Titanic (filem 1997)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Titanic
Titanic poster.jpg
Pengarah James Cameron
Penerbit Jon Landau
James Cameron
Pengarang James Cameron
Lakonan Leonardo DiCaprio
Kate Winslet
Billy Zane
Frances Fisher
Kathy Bates
Gloria Stuart
Bill Paxton
Muzik James Horner
Sinematografi Russell Carpenter
Penyuntingan Conrad Buff IV
James Cameron
Richard A. Harris
Pengedar -Antarabangsa-
20th Century Fox
-As/Kanada-
Paramount Pictures
Mula ditayang Jepun 31 Oktober 1997
Amerika Syarikat Australia 19 Disember 1997
United Kingdom 23 Januari 1998
Tempoh ditayang 194 min.
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan AS$200,000,000[1]
Pulangan kasar AS$1,845,034,188
(seluruh dunia)
Laman web rasmi
Rujukan All Movie Guide
Rujukan IMDb

Titanic merupakan sebuah filem pemenang Anugerah Akademi 1997 yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox dan Paramount Pictures. Filem ini menceritakan tentang nasib malang yang menimpa RMS Titanic ketika pelayaran sulungnya pada 1912. Filem ini memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. Pada 2006, Titanic menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman. Filem ini harus dibezakan dengan filem Titanic 1953, mahupun filem televisyen yang mempunyai tajuk yang sama pada 1996.

Titanic memegang rekod (bersama Ben-Hur dan The Lord of the Rings: The Return of the King) bagi filem yang paling menyerlah dalam Anugerah Akademi iaitu memenangi 11 anugerah termasuk anugerah Filem Terbaik.

Tag filem ini adalah "Berlanggar dengan Nasib" - "Collide with Destiny" dan "Tiada di atas dunia yang mampu memisahkan mereka" - "Nothing on Earth could come between them."

Ringkasan plot[sunting | sunting sumber]

Pada 1996, seorang pemburu khazanah dan pasukannya meneroka bangkai RMS Titanic. Sebuah peti ditemui dan dibawa ke permukaan untuk dibuka. Malangnya, ia tidak mengandungi khazanah berharga tetapi hanya beberapa keeping kertas yang telah hancur dimamah air laut. Satu daripada penemuan mereka adalah sebuah lukisan pensel potret wanita bogel yang bertarikh 14 April, 1912, dan mempunyai tandatangan "JD". Ia menunjukkan seorang perempuan bogel bersandar di atas sebuah kerusi. Di lehernya, terdapat sebuah kalung permata yang mereka cari: "Le Coeur de la Mer - Jantung Lautan".

Rose DeWitt Bukater, perempuan tua yang berusia 101 tahun menonton laporan di CNN tentang pemburuan khazanah dan terlihat satu lukisan. Dia menghubungi Brock Lovett, pemburu harta tersebut dan memaklumkan kepadanya tentang berlian tersebut dan tentang identiti wanita yang berada dalam potret tersebut: "Oh, ya. Perempuan dalam gambar itu ialah saya." Rose, ditemani cucunya Lizzy Calvert, terbang ke tempat pencarian harta lalu menceritakan lebih lanjut tentang pengalamannya di atas Titanic.

Rose, yang baru berusia 17 tahun pada April 1912, menaiki kapal tersebut sebagai penumpang kelas atasan bersama ibunya, Ruth DeWitt Bukater, dan tunangnya, Caledon Hockley, seorang usahawan industri. Rose tidak terlalu menyintai Caledon, tetapi ibunya tetap mendesak untuk mengahwininya kerana masalah kewangan yang meruncing dan tidak mahu meninggalkan kehidupan yang mewah dalam golongan elit. Manakala seorang lagi adalah pelukis yang hidup bertualang yang bernama Jack Dawson memenangi tiket kelas ketiga menaiki kapal tersebut dalam satu perjudian poker.

Rose tidak begitu gembira dengan pertunangannya dan juga kehidupannya yang terkongkong lalu memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun dari buritan kapal. Jack melihat keadaan itu dan menghalang Rose dari melakukannya. Dengan keberatan, Caledon menjemput Jack untuk makan malam bersama mereka untuk hari keesokannya di dewan jamuan kelas pertama untuk membalas jasanya. Dalam pada itu, Rose dan Jack menjalinkan persahabatan dan berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka dengan Jack menceritakan pengembaraan dan perjalanannya serta Rose yang menceritakan harapannya. Kemudian, Jack menunjukkan buku lukisannnya. Ikatan mereka semakin kuat apabila mereka melarikan diri dari jamuan makan kelas pertama ke parti kelas ketiga.

Jack kini telah jatuh cinta dengan Rose, tetapi Rose cenderung untuk tidak mempedulikan perasaan mereka yang semakin menebal disebabkan pertunangannya dan tahap sosialnya. Tetapi, Rose akhirnya memutuskan untuk melepas semua itu dan menawarkan hatinya kepada Jack. Rose meminta Jack melukis potretnya dengan hanya memakai kalung berlian Heart of the Ocean, potret yang sama dijumpai pemburu harta 84 tahun kemudian. Mereka turut menjalinkan hubungan sulit kemudiannya.

Dalam pada itu, Kapten Edward J. Smith dan krewnya seolah-olah tidak menghiraukan amaran yang dihantar tentang medan apungan ais yang berada dalam laluan yang dilalui oleh Titanic malah Titanic mengekalkan kelajuan tinggi seperti yang dicadangkan oleh pengarah urusan White Star Line, J. Bruce Ismay walaupun pada waktu malam. Pada malam 14 April 1912, dua pemerhati telah terlihat ketulan ais terapung atau aisberg betul-betul di hadapan laluan mereka. Walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh krew dan jurutera, kapal tetap mengalami limpahan air yang hebat di petak bawah melampaui muatan atau had "tidak tenggelam" dan menyebabkan kapal mengalami bencana yang tidak dapat dihentikan. Caledon mengetahui hubungan di antara Jack an Rose dan geram lalu merancang satu perangkap untuk memfitnah Jack mencuri berliannya. Walaupun Rose berpeluang untuk melepaskan diri dengan awal dari bahaya kapal dengan menaiki bot keselamatan bersama ibunya, dia tetap melarikan diri dari Caledon — dan peluangnya untuk menyelamatkan diri ke dalam bot keselamatan — untuk mencari dan menyelamatkan Jack. Jack berjaya dilepaskan dan kini mereka terpaksa keluar dari bawah kapal dengan cepat. Mereka berhadapan dengan banyak halangan termasuklah terkunci dan sikap ganas Caledon yang memaksa mereka kembali ke dek bawah. Mereka berjaya naik semula ke dek atas tetapi kali ini bot keselamatan sudah tiada lalu, mereka bersama ratusan penumpang lain yang ketakutan terpaksa mencari ruang untuk bertahan sebelum Titanic karam sepenuhnya ke dalam lautan sejuk. Buritan kapal menaik dan menjulang tinggi sehingga beratnya menjadikannya patah dua dan bahagian haluan terus tenggelam dan menghilang. Bahagian buritan pula karam pada 2:20 pagi 15 April.

Rose dan Jack bersama dengan ratusan penumpang yang lain menunggu di permukaan air yang menjerit untuk meminta bantuan daripada bot penyelamat. Ketika pegawai membuat keputusan untuk berpatah balik, hampir semua penumpang telah mati akibat hipotermia dalam Lautan Atlantik yang membeku. Rose kecewa kerana Jack telah mengalah dan meniggalkannya. Dia mengucapkan selamat tinggal dan menarik perhatian bot keselamatan untuk menyelamatkannya. Penumpang yang terselamat di atas bot penyelamat menunggu selamat empat jam sehingga RMS Carpathia, kapal yang terdekat yang menjawab dan membalas isyarat radio Titanic', tiba menyelamatkan mereka. Ketika tiba di Bandar New York, Rose mendapati dia masih memiliki Heart of the Ocean yang tersimpan di dalam poket kot Caledon yang dipakainya.

Kembali sebagai perempuan tua pada 1996, Rose kini menuju ke dek kapal pemburu khazanah dan mencampak Heart of the Ocean ke dalam lautan, tempat Jack meninggalkannya.

Kembali ke bilik Rose, penonton dapat melihat pencapaian hidupnya termasuk gambar foto dia menunggang kuda di Santa Monica Pier, seperti yang dicadangkan bersama di antara dia dan Jack. Terdapat juga gambar-gambar lain yang dapat dilakukan Rose seperti yang dirancang mereka berdua. (Untuk melihat gambar tesebut, sila ke http://www.rosedawson.com) Rose baring di atas katilnya, babak yang diperdebatkan sama ada dia hidup atau telah mati. Kembali ke dasar laut, Titanic muncul di dalam kegelapan dan segala-galanya berubah menjadi baru. Seorang anak kapal membukan pintu ke Tangga Utama dan di sana terdapat semua yang telah mati pada malam tersebut tersenyum dan mengalu-alukannya. Di atas tangga berdirinya Jack, menghadap jam yang ditunjukkan sebelumnya di dalam filem. Jack berpaling dan tersenyum ke arah Rose yang kembali berusia 17 tahun yang membalas senyumannya. Mereka berkucupan di hadapan khalayak yang kemudian bertepuk tangan lalu bertukar untuk kredit penutup

Jika babak tersebut menunjukkan kematian Rose, ini menunjukkan yang mereka telah bertemu semula setelah penantian Jack selama 84 tahun. Sebaliknya, dalam lirik lagu tema filem, "My Heart Will Go On" yang dinyanyikan oleh Celine Dion, bermula dengan, "Every night in my dreams, I see you, I feel you," - (Setiap malam dalam mimpiku, Kulihatmu, Kumerasaimu") menunjukkan yang Rose hanya tidur dan bermimpikan Jack.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Apabila filem epik ini tidak siap dalam tempohnya untuk dilancarkan pada Julai 1997, ia mengejutkan Hollywood. Dua studio yang menerbitkannya, 20th Century Fox (yang memegang hak pengedaran antarabangsa dan memiliki hak ke atas nama filem Titanic) dan Paramount Pictures (yang memegang hak untuk Amerika Syarikat) turut panic. Ketika pertengahan 1997, Titanic menjadi filem yang paling mahal yang pernah dibuat (dilaporkan hampir AS$285 juta). Apabila pengarah James Cameron akhirnya menyerahkan filem tersebut kepada Paramount, tayangannya melebihi 3 jam dan ada yang berpendapat dia takkan bekerja dalam Hollywood lagi kerana buat ‘sehingga tak ingat dunia’. Kemudian Cameron menegaskan yang dia tak mahu orang lain menyuntingnya sesuka hati.

Tarikh pelancaran dituda ke 19 Disember 1997, filem ini mula dengan promosi yang sedikit dan penjualan tiket memulangkan $28 juta. Dalam seminggu, keuntungan berganda sebanyak tiga kali. Ketika Tahun Baru, filem ini mencecah $100 juta dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Jika tidak dikira kadar inflasi, ia berada di tempat pertama selama empat bulan dan menjadi filem yang paling banyak mengaut keuntungan dengan lebih $1.8 bilion seluruh dunia.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Tindak balas[sunting | sunting sumber]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Apabila filem ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 Disember, Titanic menerima kunjungan yang tak putus-putus dan menjelang Ahad pertama, jualan tiket mulai habis dengan pantas dengan keuntungan AS$28,638,131. Tiga bulan selepas filem dilancarkan, popularitinya tidak pudar dan jualan tiket panggung tetap cepat habis. Titanic berbeza dengan filem lewat 1990-an yang lain dengan mengambil masa 15 minggu untuk keuntungan hujung minggu menurun kepada 50%. Lazimnya, filem menurun sebanyak 40% dalam hanya seminggu. Pada penguhujung Mac 1998, Titanic menjadi filem pertama yang mencecah lebih AS$1 bilion. Banyak penonton yang berulang kali menonton filem Titanic dan jualan lagu, runut bunyi dan buku yang berkaitan dengannya menjadi tumpuan dan rebutan.[2]

Titanic mengaut keuntungan sebanyak $1,845,034,188 seluruh dunia dan filem yang paling untung sepanjang masa. Titanic juga amat berjaya di luar Amerika Utara; tiada filem lain yang menduduki tiga puluh filem teratas dalam filem pecah panggung seluruh dunia abad ke-20 yang memperoleh lebih 2/3 sambutan luar Amerika Syarikat dan Kanada selain filem ini.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penampilan Pegawai Pertama William McMaster Murdoch mencetuskan kontroversi di kampung halaman Murdoch di Dalbeattie, Scotland. Filem itu menunjukkan yang pegawai ini menerima rasuah, (kemudian menolaknya) dan menembak dua penumpang panic sebelum membunuh diri. 20th Century Fox meminta maaf atas perkara tersebut dan James Cameron mendermakan $8,340 kepada tabung memperingati Murdoch.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

Titanic memenangi Oscar dalam hampir setiap kategori yang dicalonkan kecuali bagi kategori solekan dan lakonan. Titanic telah dicalonkan sebanyak 14 kategori dan memenangi 11 daripadanya, menjadikannya filem kedua memenangi anugerah sebanyak itu (selepas filem 1959 Ben-Hur dan diikuti kemudiannya oleh filem The Lord of the Rings: The Return of the King pada 2004 dengan rekod yang sama). Dalam pada itu, inilah filem yang dua orang melakonkan watak yang sama telah yang kedua-duanya dicalonkan (iaitu Kate Winslet dan Gloria Stuart sebagai Rose). Kebetulan filem kedua yang begitu ialah filem 2001, Iris, yang juga dibintangi Winslet.

Anugerah Akademi[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pemenang
Arahan Seni Peter Lamont
Michael Ford
Sinematografi Russell Carpenter
Rekaan Kostum Deborah Lynn Scott
Pengarah Terbaik James Cameron
Suntingan Filem Conrad Buff IV
James Cameron
Richard A. Harris
Muzik (Skor Drama Asal) James Horner
Lagu Asal Terbaik (My Heart Will Go On) James Horner
Will Jennings
Filem Terbaik James Cameron
Jon Landau
Bunyi Terbaik Gary Rydstrom
Tom Johnson
Gary Summers
Mark Ulano
Suntingan Kesan Bunyi Tom Bellfort
Christopher Boyes
Kesan Visual Robert Legato
Mark A. Lasoff
Thomas L. Fisher
Michael Kanfer
Hanya Pencalonan:
Pelakon Wanita Terbaik Kate Winslet
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Gloria Stuart
Solekan Terbaik Tina Earnshaw
Greg Cannom
Simon Thompson

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi bagi Titanic telah digubah oleh James Horner an dijual lebih11 juta unit yang hanya mempunyai satu lagu popular yang mempunyai lirik. Runut bunyi itu mempunyai persembahan seperti penyanyi Norway, Sissel Kyrkjebø], dan penyanyi Kanada yang terkenal, Celine Dion. Ia menjadi telah berjaya di seluruh dunia dan mendorong untuk pelancaran runut bunyi yang jilid kedua yang mengandungi campuran lagu yang tidak diterbitkan dalam album sebelumnya dan rakaman baru bagi lagu yang ada dalam filem termasuk satu runut yang dirakamkan oleh adik Enya, Máire Brennan dari band Ireland, Clannad. Turut dimuatkan adalah "Hymn To The Sea" yang menampilkan Eric Rigler Bad Haggis dengan paip uilleann pipes dan wisel.

DVD[sunting | sunting sumber]

DVD Titanic mula-mula dilancarkan pada 1999 dalam bentuk skrin luas dan edisi cakera tunggal tanpa sorotan tambahan. Cameron menyatakan yang dia akan melancarkan edisi istimewa dengan sorotan tambahan kemudian. Enam tahun kemudian, pada 25 Oktober 2005, edisi istimewa telah dilancarkan dengan 3 set DVD di Amerika Utara yang mengandungi filem yang dibahagikan kepada dua keeping cakera, 45 minit babak yang dibuang, penamatan lain dan lain lagi. Edisi dua dan empat cakera dilancarkan antarabangsa pada 7 November 2005.

Babak dibuang[sunting | sunting sumber]

Dalam DVD 2005, terdapat lebih kurang 45 minit babak yang dibuang untuk menyesuaikan tempoh tayangan bagi pemasaran. Sebahagiannya adalah babak kecil dan terdapat juga babak penting. Terdapat orang ramai yang telahpun mengetahui akan banyak babak yang dipotong ini ketika menonton ketika penerbitan lakonlayar Titanic pada 1998 dan ada yang ditunjukkan dalam Fox TV tentang perincian pembuatan filem dan kemudian dimasukkan sedikit babak itu dalam CD-ROM Titanic Explorer.

Secara jumlahnya, terdapat 31 babak yang dipotong. Berikut adalah beberapa daripada babak utama yang dipotong yang terdapat dalam edisi DVD terbaru:

  1. Terdapat tambahan ketika Rose mengemas lukisannya iaitu Caledon menyatakan sesuatu yang merujuk katil di atas kapal tersebut yang masih belum digunakan.
  2. Sebelum membunuh diri, Rose kembali ke biliknya selepas jamuan makan malam dan ingin menyalin pakaian tetapi mula mengganas kerana tak dapat melakukan demikian (kerana pakaian golongan kelas atasan memerlukan bantuan orang gaji untuk memakaikan dan menanggalkannya).
  3. Babak panjang selepas Rose ditunjukkan dengan kalung Heart of the Ocean, dan tangan Rose yang muda memegang berlian tersebut bertukar kepada tangan Rose yang tua. Rose Tua mengatakan yang dia telah penat dan perlukan rehat tetapi Brock mahu dia meneruskan ceritanya. Rose Tua berkeras dan kembali ke biliknya. Brock diingatkan yang penaja mahu memberhentikan ekspedisi, selepas dia bertelagah dengan cucu Rose, Lizzy. Brock menceritakan tentang mimpinya menjumpai berlian tersebut dan menunjukkan Lizzy tangannya seolah-olah memegang berlian tersebut. Lizzy bertanya kepada Brocks adakah dia percaya neneknya pernah berada di Titanic, an dia membalas, "Yeah, saya orang yang percaya ". Babak ini bersambung dengan perubahan dari bangkai Titanic kepada Rose yang berjalan di Dek Laluan. Dia kemudian menyusup masuk melalui pagar kelas ketiga dan mencari Jack di Ruang Umum di mana dia ditemui sedang berbual dengan Cora, budak perempuan. Rose menemui Jack dan berterima kasih kerana menyelamatkannya.
  4. Babak yang berikutan iaitu ketika mereka sedang berbual di dek atas dan membincangkan impian Rose dan hasratnya untuk menjadi pelakon filem. Untuk menegaskan lagi impiannya, dia bermain di hadapan kamera gambar penumpang lain.
  5. Selepas babak parti di Kelas Ketiga, Jack membawa Rose berjalan pulang ke pintu masuk Kelas Pertama danmenyanyikan lagu "Come Josephine in My Flying Machine." Rose berkata "Saya tak mahu balik" dan mereka berdua melihat bintang buat seketika dan terlihat meteorit meluncur di langit. Jack mengatakan setiap kali terlihat tahi bintang, terdapat jiwa yang menuju ke syurga. Babak ini berkaitan dengan bisikan Rose "Come Josephine" dalam babak-babak kemudiannya.
  6. Ketika Rose dan Caledon bersiar-siar melawat sekitar kapal, mereka turut melawat gimnasium, yang direka semula betul-betul hanya berdasarkan gambar foto yang tinggal. (Dalam babak lain yang dipotong turut menunjukkan gimnasium iaitu ketika para penumpang menunggu bot keselamatan dipasang.)
  7. Perbualan ringkas yang mendedahkan Spicer Lovejoy merupakan bekas polis yang diupah ayah Caledon untuk menjaga anaknya.
  8. Selepas aksi berlari di bilik dandang dan sebelum mereka menuju ke kereta, Jack dan Rose berkucupan di bilik dandang tersebut.
  9. Pihak Californian cuba memberi amaran kepada Titanic tentang kawasan ais, tetapi dengan biadabnya dipotong oleh operator radio. Pegawai radio Californian putus asa lalu tidur.
  10. Ketika perlanggaran, terdapat detik komedi iaitu ketika Molly Brown meminta pekerja bar untuk "sedikit ais", aisberg berlalu di luar tingkap di belakangnya. Menurut sejarah, kejadian ini tidak tepat kerana Brown membaca di dalam biliknya ketika perlanggaran berlaku; Cameron berkata dia memotong babak tersebut kerana tidak sesuai memasukkan babak tersebut ketika detik cemas dalam filem.
  11. Jack dan Rose bermain dengan ais yang jatuh ke atas dek. Jack yakin yang kapal tersebut takkan apa-apa dan Rose memasukkan seketul ais ke dalam bajunya.
  12. Detik bersejarah terkenal iaitu salah seorang daripada dua orang operator radio Titanic mencadangkan kepada rakannya untuk menggunakan isyarat kecemasan "baru" iaitu isyarat SOS. "Mungkin ini saja peluang yang kamu ada untuk menggunakannya."
  13. Dalam bot keselamatan, Molly Brown mengajar yang lainnya untuk mendayung.
  14. Selepas Caledon menyedari yang dia telah memberikan berlian tersebut kepada Rose tanpa sengaja, berlakulah aksi kejar-mengejar di antara Lovejoy dan Jack di ruang makan yang sedang tenggelam. Babak ini dipotong oleh Cameron selepas menerima tidak balas dari penonton dalam tayangan ujian. Babak ini menerangkan kenapa kepala Lovejoy berdarah sebelum kematiannya dalam versi akhir filem.
  15. Cora, budak perempuan yang menjadi kawan baik Jack, ditunjukkan lemas dengan keluarganya yang tersekat di balik pagar Kelas Ketiga.
  16. Kapten Smith mengarahkan bot keselamatan yang hampir kosong untuk kembali ke Titanic untuk mengisi lagi penumpang. Itu adalah bot Molly Brown yang dibawah kuasa krew yang bertugas dan dia menolak. "Si bodoh," kata Smith.
  17. Selepas Jack membantu Rose untuk menaiki pintu yang terapung selepas Titanic karam, terdapat seorang lelaki mencuba untuk menaiinya juga, tetapi Jack mengancam untuk membunuhnya dan kerana ruang hanya muat untuk Rose. Jack kini menyedari yang dia juga akan mati.
  18. Terdapat versi tambahan ketika babak Carpathia menyelamatkan penumpang yang terselamat termasuk Pegawai Kedua Lightoller dan sekumpulan yang lain cuba mengimbangi bot keselamat B yang hampir terbalik (menurut sejarah dan babak popular dalam filem A Night to Remember).
  19. Terdapat babak lain bagi babak ketika Rose Tua mencampak berlian ke lautan. Dalam babak yang dibuang itu, Rose Tua menuju ke buritan kapal dan melihat langit dan terlihat tahi bintang (mengaitkan babak "Come Josephine" yang di atas Titanic yang turut dipotong). Brock, Lizzy dan Lewis terlihatnya dan ingat yang dia akan melompat. Dia akhirnya mendedahkan yang dia memiliki berlian tersebut sepanjang masa. ("Setiap kali aku terfikir untuk menjualnya, aku teringatkan Cal dan bagaimana aku boleh hidup tanpa bantuannya.") Apabila mereka menyedari akan hal itu, Brock cuba meyakinkannya untuk tidak membuangnya tetapi dia tidak makan pujukan. Walau bagaimanapun, dia tetap membenarkan Brock memegangnya sebelum dia membuangnya.

Walaupun Cameron setuju untuk memasukkan babak di atas dan babak lain dalam DVD, dia tidak berniat untuk memasukkannya ke dalam cerita sebenar seperti yang dilakukan bagi filem Terminator 2: Judgment Day dan Aliens iaitu babak yang dipotong dimasukkan semual ke dalam cerita utama.

Parodi[sunting | sunting sumber]

Seperti filem-filem terdahulu, babak dalam Titanic turut digunakan untuk diolok-olokkan:

  • Dalam telemovie karya Tiara Jacquelina iaitu Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Along Kamarudin yang berlakon sebagai pemandu bas yang gila menyebut tentang filem Titanic serta membuat aksi "Raja Dunia" ketika lagu tema dipasang.
  • Dalam filem Scary Movie terdapat babak "Raja Dunia!" yand di buat dalam babak wayang 'Amistad 2'.
  • Satu babak dalam Scary Movie 2 Cindy memberi pesan kepada Bobby sepertimana Jack memberi pesan kepada Rose.
  • Dalam Bruce Almighty, Jim Carrey bertanya kepada seorang perempuan tua tentang soalan yang berkaitan dengan dengan Rose.
  • Dalam satu episod Futurama, "A Flight To Remember" memperolok-olokkan keseluruhan filem tersebut dengan set kejadian di atas kapal angkasa bernama Titanic. Walau bagaimanapun, kapal tersebut dibawa laju di kawan komet (atau digelar dalam episode itu sebagai "aisberg angkasa"), tetapi berakhir dengan disedut ke dalam lohong hitam.
  • Dalam lagu Britney Spears Oops! I did it again, Britney berkata "...but I thought the old lady dropped it into the ocean in the end?" ( …tapi saya ingatkan perempuan tua menjatuhkannya ke dalam lautan pada penghujung cerita?") mengaitkan tentang Rose Tua yang mencampakkan berlian pada penghujung cerita.
  • Dalam filem Shark Tale, terdapat lukisan Rose pada dinding. Cuma pada lukisan ini, Rose dipakaikan baju.
  • Dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Harry menunggang Buckbeak, hippogriff Hagrid dan melakukan aksi "raja dunia (king of the world)" di tasik.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ini adalah filem kedua yang dibuat oleh Paramount Pictures dan 20th Century Fox yang memenangi Filem Terbaik dalam Anugerah Akademi dalam masa tiga tahun iaitu selepas filem Braveheart.
  • James Horner menulis lagu My Heart Will Go On secara rahsia bersama Will Jennings kerana James Cameron tak mahu lagu dalam filem tersebut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Box office statistics for Titanic (1997)". BoxOfficeMojo.com. Retrieved October 15 2006.
  2. (Inggeris) Boles, Derek; James Cameron's Titanic, Deconstructing the Titanic - http://www.media-awareness.ca/english/resources/educational/teachable_moments/deconstructing_titanic_6.cfm
  3. (Inggeris)Smith, Helen: “’Titanic’ Makers Apologize to Hero’s Hometown”, Reuters.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: