Tihany (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tihany
GenreDrama, konflik, keluarga
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahBahri Umarif Bajuri
Dibintangi oleh
Nabila Huda
PenggubahAmylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
Penyunting
  • Tasyrif Tajudin
  • Harlina Abd Ghani
  • Normalinie Jumut
Lokasi
SinematografiRamli Long
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal10 Oktober 2011 – 22 November 2011

Tihany ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Nabila Huda sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 10 Oktober 2011 hingga 22 November 2011.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah bermula dengan Tihany, lakonan Nabila Huda yang merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Abu Bakar iaitu seorang tokoh usahawan berjaya. Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Kehidupan Tihany yang sememangnya dikelilingi dengan kemewahan tidak membuatkannya berasa megah, sebaliknya dia tetap menjalani kehidupan harian yang sederhana dan lebih senang mengendalikan kedai bunganya yang kecil berbanding bekerja disyarikat ayahnya.

Perwatakan Tihany yang lembut dan sopan telah membuatkan Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar. Azman sentiasa merasa rendah diri kerana kedudukan keluarganya yang berbeza dengan keluarga Tihany, apatah lagi bertunang dengan anak tokoh usahawan yang kaya.

Namun, suatu hari, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azaman kerana Azman tidak muncul tiba. Ini membuatkan tetamu menjadi kelam-kabut terutamnya keluarga Tihany. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya tiba-tiba mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.

Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Adakah ibu tirinya mempunyai agenda di sebalik perancangan tersebut?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (7 Oktober 2011). "Drama Tihany Lakonan Nabila Huda di TV9". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2012.
  2. ^ Tihany (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 13 November 2018.