Thaler Saxony

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Thaler Saxon)
Lompat ke: pandu arah, cari
Thaler Saxony
Pengguna  Saxony
Subunit
1/30 Neugroschen
1/300 Pfennig
Simbol Pfennig
Syiling 1, 2, 5 atau ½, 10 pfennig atau 1 neugroschen, 1 thaler
Kertas wang 1, 5 Thaler
Petak maklumat ini menunjukkan status terbaru sebelum mata wang ini menjadi usang.

Thaler Saxony ialah mata wang Kawasan Pemilih dan Kerajaan Saxony sehingga 1857. Antara 1754 dan 1841, nilainya sama dengan tiga suku Conventionsthaler dan dibahagikan kepada 24 Groschen, dengan setiap Groschen bernilai 12 Pfennig.

Pada 1841, Saxony mengamalkan sebahagian sistem perpuluhan dan membahagikan Thaler Saxony (kini sama nilainya dengan Thaler Prusia) kepada 30 Neugroschen, dengan setiap Neugroschen bernilai 10 Pfennig. Thaler Saxony kemudian digantikan dengan Vereinsthaler Saxony pada tara. Duchy Saxe-Coburg-Gotha dan Duchy Saxe-Altenburg juga mengeluarkan duit syiling mengikut sistem Saxony, masing-masing pada 1841 dan 1837.

Rujukan [sunting]