Thaler Zürich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zürich thaler
MONETA REIPUBLICÆ TIGURINÆ, jata bandar raya bujur, dengan dua ekor singa mendompak DOMINI CONSERVA NOS IN PACE, pemandangan bandar raya dari udara
AG

Thaler Zürich ialah mata wang Kanton Zürich sehingga 1798. Ia dibahagikan kepada 2 Gulden, dengan setiap Gulden bernilai 36 Schillinge. Setiap Schillinge dibahagikan pula kepada 4 Rappen atau 12 Haller. Thaler Zürich bernilai 111 Mark Cologne.

Duit syiling Thaler, bersama-sama dengan Doppelthaler dan halbe Thaler, ditempah di Zürich buat pertama kali pada abad ke-16. Duit syiling pertama yang bertarikh ialah duit syiling Guldiner yang ditempah pada 1512. Pada akhir abad ke-18, duit syiling perak dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 dan 20 Schillinge, serta ½ and 1 Thaler. Thaler Zürich digantikan dengan Frank Republik Helvetia pada 1798, dengan duit syiling tersebut kemudian digantikan pula dengan Frank Zürich.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Standard Catalog of World Coins: 1801–1991 (edisi Edisi ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501. 
  • Hans-Peter Capon: HMZ-Katalog Schweiz - Liechtenstein 15. Jahrhundert bis Gegenwarts. Zürich, 1995.