Thames Town

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Thames Town (Bahasa Cina: 泰晤士小镇pinyin: tài wù shì xiǎo zhèn) adalah nama Inggeris untuk sebuah bandar baru di Daerah Songjiang, lebih kurang 30 km dari pusat Shanghai, Republik Rakyat China dan terletak berhampiran Sungai Yangtze. Ia dinamakan bersempena Sungai Thames di England, United Kingdom. Seni binanya mengikuti dan dipengaruhi oleh gaya pekan pasar England. Ada jalan berturap batu buntar, teres-teres zaman Victoria, kedai-kedai tepi - kosong seperti dalam sebuah set filem yang tergendala. Sesetengah seni bina ditiru secara lanjut dari bangunan-bangunan ditemukan di England, termasuk geraja (ditiru dari satu di Clifton, Bristol) dan sebuah pub dan kedai ikan dan kentang goreng (ditru dari bangunan-bangunan di Lyme Regis, Dorset).

Gereja yang menarik dan dataran utama membuat suatu latar belakang keadaan yang aman dan bahagia untuk banyak foto-foto Perkahwinan Cina.

Bandar Songjiang adalah salah satu dari sembilan pekan baru dibina di luar Shanghai sebagai sebahagian dari permulaan 1 bandar-9 pekan diluluskan oleh Jawatankuasa Pelan Shanghai pada 2001. Kesemua 9 pekan baru ditemakan: Sweden, England, Itali, Sepanyol, Amerika, Belanda, Jerman, Cina traditional, dan sebuah pekan ekologi digelar Lingang.

Kawasan Pekan

Pekan ini, yang dilengkap, telah direka bentuk untuk merumahkan lebih kurang 10,000 orang dan berharga 5 bilion yuan untuk dibinakan.

Pemaju yang Bertugas[sunting | sunting sumber]

  • Pemaju Utama: Shanghai Songjiang New Town Developing and Construction Co. Ltd
  • Pemaju: Shanghai Henghe Real Estate Co. Ltd
Tiruan Kawasan Desa England

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 31°02′10″U 121°11′26″T / 31.036°U 121.1905°T / 31.036; 121.1905 Templat:Shanghai