Tokyo Disney Resort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:TDR

Peta Tokyo Disney Resort

Tokyo Disney Resort (東京ディズニーリゾート Tōkyō Dizunī Rizōto?) adalah sebuah tempat peranginan taman tema dan percutian milik The Oriental Land Company (dengan lesen dari The Walt Disney Company) yang terletak di Urayasu, Chiba, Jepun, di timur bandaraya Tokyo (Koordinat: 35°37′47″U 139°52′58″T / 35.62972°U 139.88278°T / 35.62972; 139.88278). Tokyo Disney Resort dibuka pada 15 April 1983 dalam bentuk taman tema tunggal (Tokyo Disneyland), kemudian berkembang menjadi sebuah kawasan percutian yang merangkumi dua taman tema, tiga hotel (Disney) dan sebuah kompleks beli-belah. Tokyo Disneyland ialah taman tema Disney pertama yang dibuka di luar Amerika Syarikat.

Tokyo Disney Resort terdiri daripada tiga bahagian hiburan utama, iaitu Tokyo Disneyland, Tokyo DisneySea dan Ikspiari, iaitu kawasan beli-belah, jamu selera dan hiburan seakan Downtown Disney yang ditemui di tempat-tempat peranginan Disney di California dan Florida. Di dalamnya juga ada kedai Bon Voyage!, iaitu kedai cenderamata Disney yang rasmi di Tokyo Disney Resort. Pada Oktober 2008, Tokyo Disney membuka teater baru yang menempatkan terbitan Cirque du Soleil asli berjudul Zed.

Seperti juga resort Disney lain di dunia, Tokyo Disney diduduki berbilang hotel, termasuk hotel-hotel rasminya iaitu Tokyo DisneySea Hotel MiraCosta (bangunan yang menempatkan pintu masuk Tokyo DisneySea), Disney Ambassador Hotel, dan Disneyland Hotel yang paling mahal, tetapi memberikan pemandangan terbaik seluruh taman.

Terdapat enam hotel bukan berjenama Disney yang terletak di hartanah Tokyo Disney Resort, yang dimiliki oleh syarikat lain, begitu juga dengan hotel-hotel di Hotel Plaza Boulevard di Walt Disney World.

Semua kemudahan disambungkan dengan monorel Disney Resort Line.

Unit[sunting | sunting sumber]

Hotel[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Tokyo Disney Resort.

Templat:Tokyo theme parks