The Ocean Cleanup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Ocean Cleanup
Kerangka
KependekanThe Ocean Cleanup Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahStichting
TujuanPembersihan pencemaran lautan
Tapak webwww.theoceancleanup.com
Facebook: TheOceanCleanup Twitter: theoceancleanup Instagram: theoceancleanup LinkedIn: the-ocean-cleanup Youtube: UCYXGHivsMPVU-h-M_wd9m3Q TikTok: theoceancleanup Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk2013; 11 tahun yang lalu (2013) di Delft, Belanda
PengasasBoyan Slat Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
CEOBoyan Slat
Perangkaan
Hasil/pendapatan 30,485,000 euro (2019) Sunting ini di Wikidata
Kakitangan/pekerja 80+[1]
Lokasi
Map
Ibu pejabatRotterdam, Belanda
Lokasi
  • Belanda Sunting ini di Wikidata
Koordinat51°55′15″N 4°28′06″E / 51.92083°N 4.46833°E / 51.92083; 4.46833Koordinat: 51°55′15″N 4°28′06″E / 51.92083°N 4.46833°E / 51.92083; 4.46833
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Ocean Cleanup ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar dari Belanda yang membangunkan teknologi untuk membersihkan pencemaran plastik dari lautan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 2013 oleh Boyan Slat serta merupakan CEO bagi pertubuhan ini.

Pertubuhan ini menjalankan kajian saintifik berkenaan dengan pencemaran plastik di lautan. Pertubuhan ini telah menjalankan dua buah penjelajahan di Gir Pasifik Utara dan menerbitkan kajian-kajian saintifik. Kaedah pembersihan mereka menggunakan penghadang untuk mengumpulkan sampah lautan ketika penghadang ditolak oleh angin dan arus.

Projek mereka mempunyai matlamat untuk melancarkan 60 buah sistem di kawasan itu pada 2021.[2][3][4] Pertubuhan ini menjangka bahawa sistem ini dapat membersihkan 50% sampah di tompok sampah Pasifik dalam masa lima tahun.

Pada lewat Oktober 2019, pertubuhan ini merasmikan satu inisiatif baharu, The Interceptor yang bertujuan untuk mengekang pencemaran plastik di sungai sebelum merebak ke kawasan lautan. Rancangan mereka ialah mengelakkan 80% sampah lautan dari 1000 batang sungai di seluruh dunia.[5][6][7]

The Interceptor[sunting | sunting sumber]

Pada lewat Oktober 2019, pihak The Ocean Cleanup memperkenalkan teknologi The Interceptor untuk mengurangkan pencemaran plastik dari kawasan sungai.[8] Bot Interceptor yang berkuasa suria menggunakan penghadang untuk mengarahkan sampah sungai ke arah tali sawat pengumpul, dan kemudiannya dibuangkan ke dalam beberapa buah bekas sampah. Apabila penuh, pengumpulan sampah dihentikan sehingga bekas sampah dikosongkan.

Dua buah bot The Interceptor telah diletakkan di kawasan ini setakat di bawah:[9]

The Interceptor telah dirancang untuk digunakan di Vietnam dan Republik Dominika.[10] Kontrak telah ditandatangani bersama-sama pihak di Thailand, Honduras dan Los Angeles bagi penggunaan The Interceptor, dan akan mula digunakan pada 2020.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ About The Ocean Cleanup Diarkibkan 2018-08-22 di Wayback Machine, Theoceancleanup.com. Retrieved 2018-10-25.
  2. ^ "The Ocean Cleanup Isn't Capturing Plastic, But Organizers Are Testing ..." Forbes. Forbes. Dicapai pada 10 December 2018.
  3. ^ Summers, Hannah (2018-09-08). "Scientists get ready to begin Great Pacific Garbage Patch cleanup". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-02.
  4. ^ CNET (2018-09-10), The Ocean Cleanup launches to the Great Pacific Garbage Patch, dicapai pada 2018-11-02
  5. ^ "Dutch foundation launches project to tackle river plastic pollution". news.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-26. Dicapai pada 2019-10-26.
  6. ^ RIVERS | The Interceptor™, Explained | The Ocean Cleanup (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2019-10-26
  7. ^ a b Boyan Slat talks up his latest invention, The Interceptor (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2019-10-26
  8. ^ "Dutch foundation launches project to tackle river plastic pollution | National Post". National Post (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-26. Dicapai pada 2019-10-26.
  9. ^ "Rivers". The Ocean Cleanup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2019.
  10. ^ Simon, Matt (2019-10-26). "Ocean Cleanup's New Plastic-Catcher … Kinda Already Exists?". Wired (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1059-1028. Dicapai pada 2019-10-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]