Disneyland Park (Anaheim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman tema Disney
Sleeping Beauty's Castle 2008.JPG
Disneyland
Lokasi Anaheim, California, Amerika Syarikat
Dibuka July 17, 1955
Taman peranginan Disneyland Resort
Tema Magic Kingdom
Laman web Disneyland Resort Homepage
Pengendali The Walt Disney Company

Disneyland ialah sebuah taman tema milik dan kendalian divisi Walt Disney Parks and Resorts dalam syarikat Walt Disney yang terletak di bandar Anaheim, California, Amerika Syarikat. Taman ini didedikasikan dengan prawara-wara akhbar pada 17 Julai 1955, kemudian dibuka kepada awam pada 18 Julai 1955. Disneyland terkenal sebagai satu-satunya taman tema yang direka dan dibina di bawah seliaan langsung Walt Disney sendiri. Pada tahun 2005, taman ini telah dikunjungi oleh lebih 515 juta pelawat sejak pembukaannya, termasuk presiden, raja dan ketua-ketua negara lain.[1] Pada tahun 1998, taman tema ini dijenamakan semula sebagai "Disneyland Park" untuk membezakannya daripada kompleks Disneyland Resort yang lebih besar. Pada tahun 2007, taman ini menyambut lebih 14,800,000 pengunjung, menjadikannya taman kedua teramai pelawat di dunia, mengekori Magic Kingdom di Walt Disney World.[2]

Susun atur taman[sunting | sunting sumber]

Pandangan udara Disneyland pada tahun 1963, menghadap arah tenggara. Santa Ana Freeway (I-5) di sudut kiri atas. Harbor Boulevard membentuk sempadan timur taman ini. Melodyland Theater kelihatan di atas gambar.
Pandangan udara Disneyland dan kawasan keliling Anaheim pada Mei 1965. Termasuk Disneyland Hotel dengan stesen monorel, Disneyland Heliport, dusun oren, Santa Ana Freeway dan Melodyland Theater.

Taman Disneyland dibahagi kepada "alam-alam" yang terpancar seperti empat mata angin kompas dari Central Plaza, dan kawasan-kawasan pentas belakang yang cukup tersembunyi. Sebaik sahaja menjejak kaki ke dalam satu alam, tetamu menjadi asyik sama sekali dalam suasanya sehingga tidak dapat melihat atau merasa alam yang lain, hasil terkembangnya "pentas" teater dengan laluan lancar dari satu alam ke alam lain.[3] Kawasan awam meliputi keluasan kira-kira 85 ekar (0.133 sq mi; 0.344 km2). Ketika dibuka dahulu, taman ini terdiri daripada lima kawasan bertema:

Sejak dibuka, ditambahnya alam-alam baru berikut:

Taman ini dikelilingi oleh landasan tolok sempit yang disokong oleh berma tinggi. Disney's California Adventure Park ditambah pada bekas tempat letak kereta Disneyland.

Kawasan di Disneyland[sunting | sunting sumber]

Terdapat lapan alam bertema yang menempatkan kedai, restoran, hiburan, dan tarikan yang berbeza sekali sesama alam.

Main Street, U.S.A.[sunting | sunting sumber]

Main Street USA.

Main Street, U.S.A. direka sempena bandar Midwest pada awal abad ke-20. Walt Disney mendapat ilham dari bandar Marceline, Missouri, dan merapatkan kerjasama dengan para pereka dan jurubina untuk membangunkan tarikan Main Street. Inilah kawasan pertama yang dilihat oleh pengunjung sebaik sahaja memasuki taman (kecuali melalui monorel), dan beginilah cara pengunjung memasuki Central Plaza. Di tengah-tengah Magic Kingdom dan di utara Central Plaza terletaknya Sleeping Beauty Castle, yang menyediakan pintu masuk ke Fantasyland melalui jambatan tarik yang menyeberangi parit. Adventureland, Frontierland, dan Tomorrowland disusun di kedua-dua belah istana kota ini.

Main Street, U.S.A. menghidupkan kenangan zaman Victoria di Amerika, lengkap dengan stesen kereta api, medan bandar, pawagam, dewan bandaraya, balai bomba yang dilengkapi enjin pam janaan wap, emporium, kedai-kedai, arked-arked, bas dua tingkat, kereta kuda, jitney dan bermacam-macam memorabilia. Di hujung jauh Main Street, U.S.A. terletaknya Sleeping Beauty Castle, dan Central Plaza (juga dikenali sebagai The Hub), iaitu gerbang utama ke kebanyakan kawasan bertema.

Reka bina Main Street, U.S.A. menggunakan proses menimbulkan ilusi ketinggian yang dikenali sebagai perspektif paksaan yang kerap digunakan dalam perfileman. Binaan-binaan sepanjang Main Street dibina mengikut skala 3/4 di tingkat satu, kemudian 5/8 di tingkat dua, dan skala 1/2 di tingkat tiga, iaitu mengurangkan 1/8 skala untuk setiap tingkat ke atas.

Adventureland[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Adventureland
Adventureland menyediakan suasana pengembaraan 1950-an yang mengambil kesempatan dari kegilaan Tiki pascaperang.

Adventureland direka dengan suasana tropika eksotik di sebuah rantau terpencil yang jauh sekali dari dunia bertamadun. Antara tarikannya termasuk tunggangan Jungle Cruise, "Temple of the Forbidden Eye" di Indiana Jones Adventure, dan Tarzan's Treehouse yang diubah suai dari Swiss Family Robinson Tree House dari filem Swiss Family Robinson. Walt Disney's Enchanted Tiki Room yang terletak di pintu masuk Adventureland ialah tarikan utama pertama yang menggunakan Audio-Animatronics, iaitu penyegerakan bunyi dan robotik secara komputer.

New Orleans Square[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: New Orleans Square
The Haunted Mansion direka sempena kawasan pertanian di Selatan AS.

New Orleans Square yang bertemakan New Orleans pada abad ke-19, dibuka kepada awam pada 24 Julai 1966. Kawasan ini terkenal dengan tarikan Pirates of the Caribbean dan Haunted Mansion serta pertunjukan malam Fantasmic!

Frontierland[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Frontierland

Frontierland menghidupkan semula latar zaman peneroka emas di sepanjang perbatasan Amerika. Menurut Walt Disney, "Kita semua harus berbangga dengan sejarah negara kita yang dibentuk oleh penerokaan nenek moyang kita. Pengembaraan kami direka untuk memberikan suasana kehidupan zaman peneroka kepada anda, walau sementara." Di Frontierland terletaknya pancaragam animatronik Pinewood Indians yang berupa orang asli Amerika yang tinggal di tebing Rivers of America. Antara tarikannya termasuk Fantasmic!, Big Thunder Mountain Railroad, Mark Twain Riverboat, Frontierland Shootin' Exposition dan Sailing Ship Columbia, serta "Pirate's Lair at Tom Sawyer Island" yang dibuka pada Mei 2007.

Critter Country[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Critter Country
Splash Mountain ialah tarikan berbentuk tunggangan salur kayu balak dalam gelap yang terdapat di tiga Taman Tema Walt Disney, berasaskan filem Song of the South.

Critter Country dibuka pada tahun 1972 sebagai "Bear Country", lalu dinamakan semula pada tahun 1988. Dahulunya, kawasan ini menempatkan Indian Village di mana orang asli sebenar menunjuk cara tarian dan adat resam mereka. Kini, tarikan utamanya ialah Splash Mountain, tunggangan saluran kayu balak yang diilhamkan daripada cerita Uncle Remus oleh Joel Chandler Harris dan segmen-segmen animasi dari filem Song of the South terbitan Disney pada tahun 1946. Pada tahun 2003, tarikan The Many Adventures of Winnie the Pooh menggantikan Country Bear Jamboree yang tutup pada tahun 2001. Country Bear Jamboree pernah menampilkan pertunjukan beruang bernyanayi yang dizahirkan oleh teknologi Audio-Animatronics, boneka kawalan elektronik dan mekanik rekaan Disney.

Fantasyland[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Fantasyland

Fantasyland ialah kawasan dalam Disneyland yang dikatakan oleh Walt Disney, "Muda-mudi yang mana tidak pernah mengidamkan untuk terbang bersama Peter Pan di angkasa London yang diterangi bulan, atau terserembab ke dalam Wonderland yang dikunjungi oleh Alice. Di Fantasyland, kisah-kisah klasik zaman muda semua orang sudah menjadi kenyataan untuk disertai oleh muda-mudi tak kira usia." Fantasyland pada asalnya bergayakan tapak pesta Eropah zaman pertengahan, tetapi setelah diubah suai pada tahun 1983, rupanya seakan-akan perkampungan Bavaria. Antara tarikannya termasuk dark ride, King Arthur Carrousel, dan tunggangan kanak-kanak.

Pada malam bunga api, beberapa tarikan di Fantasyland ditutup pada pukul 8:30 malam sebelum bunga api dilepaskan pada 9:25 malam.

Mickey's Toontown[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Mickey's Toontown

Mickey's Toontown dibuka pada tahun 1993 yang menerima sedikit ilham darippada Toontown dari fielm Who Framed Roger Rabbit keluaran Disney pada tahun 1988. Mickey's Toontown umpama kartun 1930-an yang dihidupkan sebagai tempat tinggal watak-watak kartun Disney yang terulung. Toontown menampilkan dua tarikan: Gadget's Go Coaster dan Roger Rabbit's Car Toon Spin. "Bandar" ini juga menjadi tempat terletaknya kediaman Mickey Mouse dan Minnie Mouse.

Tomorrowland[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tomorrowland
Tomorrowland setelah dibersihkan pada tahun 1998.

Ketika dibuka pada tahun 1955, Walt Disney mendedikasikan Tomorrowland dengan ucapan: "Masa depan pasti menakjubkan. Saintis-saintis kita hari ini sedang membuka pintu ke Zaman Angkasa kepada pencapaian yang akan memanfaatkan anak-anak kita dan generasi akan datang. Tarikan Tomorrowland direka untuk memberikan peluang kepada anda untuk menyertai pengembaraan yang merupakan rangka tindakan di masa depan."

Penerbit Disneylan Ward Kimball mendapatkan khidmat pakar-pakar roket Wernher von Braun, Willy Ley, dan Heinz Haber sebagai penasihat teknikal untuk rekaan asal Tomorrowland.[4] Tarikan-tarikan dahulu termasuk Rocket to the Moon, Astro-Jets dan Autopia; diikuti jelmaan pertama Submarine Voyage. Kawasan ini menjalani transformasi besar pada tahun 1967 untuk menjadi New Tomorrowland, dan sekali lagi pada tahun 1998 dengan tema "retro-future" yang mengimbau lukisan Jules Verne.

Tarikan masa kini termasuk Space Mountain, Innoventions, Star Tours, Captain EO Tribute, Autopia, Stesen Tomorrowland Disneyland Monorail, Astro Orbitor dan Buzz Lightyear Astro Blasters. Finding Nemo Submarine Voyage dibuka pada 11 Jun 2007, sebagai jelmaan semula Submarine Voyage asal yang tutup pada tahun 1998.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Disneyland by the numbers". 
  2. "TEA/ERA Theme Park Attendance Report 2007". www.themeit.com. 2008-03-14. Diarkibkan daripada asal pada 2008-04-09. Diperoleh pada 2008-03-14. 
  3. "Disneyland's History, JustDisney.com". 
  4. "Article on Von Braun and Walt Disney". NASA. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
  • Bright, Randy (1987). Disneyland: Inside Story. Harry N Abrams. ISBN 0-8109-0811-5. 
  • France, Van Arsdale (1991). Window on Main Street. Stabur. ISBN 0-941613-17-8. 
  • Gordon, Bruce and David Mumford (1995). Disneyland: The Nickel Tour. Camphor Tree Publishers. ISBN 0-9646059-0-2. 
  • Dunlop, Beth (1996). Building a Dream: The Art of Disney Architecture. Harry N. Abrams Inc. ISBN 0-8109-3142-7. 
  • Marling, ed., Karal Ann (1997). Designing Disney's Theme Parks: The Architecture of Reassurance. Flammarion. ISBN 2-08-013639-9. 
  • Koenig, David (1994). Mouse Tales: A Behind-the-Ears Look at Disneyland. Bonaventure Press. ISBN 0-9640605-5-8. 
  • Koenig, David (1999). More Mouse Tales: A Closer Peek Backstage at Disneyland. Bonaventure Press. ISBN 0-9640605-7-4. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Disneyland Resort.

Templat:Disneyland Resort Templat:Disneyland2 Templat:Amusement Parks & Theme Parks of California Koordinat: 33°48′43.55″N 117°55′8.29″W / 33.8120972°U 117.9189694°B / 33.8120972; -117.9189694