Terowong Menora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Terowong Menora.jpg
Terowong Menora di Changkat Jering, Perak

Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri Perak, Malaysia. Terowong sepanjang 800 meter ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara-SelatanMes-e1.png, antara Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar dan Changkat Jering di Mes-e1.png Kilometer 260 atau 2 km di utara Plaza Tol Ipoh. [1]

Terowong Menora ini dibuka secara rasmi pada tahun 1986. Ada dua terowong sebelah menyebelah. Selepas terowong ini ke arah selatan, keadaan lebuh raya agak curam dan berselekoh dan banyak kenderaan berat seperti lori dan bas tersasar atau terbabas hingga ke kaunter tol di Plaza Tol Ipoh. Lebuh raya ini dipanggil jajaran maut kerana brek bas dan lori tiba-tiba tidak berfungsi dan hilang kawalan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni sesebuah lebuh raya bukit seperti laluan Jelapang - Terowong Menora ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]