Vereinsthaler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vereinstaler Austria (1866)

Vereinsthaler ialah duit syiling perak piawai yang digunakan di kebanyakan negeri Jerman dan Empayar Austria pada tahun-tahun sebelum penyatuan Jerman.

Vereinsthaler diperkenalkan pada 1857 untuk menggantikan piawai Thaler terdahulu (berdasarkan Thaler Prusia) yang hanya berat sedikit. Sedangkan Thaler yang lama itu mengandungi satu perempat belas (1/14) kandungan logam perak mark Cologne (16.704 gram), Vereinsthaler mengandungi 16 2/3 gram perak yang ditunjukkan pada duit syiling sebagai satu pertiga puluh paun (pfund yang sama dengan 500 gram).

Penggunaan dalam berbagai-bagai negeri[sunting | sunting sumber]

Vereinsthaler digunakan sebagai asas kepada banyak mata wang yang berbeza. Di Prusia dan banyak negeri Jerman utara yang lain, Vereinsthaler ialah unit akaun piawai yang dibahagikan kepada 30 Silbergroschen, dengan setiapnya bernilai 12 Pfennig (lihat Vereinsthaler Prusia).

Di Saxony, nilai Neugroschen sama dengan nilai Silbergroschen Prusia tetapi dibahagikan kepada 10 Pfennig (lihat Vereinsthaler Saxony). Sesetengah negeri Jerman utara yang lain, misalnya Hannover, menggunakan nama Groschen dan bukan Silbergroschen untuk duit syilingnya yang bernilai 12 Pfennig (lihat Vereinsthaler Hannover), manakala negeri-negeri Mecklenburg serta Hesse-Kassel (atau Hesse-Cassel) menggunakan subbahagian tersendiri yang amat berbeza (lihat Vereinsthaler Mecklenburg dan Vereinsthaler Hesse-Kassel.

Di Jerman selatan, negeri-negeri termasuk Bavaria menggunakan Gulden sebagai unit akaun piawai, dengan 1¾ Gulden = 1 Vereinsthaler. Gulden dibahagikan kepada 60 Kreuzer, dengan setiapnya bernilai 4 Pfennig atau 8 Heller (lihat Gulden Bavaria, Gulden Baden, gulden Württemberg).

Di dalam Empayar Austria-Hungary, Gulden Austria-Hungary yang berbeza (juga dikenali sebagai florin atau dalam bahasa Hungary, Forint) merupakan unit akaun piawai, dengan 1½ Gulden = 1 Vereinsthaler. Gulden dibahagikan kepada 100 Kreuzer.

Penarikbalikan[sunting | sunting sumber]

Penyatuan Jerman melihat pengenalan Goldmark pada kadar 3 mark = 1 Vereinsthaler dan oleh itu, nilai duit syiling pfennig yang baharu menjadi sama sahaja dengan nilai Groschen Jerman utara yang lama. Disebabkan kesamaan nilainya, pfennig memperoleh nama julukan Groschen. Duit syiling Vereinsthaler masih diedarkan sebagai duit syiling 3-mark sehingga 1908 apabilia ia digantikan dengan duit syiling 3-mark yang saiznya lebih kecil. Nama Thaler untuk 3 mark masih digunakan bersama-sama sehingga dekad 1930-an.

Austria-Hungary menghentikan pengeluaran duit syiling Vereinsthaler pada 1867, akibat Perang Austria-Prusia.

Didahului oleh
Reichsthaler
Conventionsthaler
German currency
1857-1871
Diikuti oleh:
Goldmark Jerman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1991 (ed. ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.