Tropidophiidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tropidophiidae
Messelophis ermannorum extinct pygmy boa
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Infraorder: Alethinophidia
Famili: Tropidophiidae
Brongersma, 1951
Sinonim
  • Ungualiidae – Cope, 1894
  • Ungaliidae – Cope, 1900
  • Tropidophinae – Brongersma, 1951
  • Tropidophidae – Underwood, 1976
  • Tropidophiidae – Duellman, 1979
  • Tropidopheidae – McDowell, 1987
  • Ungaliopheinae – McDowell, 1987
  • Tropidopheinae – McDowell, 1987
  • Tropidopheidae – H.M. Smith & Preston, 1987
  • Tropidopheoidae – H.M. Smith & Chiszar, 1992 [1]

Tropidophiinae[2] ialah sebuah keluarga ular yang ditemui dari Mexico dan Hindia Barat ke selatan hingga tenggara Brazil. Ini merupakan ular fosorial yang bersaiz kecil dan sederhana. Ada dalam kalangannya yang memperlihatkan corak warna yang cantik dan menawan. Kini, empat genus masih wujud yang merangkumi 22 spesies dan satu genus pupus dengan satu spesies telah dikenal pasti.[2]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Keluarga ular ini terhad kepada kawasan neotropika, terutamanya Hispaniola, Jamaica, dan Kepulauan Cayman, di mana kepelbagaian yang terbesar adalah di Cuba di mana spesies-spesies baru sedang ditemui. Ular-ular ini sangat kecil dengan purata kepanjangan 30–60 cm. Kebanyakan spesiesnya menghabiskan waktu siang dengan menyorok di bawah tanah atau di bawah dedaun, dan hanya keluar pada waktu malam atau ketika hujan. Sesetengah spesies adalah penghuni pokok dan sering kelihatan menyorok dalam bromeliad dalam pokok. Ia boleh berubah warna dari terang (ketika giat pada waktu malam) kepada gelap (ketika rehat pada waktu siang). Perubahan warna ini disebabkan oleh pergerakan granul-granul pigmen gelap. Apabila diancam, ia melingkar-lingkar menjadi bebola yang ketat. Satu kelakuan pertahanan yang lebih aneh ialah kebolehannya untuk berdarah secara sengaja pada mata, mulut dan lubang hidungnya.

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Ia ditemui dari selatan Mexico dan Amerika Tengah ke selatan hingga barat laut Amerika Selatan di Colombia, Ecuador (Amazon), dan Peru, dan juga di barat laut dan tenggara Brazil; juga di Hindia Barat.[1]

Genera[sunting | sunting sumber]

Genus[2] Pengarang takson[1] Spesies[2] Taburan geografi[1]
Exiliboa Bogert, 1968 1 Mexico.
Trachyboa Peters, 1860 2 Panama, Colombia Pasifik dan Ecuador.
TropidophisT Bibron, 1840 17 Hindia Barat, Brazil, Peru dan Ecuador.
Ungaliophis Müller, 1880 2 Selatan Mexico dan ke selatan melalui Amerika Tengah hingga sejauh Colombia.

T Genus jenis.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Tropidophiidae (TSN 209617). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 17 August 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]