Tentera Darat Ke-7 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
7. Armee
Tentera Darat Ke-7
Aktif1939–45
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Jeneral Friedrich Dollmann
SS Jeneral Paul Hausser
Jeneral Heinrich Eberbach
Jeneral Erich Brandenberger
Jeneral Hans Felber
Jeneral Hans von Obstfelder

Tentera Darat Ke-7 (Jerman: 7. Armee Oberkommando) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-7 telah diaktifkan di Stuttgart pada 25 Ogos 1939 dengan Jeneral Friedrich Dollmann sebagai Panglima. Semasa meletusnya perang, Tentera Darat Ke-7 mempertahankan sempadan Perancis dan menjaga Westwall di wilayah Upper Rhine. Pada permulaan Kempen ketenteraan di Barat pada Mei 1940, Tentera Darat Ke-7 adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat C Jeneral Wilhelm Ritter von Leeb. Pada 14 Jun 1940, Kumpulan Tentera Darat C menyerang Garis Maginot selepas ia dipintas oleh unit berperisai Kor XXXXI Panzer. Elemen utama Tentera Darat Ke-7 menghampiri kawasan di hadapan Colmar dan kemudian mengejar ketumbukan Kumpulan Tentera Darat Ke-2 Perancis ke dalam Lorraine. Pada akhir kempen, Tentera Darat Ke-7 berada di timur Perancis. Dari Julai 1940 hingga April 1941, Tentera Darat Ke-7 mengawal kawasan pantai di barat daya Perancis. Dari 18 April 1941, Tentera Darat Ke-7 bertanggungjawab bagi pertahanan pantai di Brittany dan Normandy. Menjelang pertengahan tahun 1944, Tentera Darat Ke-7 merupakan sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat B Erwin Rommel.

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 Generaloberst Friedrich Dollmann 25 Ogos 1939 - 28 Jun 1944
2 SS-Oberst-Gruppenführer Paul Hausser 29 Jun 1944 - 20 Ogos 1944
3 General der Panzertruppe Heinrich Eberbach 21 Ogos 1944 - 30 Ogos 1944
4 General der Panzertruppe Erich Brandenberger 3 September 1944 - 21 Februari 1945
5 General der Infanterie Hans Felber 22 Februari 1945 - 25 Mac 1945
6 General der Infanterie Hans von Obstfelder 26 Mac 1945 - 8 Mei 1945

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Elstob, Peter. Hitler's Last Offensive, Pen & Sword Military Classics #15, Barnsley, 2003. ISBN 0-85052-984-0