Teori graf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan suatu graf

Dalam matematik dan sains komputer, teori graf merupakan kajian tentang graf; struktur matematik yang digunakan untuk memodelkan hubungan antara objek-objek di dalam sesuatu koleksi. "Graf" dalam konteks ini dirujuk sebagai satu koleksi puncak atau nod dan koleksi sisi yang menghubungkan pasangan puncak. Jangan terkeliru kajian graf dalam teori graf dengan "fungsi-fungsi graf" dan jenis-jenis graf yang lain.