Tong Li Publishing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tongli Publishing Co.
東立出版社有限公司
Jenis/bentuk sahComic publisher
IndustriComics
Ditubuhkan1977
PengasasFang Wan-nan
Ibu pejabatTaipei, Taiwan
Tapak webwww.tongli.com.tw(dalam bahasa Bahasa Cina)
Facebook: TongLiComic Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tongli Publishing Co. ( Bahasa Cina : 東立出版社, Hanyu Pinyin : Dōng Lì Chūbǎnshè ), yang juga dikenali dengan nama Tong Li Comics, ialah sebuah syarikat penerbitan yang mengedarkan pelbagai komik domestik dan komik import di Taiwan.

Contoh manga yang diterbitkan oleh Tongli Comics

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat Penerbitan Tong Li di "Bangunan Ekonomi dan Perdagangan Modal Negeri"(首府經貿大廈)

Syarikat Tong Li diasaskan di Tainan, Taiwan pada tahun 1977 dengan hanya sembilan pekerja. [1] Tong Li memasuki perniagaan penerbitan sebagai penjual buku komik cetak rompak, terutamanya komik manga dari Jepun. "Selama lima belas tahun, Tong Li merupakan pengeluar terbesar komik cetak rompak, dengan menerbitkan semula lebih daripada 1,000 judul manga secara keseluruhan dan untuk sebahagian daripada masa itu, lima puluh judul baru dalam sebulan." [2]

Kaedah operasi cetak rompak syarikat Tong Li adalah dengan mendapatkan komik baharu daripada pengedar Jepun, menggantikan teks Jepun dengan bahasa Cina tradisional, dan "melukis baju dalam pada watak wanita yang bertelanjang serta mengubah suai, apa jua panel yang memaparkan paparan seksual atau ganas secara eksplisit. " [3] Ketua eksekutif Tong Li, Fang Wan-nan (范萬楠), "secara berseloroh mengelarkan dirinya sebagai 'raja komik cetak rompak". [3]

Walaupun mempunyai sejarah pelanggaran hak cipta, Tong Li telah memperoleh lesen penerbitan mengikut undang-undang yang pertama di Taiwan untuk menerbitkan manga Jepun berjudul Cipher Minako Narita daripada peerbit Hakusensha pada tahun 1989, dan diikuti dengan manga Akira karya pelukis Katsuhiro Otomo dari Kodansha pada tahun 1991. [1] Sebuah undang-undang di Taiwan pada tahun 1992 yang telah mengukuhkan penguatkuasaan hak cipta komik memaksa syarikat Tong Li untuk meninggalkan operasi cetak rompak mereka dan membangunkan kandungan asli selain memperoleh lesen melalui cara undang-undang. Syarikat tersebut pada ketika itu sudah mula menerbitkan majalah Dragon Youth (龍少年月刊) dan Star★Girls (星少女月刊) - sebuah majalah yang memaparkan manga-manga Jepun (seperti Manga JUMP) dan majalah ini masih kekal menjadi pengaruh besar manga Jepun di Taiwan. [3] Ia kini mengeluarkan lebih kurang 100 tajuk manga berlesen sebulan termasuk One Piece, Bleach, Naruto, Sket Dance, Hunter x Hunter, Gintama, Shijō Saikyō no Deshi Ken'ichi, Skip Beat dan banyak lagi.

Majalah Manga yang diterbitkan oleh Tong Li Publishing[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Senarai syarikat Taiwan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Tong Li Publishing Timeline (東立出版年鑑)", Tong Li, Retrieved 2008-10-13.
  2. ^ John A. Lent, Pulp Demons: International Dimensions of the Postwar Anti-Comics Campaign (1999) p. 195.
  3. ^ a b c Pulp Demons, p. 195.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]