The Dance Lesson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Dance Lesson
The Dance Lesson by Edgar Degas
The Dance Lesson by Edgar Degas
PelukisEdgar Degas
Tahun1879
Bahanoil-on-canvas painting
Dimensi33 cm × 88 cm (13 in × 35 in)
LokasiNational Gallery of Art, Washington, D.C.
PemilikNational Gallery of Art

The Dance Lesson (juga dikenali sebagai The Dancing Lesson) lukisan minyak atas kanvas dihasilkan oleh artis Perancis Edgar Degas pada 1879. Sehingga kini lukisan ini telah disimpan di National Gallery of Art di Washington, D.C. Ada sebuah lagi lukisan hasil daripada Degas menggunakan tajuk yang sama juga dihasilkan pada 1879, menggunakan pastel.[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Lukisan ini adalah siri yang pertama daripada 40 lukisan yang dihasilkan Degas dengan format dekorasi dinding yang mendatar.[2] Ianya berukuran 38 kali 88 sentimeter (15 in × 35 in).[2]

Lukisan ini dilukis dengan teliti dan menunjukkan inspirasi Degas dari illustrasi gaya Jepun, dengan objek sengaja diletakkan di luar pusat atau memotong pada sudut yang tidak dijangka dengan lantai yang luas seolah kelihatan condongkan ke atas.[2]

Lokasi dan asal-usul[sunting | sunting sumber]

Lukisan The Dance Lesson sekarang ini disimpan di National Gallery of Art di Washington, D.C.[3] Sebelum diserahkan pada 1995, lukisan ini adalah milik pengumpul koleksi Paul Mellon, yang membelinya pada 1957.[4] Sebelum itu juga, ianya telah dipinjamkan pada Boston Museum of Fine Arts pada tahun 1920s dan disewakan untuk pertunjukan di Paris pada 1937 oleh pemilik pada ketika itu, Mrs Fiske Howard.[4]

Kaitan dengan lukisan lain[sunting | sunting sumber]

The Metropolitan Museum of Art memiliki lukisan bertajuk Dancers in the Rehearsal Room with a Double Bass, bertarikh 1882–85, yang mana dipercayai lukisan kedua dalam turutan.[5] Satu lagi lukisan yang berkait, Before the Ballet (1890/1892), disimpan di National Gallery of Art.,[6] dan Ballet Rehearsal (La salle de danse, c.1885) disimpan di Yale University Art Gallery.[7] Apabila lukisan ini diletakkan sebelah menyebelah dalam format dekorasi dinding, dekorasinya seolah-olah bersambung walaupun tujuan asalnya bukanlah untuk digantung cara ini.[8] Ada yang berpendapat, koleksi lukisan berukuran 40 ini menunjukkan bagaimana Degas membedah teori bahawa "selang antara angka dan ruang adalah asas untuk mewujudkan hiasan".[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Dance Lesson (pastel)". The Metropolitan Museum. Dicapai pada 10 July 2012.
  2. ^ a b c "The Dance Lesson". National Gallery of Art. Dicapai pada 10 July 2012.
  3. ^ "The Dance Lesson by Edgar Degas". Washington, D.C.: National Gallery of Art. Dicapai pada 30 June 2012.
  4. ^ a b "Provenance of "The Dance Lesson"". National Gallery of Art. Dicapai pada 10 July 2012.
  5. ^ "Dancers in the Rehearsal Room with a Double Bass". Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 30 June 2012.
  6. ^ "The Dance Lesson by Edgar Degas (page 2)". National Gallery of Art. Dicapai pada 10 July 2012.
  7. ^ "The Dance Lesson by Edgar Degas (page 5)". National Gallery of Art. Dicapai pada 10 July 2012.
  8. ^ a b "The Dance Lesson by Edgar Degas (page 5a)". National Gallery of Art. Dicapai pada 10 July 2012.

External links[sunting | sunting sumber]

  • The Dance Lesson, National Gallery of Art Washington DC. In-depth focus and examination of the 1879 painting.