Tarian Barongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s.[1] dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. [2][3]

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Islami Reog berasal dari Ponorogo yang merupakan bentuk ciptaan[perlu rujukan] Batoro katong yang merupakan Bupati pertama ponorogo serta ulama yang merupakan murid dari sunan kali jaga, reog sendiri berasal dari kata riyuqun.[perlu rujukan] kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.

Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.

Bentuk kavadi.

[4]

Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. [5] [6] Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. [7], [8], [9]

Berikutan dengan kontrovesi tersebut, tarian Barongan tidak lagi diketengahkan oleh pihak kerajaan Malaysia.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]