Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan , Narathiwat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan Narathiwat berlaku pada Isnin malam, 8 Jun 2009 jam 8.00 malam .10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala seorang lagi di hospital manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Masjid kecil itu terletak di Kampung Air Tempayan, daerah Cha-airong, Narathiwat.


Reaksi umat Islam Selatan Thailand[sunting | sunting sumber]

Anggota Parlimen Narathiwat, Najmuddin Umar berkata insiden terbabit adalah yang paling buruk pernah berlaku di Selatan Thai.Belum pernah berlaku jemaah ditembak dalam masjid. Ini Rumah Allah.Ini satu kekejaman dan kerajaan mesti jawab pada rakyat yang begitu longgar dan tidak berupaya mengawal keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Kerajaan Thailand mesti turun menyiasat dan memberitahu perkara sebenar kepada rakyat.Orang kampung terlalu takut hendak bersuara.

Ada yang kata orang Buddha nak membalas dendam kerana seorang penoreh getah Buddha ditembak mati di kampung berhampiran.

Keadaan masjid yang diterangi dengan lampu mereka dapat mengecam beberapa anggota tentera yang keluar dan masuk semula ke masjid dan melepas beberapa das tembakan lagi bagi memastikan mangsa benar-benar mati. Pasukan tentera itu kemudian beredar ke kawasan kebun getah berdekatan.[1]Oleh itu penduduk sekitar masjid tidak yakin dengan dakwaan polis Thailand bahawa serangan di masjid itu didalangi oleh kumpulan pemisah. Tidak mungkin seorang Muslim boleh melakukan perbuatan itu di sebuah masjid, iaitu rumah Allah.


Imam masjid, Wan Dollah Wan Kamal, 62, dan sembilan orang lagi meninggal dunia di tempat kejadian manakala 12 lagi cedera. Sebahagian besar yang meninggal dunia adalah penduduk tempatan yang bersembahyang di saf belakang, manakala ketua kampung pula dimasukkan ke hospital selepas pengsan.

Lokasi kejadian[sunting | sunting sumber]

Terdapat 24 orang dalam Masjid Al-Furqan . Kebanyakannya orang tua yang menunaikan solat Isya dengan disertai oleh sebuah kumpulan tabligh dari kampung berhampiran.Tiba-tiba ada dua orang bertopeng yang masuk dari jalan belakang berhampiran kebun getah dan menembak rambang... 22 orang terkena tembakan.

Punca[sunting | sunting sumber]

Puncanya mungkin balas dendam ekoran kematian dua guru beragama Buddha dan seorang penoreh getah sejak empat hari lepas. Thailand ditadbir dari Bangkok yang mengamalkan bahasa Thai dan agama Buddha sebagai teras. Sedangkan selatan Thailand berbahasa Melayu dan berugama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen Thai mengenai Keselamatan Nasional Jehrrming Tohtayong, berkata beliau percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan baru yang mahu menimbulkan kekacauan dan keganasan di antara penduduk tempatan. Seorang penduduk menghilangkan diri beberapa hari sebelum insiden itu dan tidak bersetuju dengan kumpulan militan sebelum menghilangkan diri. Anggota Parlimen dari Narathiwat mengaitkan tragedi itu dengan kumpulan dadah dan mafia tempatan.

  • Lebih 3,500 orang terbunuh sejak Januari 2004 apabila kumpulan pemisah selatan Thailand meneruskan kempen bersenjata mereka bagi memerdekakan tiga wilayah majoriti penghuni Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani.Kumpulan pemisah Islam ini menggunakan taktik gerila, terutamanya bom tepi jalan, membakar dengan sengaja dan tembakan dari kenderaan bergerak. Mereka tidak tahan menderita dan mahukan sebuah negara yang merdeka. Bangkok mengerahkan lebih 20,000 tentera untuk menamatkan pertelingkahan itu.
  • Pembunuhan di Balai Polis Tak Bai dan tepian sungai, menyebabkan kematian 85 orang Islam pada bulan puasa, Oktober 2004. Bukti dan saksi kejadian itu menunjukkan peristiwa itu bukan sengaja dilakukan oleh pihak tentera yang berugama Buddha. Penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai walaupun telah diberi amaran demi amaran supaya tidak hadir. Mereka ditangkap, dibaringkan tanpa baju. Kemudian didicampak, disusun bertindih-tindih di dalam trak tentera. Kebanyakan mereka sedang berpuasa , lemas dan dahaga sehingga membawa kepada kematian.
  • Pada 28 April, 2004, 108 puak disyaki pemberontak terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan di tiga wilayah di selatan, termasuk 32 orang dalam Masjid Krue Se berusia 300 tahun di Pattani.
  • Pada 7 Jun 2009, dua orang terbunuh dan 19 cedera apabila pemberontak menyerang pengawal sukarela dan meledakkan bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua guru, seorang daripadanya hamil lapan bulan, ditembak mati di Chanae.

Dalang pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Panglima Tentera Thailand Jeneral Anupong Paochinda menafikan tentera Thailand melakukan pembunuhan itu.Anupong menyalahkan pemberontak yang bertanggungjawab , tanpa sebarang bukti dan sebelum pun siasatan dilakukan.Bagaimanapun seorang penduduk kampung ketika dihubungi mendakwa empat orang lagi meninggal dunia di hospital.

Media Thailand menuduh Malaysia menyokong kumpulan pemberontak. Jehrrming Tohtayong segera menafikan hal itu dan Malaysia sedang bekerjasama dengan Thailand untuk membangunkan wilayah mundur , terbiar dan terpinggir dari pembangunan berbanding wilayah tengah dan utara.Yala,Narathiwat dan Pattani antara yang termiskin antara 76 wilayah di Thailand walaupun mempunyai sumber semulajadi yang banyak.

Bangkok Post melaporkan bahawa Anggota Parlimen Narathiwat daripada parti Demokrat, Jeh Aming Totayong menimbulkan keraguan berhubung insiden terbaru pengeboman dan tembakan, dengan mengatakan pemberontak mungkin tidak terbabit .Insiden-insiden yang semakin kerap ini berlaku pada masa rang undang-undang belanjawan hendak dibahaskan di parlimen.[2]

Reaksi kerajaan Thailand[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva menyatakan serangan itu berbeza daripada cara pemberontak beroperasi pada masa lepas. Dalam temubual di TV3, Abhisit berazam meneruskan pelan pembangunan kecil-kecilan tetapi menyeluruh dan jangka panjang. Tembakan ini akan mencetuskan siri pengebom nekad di masa akan datang selepas insiden bom kereta pada Ahad lepas di Narathiwat.

Abhisit sedang melakukan lawatan ke Malaysia bagi membincangkan masalah dua kerakyatan.Katanya, Malaysia akan membantu dan bekerjasama dengan kerajaan Thailand . Abhisit Vejjajiva menelefon timbalannya Suthep Thaugsuban dan Panglima Tentera Jen Anupong Paochinda ke selatan Thailand untuk mencari-cari jalan penyelesaian.

Kerajaan Thailand memberi setiap keluarga mangsa -- 100,000 baht .12,000 baht lagi untuk belanja urusan pengebumian, manakala mereka yang tercedera menerima 30,000 baht tiap seorang.[3]

Kerajaan Thailand menghantar 60,000 polis dan tentera ke Yala, Pattani dan Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia. Paling utama ialah polisi jangka panjang yang menggalakkan keadilan, pembangunan dan pendidikan.

Gabenor Pattani Ponthep Siyapan menyifatkan percubaan kumpulan pemberontak untuk memalukan kerajaan Thai dan mensabotaj usaha bagi menamatkan keganasan selama lima tahun.Pemberontak kini beralih kepada menyerang institusi agama di tiga wilayah yang bergolak di selatan Thai bagi menarik perhatian antarabangsa dan mengheret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Beliau menyampaikan derma kepada sami dan dana kepada 266 kuil di wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.Tiga wilayah yang bergolak itu dianggap sebagai kawasan tengah orang Melayu yang mempunyai penduduk 1.6 juta orang termasuk kira-kira 130,000 penganut Buddha.[4]

Kesan insiden pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Ketua Biro BERNAMA Kelantan, Mohd Razman Abdullah melaporkan penduduk tempatan bernama Seman Abdullah menyatakan mustahil insiden itu dilakukan oleh kumpulan pemisah Islam.Tindakan membunuh orang Islam sendiri bercanggah dari matlamat perjuangan asal. Masjid itu kubu kuat kumpulan pemisah dan tiada sesiapa yang berani menyerang kawasan itu kecuali pihak yang mempunyai kelengkapan senjata yang canggih serta maklumat perisikan yang tinggi. Beliau tidak menuduh sesiapa termasuk tentera atau askar upahan. Insiden ini akan mengundang tindak balas daripada pihak yang menjadi mangsa.

Anggota keluarga akan melarikan diri ke sempadan termasuk lari ke Malaysia kerana bimbangkan keselamatan mereka.[5]

  • Pada 12 Jun 2009, Seorang sami (60 tahun) ditembak mati di sebuah perkampungan dalam daerah Yala ketika sedang mengutip derma.Dua lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan dari jarak dekat.
  • Pada 13 Jun 2009,6 orang terbunuh. Seorang wanita berusia 56 tahun maut sementara 13 yang lain cedera apabila seorang lelaki yang membonceng motosikal melontar bom tangan ke dalam bas mini di wilayah Yala pada pukul 1 tengah hari.Wanita berusia 42 tahun yang merupakan isteri kepada seorang ketua kampung, ditembak mati dalam satu serang hendap di Narathiwat ketika dia menunggang motosikal bersama anak gadisnya yang berusia 22 tahun.Remaja perempuan itu selamat namun mengalami luka akibat ditembak.Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun juga maut ditembak di rumahnya di Yala.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]