Tentera Darat Ke-25 (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Ke-25 (25. Armee)
AktifNovember 1944 – Mei 1945
NegaraJerman
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Operasi Kumpulan Tentera Darat Ke-21, 1945. Tentera Darat Ke-25 disebelah kiri.
Command structure of Jerman Nazi 25. Armee[1] (November 1944 - Mei 1945)
Parent unit Kumpulan Tentera Darat H
Components Kor XXX
Kor LXXXVIII

Tentera Darat Ke-25 (Jerman: 25. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Jerman semasa Perang Dunia II. Ia mempunyai nombor ordinal tertinggi daripada mana-mana ketumbukan Jerman yang bernombor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-25 telah ditubuhkan pada 10 November 1944 di negara Belanda, daripada staf-staf Panglima Angkatan Tentera Belanda dan Armeeabteilung Kleffel (sebelum ini dikenali sebagai "Pasukan Petugas Narva").[2] Gelaran "tentera darat medan" adalah langkah penipuan bagi kebanyakan pasukan, kerana ia tidak memerintah lebih dari 3 divisyen sehingga April 1945, semasa hari-hari terakhir kewujudannya.

Tentera Darat Ke-25 menguasai kedudukan paling utara dari garisan depan Jerman Nazi di Perbatasan Barat selama 6 bulan pada hujung tahun 1944 dan awal 1945, dengan rusuk baratnya ditambatkan pada Laut Utara dan rusuk kirinya bersempadanan dengan Tentera Darat Pertama Para. Mempertahankan barat Belanda di sepanjang sungai Meuse (Maas), dari Laut Utara hingga ke Arnhem,[3] musuh utamanya ialah Tentera Darat Pertama Kanada.

Tentera Darat Ke-25, selaku Pemerintah Tertinggi Belanda (kanan), menyerahkalah kepada Kor I Kanada pada 5 Mei 1945

Panglima pertama dan yang paling lama ialah General der Flieger Friedrich Christiansen, Panglima Tentera Reichskommissariat Niederlande. Kemudian beliau diikuti oleh General der Infanterie Günther Blumentritt, dan General der Kavallerie Philipp Kleffel. Dari November 1944 hingga April 1945, Tentera Darat Ke-25 telah diletakkan dibawah Kumpulan Tentera Darat H dan selepas itu dipindahkan ke markas Panglima Tertinggi Barat Laut (Oberbefehlshaber Nordwest).

Pada 7 April 1945, Tentera Darat Ke-25 telah ditukar menjadi Markas Tinggi Belanda (Oberbefehlshaber Niederlande), dibawah pemerintahan Generaloberst Johannes Blaskowitz, untuk mempertahankan Perkubuan Belanda (Festung Holland), iaitu kawasan di barat Garis Air Baru Belanda.

Dua hari selepas penyerahan kalah Markas Tinggi Barat Laut kepada Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British, Generaloberst Blaskowitz menyerahkan ketumbukannya kepada Kor I Kanada' Leftenan Jeneral Charles Foulkes di Wageningen pada 5 Mei 1945 (dokumen ditaip dan ditandatangani pada keesokan harinya, kerana mesin taip tidak tersedia), secara efektif menamatkan perang di negara Belanda.[4]

Senarai Panglima[sunting | sunting sumber]

Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 General der Flieger Friedrich Christiansen 10 November 1944 - 28 Januari 1945
2 General der Infanterie Günther Blumentritt 80px 28 Januari 1945 - 28 Mac 1945
3 General der Kavallerie Philipp Kleffel 80px 28 Mac 1945 - 7 April 1945
4 Generaloberst Johannes Blaskowitz 7 April 1945 - 6 Mei 1945

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nafziger
  2. ^ Tessin, p. 221
  3. ^ Stacey, p. 446
  4. ^ Axis history

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Stacey, C. P. (1960). The Victory Campaign, The Queen's Printer and Controller of Stationery, Ottawa.
  • Tessin, Georg (1976). Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS im Zweiten Weltkrieg 1939-1945 (Volume IV), Biblio Verlag, Osnabrück. ISBN 3-7648-1083-1.