti-henti) ialah garis yang mungkin memisahkan iklim kebenuaan lembap dengan iklim subtropika lembap. Pengelasan iklim Köppen menggunakan −3 °C (26.6 °F). Di antara garis-garis ini terletaknya:

Antara kawasan dalam zon iklim ini:

Negeri-negeri barat di tengah Amerika Syarikat (iaitu Montana, Wyoming, sebahagian Idaho selatan, sebahagian Colorado, Nebraska barat, Dakota Utara barat, Dakota Selatan barat) mengalami aturan suhu yang sesuai dengan jenis iklim Dfa, tetapi agak kering, dan biasanya digolongkan dengan iklim steppe (BSk).

Di luar Amerika Utara, jenis iklim Dfa didapati berhampiran Laut Hitam di Ukraine selatan, Daerah Persekutuan Selatan di Rusia, Moldova selatan, dan sebahagian Romania selatan dan barat, tetapi lebih kering ataupun separa gersang. Kawasan Tōhoku yang terletak di antara Tokyo dan Hokkaidō di Jepun mengalami iklim berkelas Köppen Dfa, tetapi lebih lembap berbanding kawasan di Amerika Utara yang beriklim jenis ini. Jenis iklim kebenuaan lembap yang kering pada musim sejuk (oleh itu ) dan hujan jenis monsun pada musim panas ditemui di China timur laut, termasuk kawasan pinggir Laut Kuning dan sebahagian besar Semenanjung Korea; dikelaskan Köppen Dwa. Sebahagian besar Asia Tengah, China barat laut, dan Mongolia tenggara mengalami aturan suhu yang serupa dengan jenis iklim Dfa, tetapi sedikit sahaja kerpasan yang diterima sehingga lebih baik digolongkan sebagai steppe (BSk) atau gurun (BWk).

Nampaknya, tiada tempat di Hemisfera Selatan yang tiada dataran besar yang terletak di garis lintang pertengahan, yang membolehkan gabungan musim panas yang amat panas dan sekurang-kurangnya sebulan bersuhu bawah takat beku.

Antara bandaraya di luar Amerika Utara yang berada dalam zon iklim ini:

Dfb/Dwb: Subjenis bermusim panas hangat[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, iklim kebenuaan yang berjenis musim panas hangat (Köppen: Dfb) terletak di utara subjenis musim panas terik. Di Amerika Utara, subjenis ini wujud sekitar garis lintang 44°U hingga 50°U di timur garis bujur 100°B. Bagaimanapun, versi ini boleh ditemui sejauh 54°N di Prairie Provinces Kanada hingga 40°U di tanah tinggi Pergunungan Appalachia. Kawasan yang bercirikan subjenis iklim kebenuaan ini bersuhu purata di bawah 22°C pada bulan terpanas. Suhu tinggi musim panas dalam zon ini biasanya berpurata antara 21–28 °C (70–82 °F) pada waktu siang, dan suhu purata musim sejuk dalam bulan tersejuk biasanya jauh di bawah isoterma −3 °C (26.6 °F).

Ia merangkumi tempat-tempat berikut di AS:

Di Kanada pula:

Antara bandaraya utama dalam zon ini:

Lokasi beraltitud tinggi sebegini seperti South Lake Tahoe, California dan Aspen, Colorado di rantau barat Amerika Syarikat menunjukkan iklim Dfb tempatan. Bahagian selatan dan barat daya Prairie Provinces juga memenuhi kriteria Dfb dari segi suhu, tetapi profil kerpasannya yang memasukkannya dalam golongan BSk.

Kecuali kawasan beraltitud tinggi, satu-satunya kawasan di Amerika Utara yang boleh dianggap beriklim lautan atau kebenuaan lembap bermusim panas hangat (bulan tersejuk bersuhu purata antara 0°C (32°F) dan -3°C (26.6°F)) ialah sebahagian kawasan pantai selatan New England di mana adanya aliran ke darat untuk menyederhanakan suhu musim panas secukupnya agar berpurata di bawah 22°C (72°F).

Di Eropah, iklim ini juga ditemui di tengah-tengah Scandinavia, tetapi di bahagian timur Eropah Tengah (Austria timur, Jerman timur, Poland, Republik Czech, Slovakia, Hungary, Romania utara) iklimnya berupa subjenis musim panas hangat yang musim sejuknya kurang sejuk, lebih serupa dengan musim sejuk di iklim subjenis musim panas terik yang terdapat di rantau timur Amerika Utara, kerana musim sejuk di sini diubah oleh pengaruh iklim lautan di Eropah barat.

Subjenis musim panas hangat bercirikan musim panas sederhana hangat, musim sejuk yang dingin dan berpanjangan dan kurang kerpasan berbanding subjenis musim panas terik, tetapi tidak jarang juga musim terik melampau yang singkat. Iklim yang serupa juga dialami di Jepun.

Kebanyakan kawasan Mongolia sesetengah bahagian Siberia selatan mempunyai aturan suhu yang sesuai dengan iklim ini, tetapi kerpasannya seakan-akan steppe atau gurun, maka tidak betul-betul dianggap beriklim so are not really considered to have a humid continental climate.

Negara yang mengalami iklim ini:

Di Hemisfera Selatan, iklim ini wujud di tempat-tempat tertentu sahaja, iaitu Alps Selatan di New Zealand dan mungkin juga dalam bentuk mikroiklim yang terpencil di Andes selatan di Chile dan Argentina.

Bandaraya beriklim sedemikian di luar Amerika Utara termasuk:

Iklim subartik[sunting | sunting sumber]

Berhampiran garis lintang 50°U di Amerika Utara (kecuali di utara 55°U di Alberta, British Columbia dan Saskatchewan) dan Asia Timur (60°U atau lagi ke utara di Eropah), iklimnya menjadi subartik (Köppen: Dfc, Dwc), yang mana kawasan di arah kutubnya mengalami musim panas (musim bersuhu melebihi 10°C) kurang daripada empat bulan.

Iklim ini tidak kelihatan di Hemisfera Selatan kerana ketiadaan kawasan pedalaman yang jauh dari perairan lautan antara garis lintang 45° dan 55° selatan.

Carta iklim bandaraya terpilih[sunting | sunting sumber]

Carta iklim untuk Boston
J F M A M J J O S O N D
 
 
100
 
3
-6
 
 
84
 
4
-4
 
 
98
 
8
-0
 
 
91
 
13
5
 
 
82
 
19
10
 
 
82
 
25
15
 
 
78
 
28
19
 
 
86
 
27
18
 
 
88
 
23
14
 
 
96
 
17
8
 
 
101
 
11
3
 
 
95
 
5
-2
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: NCDC
Carta iklim untuk Chicago
J F M A M J J O S O N D
 
 
50
 
-1
-9
 
 
45
 
2
-6
 
 
72
 
9
-1
 
 
97
 
15
5
 
 
98
 
22
11
 
 
106
 
27
16
 
 
97
 
29
19
 
 
99
 
28
18
 
 
88
 
24
14
 
 
71
 
17
7
 
 
82
 
9
1
 
 
71
 
2
-5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: NCDC
Carta iklim untuk Montreal
J F M A M J J O S O N D
 
 
78
 
-6
-15
 
 
62
 
-4
-13
 
 
74
 
2
-7
 
 
78
 
11
1
 
 
76
 
19
8
 
 
83
 
24
13
 
 
91
 
26
16
 
 
93
 
25
14
 
 
93
 
20
9
 
 
78
 
13
3
 
 
93
 
5
-2
 
 
81
 
-2
-10
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Environment Canada
Carta iklim untuk Moscow
J F M A M J J O S O N D
 
 
46
 
-5
-10
 
 
36
 
-4
-10
 
 
33
 
2
-5
 
 
38
 
11
2
 
 
52
 
18
7
 
 
84
 
22
12
 
 
90
 
23
14
 
 
80
 
21
12
 
 
67
 
15
7
 
 
66
 
8
2
 
 
60
 
1
-4
 
 
53
 
-3
-8
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: pogoda.ru.net
Carta iklim untuk Beijing
J F M A M J J O S O N D
 
 
2.6
 
2
-9
 
 
5.9
 
4
-7
 
 
9
 
11
-1
 
 
26
 
20
7
 
 
29
 
26
13
 
 
71
 
30
18
 
 
176
 
31
22
 
 
182
 
30
20
 
 
49
 
26
14
 
 
19
 
19
7
 
 
6
 
10
-0
 
 
2.3
 
3
-7
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: HK Observatory
Carta iklim untuk Pyongyang
J F M A M J J O S O N D
 
 
12
 
-1
-11
 
 
11
 
2
-8
 
 
25
 
9
-2
 
 
50
 
17
5
 
 
72
 
23
11
 
 
90
 
27
17
 
 
275
 
29
21
 
 
213
 
29
21
 
 
100
 
25
14
 
 
40
 
18
7
 
 
35
 
9
-0
 
 
17
 
2
-7
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: WMO

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Peel, M. C. and Finlayson, B. L. and McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen-Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606. http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/hess-11-1633-2007.html.  (direct: Final Revised Paper)