Tentera Darat Ke-14 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Ke-14
Armee-Oberkommando 14
Aktif1 Ogos 1939 - 13 Oktober 1939
5 November 1943 – 2 Mei 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
PertempuranPerang Dunia II
Kempen Poland
Pencerobohan Slovakia ke atas Poland
Kempen Itali
Pertempuran Anzio
Pertempuran Monte Cassino
Penyerangan Musim Bunga (Perang Dunia II)
Nota: spring offensive leads to ww1 spring offensive
Komander
Komander
terkenal
Wilhelm List
Tanda kebesaran
SingkatanA.O.K. 14

Tentera Darat Ke-14 (Jerman: 14. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Poland[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-14 telah diaktifkan pada 1 Ogos 1939 dengan Jeneral Wilhelm List sebagai Panglima dan dilihat beraksi di Poland sehingga berakhirnya kempen Poland pada 13 Oktober 1939.

Itali[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-14 telah diaktifkan semula untuk mempertahankan Itali pada akhir tahun 1943 apabila markasnya diwujudkan dengan menggunakan markas anggota Kumpulan Tentera Darat B yang telah dibubarkan setelah Albert Kesselring diberi memerintah semua tentera Paksi di Itali. Tentera Darat Ke-14 pada mulanya bertanggungjawab untuk mempertahankan Rome dan menangani sebarang pendaratan amfibia dari Pihak Bersekutu yang mungkin berlaku dibelakang Tentera Darat Ke-10 Jerman, yang sedang bertempur di garisan defensif dari selatan Rome.[1]

Tentera Darat Ke-14 berdepan dengan pendaratan amfibia tentera Sekutu di Anzio pada Januari 1944 dan selepas kejayaan pihak Sekutu pada Mei 1944 ia mengambil bahagian dalam pengunduran defensif ke Garis Gothic. Ketumbukan Jerman di Itali akhirnya menyerah kalah pada 2 Mei 1945 selepas mengalami kekalahan teruk dalam serangan Musim Bunga.[2]

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 Generaloberst Wilhelm List 1 Ogos 1939 - 13 Oktober 1939
2 Generaloberst Eberhard von Mackensen 5 November 1943 - 4 Jun 1944
3 General der Panzertruppe Joachim Lemelsen 5 Jun 1944 - 15 Oktober 1944
4 General der Panzertruppe Fridolin von Senger und Etterlin 15 Oktober 1944 - 24 Oktober 1944
5 General der Artillerie Heinz Ziegler 80px 24 Oktober 1944 - 22 November 1944
6 General der Panzertruppe Traugott Herr 80px 24 November 1944 - 16 Disember 1944
7 General der Infanterie Kurt von Tippelskirch 80px 16 Disember 1944 - 17 Februari 1945
8 General der Panzertruppe Joachim Lemelsen 17 Februari 1945 - 2 Mei 1945

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carver, Field Marshal Lord (2001). The Imperial War Museum Book of the War in Italy 1943-1945. London: Sidgwick & Jackson. ISBN 0-330-48230-0., p. 92
  2. ^ James Holland, Italy's Sorrow. A Year of War, 1944-1945, London, 2008, Harper Press. ISBN 978-0007176441