Acrochordidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Acrochordidae
Julat zaman: Pertengahan Miosen[1]
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Infraorder: Alethinophidia
Keluarga: Acrochordidae
Bonaparte, 1831
Genus: Acrochordus
Hornstedt, 1787
Sinonim
  • Acrochordina - Bonaparte, 1831
  • Acrochordidae - Bonaparte, 1840
  • Acrochorniens - A.M.C. Duméril, 1853
  • Acrochordidae - Jan, 1863
  • Acrochordinae - Boulenger, 1893
  • Acrochordoidae - McDowell, 1975
  • Acrochordini - Dowling & Duellman, 1978[2]

  • Acrochordus - Hornstedt, 1787
  • Chersydrus - Cuvier, 1817
  • Chersidrus - Oken, 1817
  • Acrochordus - Gray, 1825
  • Chersydreas - Gray, 1825
  • Chershydrus - Bonaparte, 1831
  • Verrucator - Schlegel, 1837
  • Chersydraeas - Gray, 1849
  • Potamophis - Schmidt, 1852
  • Chersydraeus - Duméril, Bibron & Duméril, 1854
  • Acrochordus - Boulenger, 1893[2]

Acrochordidae ialah sebuah keluarga monotip[3] yang diwujudkan untuk genus Acrochordus. Ini ialah sekumpulan ular aquatik primitif yang ditemui di Australia dan Indonesia. Kini, 3 spesies telah dikenal pasti.[4]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Ketiga-tiga spesiesnya adalah aquatik yang ketiadaan the sisik perut lebar yang ditemui pada kebanyakan ular yang lain serta bermata dorsal. Cirinya yang paling penting ialah kulit dan sisiknya. Sisiknya yang longgar mengelambu kelihatan agak besar bagi ular itu, sementara sisiknya tidak bertindan, sebaliknya berbentuk unjuran-unjuran berbentuk piramid yang halus.

Ular ini memburu mangsa dengan menghendap-hendap di dasar sungai, anak sungai atau kuala sambil menunggu ikan datang dekat untuk dicengkam dengan lingkarannya. Sisiknya yang kasar membolehkan ular ini mencengkam ikan walaupun bersalut mukus. Ular dewasa mencapai kepanjangan antara 60 cm dan 2.43 m.

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Dijumpai dari barat India dan Sri Lanka melalui kawasan tropika Asia Tenggara hingga Filipina, ke selatan melalui gugusan pulau Indonesia/Malaysia ke Timor, ke timur melalui New Guinea hingga pantai utara Australia ke Pulau Mussau, Kepulauan Bismark dan Pulau Guadalcanal di Kepulauan Solomon.[2]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Spesies[4] Pengarang takson[4] Taburan geografi[2]
A. arafurae McDowell, 1979 New Guinea dan utara Australia.
A. granulatus (Schneider, 1799) Semenanjung India, Sri Lanka, Myanmar, Kepulauan Andaman, Thailand, Kemboja, Vietnam, China, Filipina, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, dan pantai utara Australia.
A. javanicusT Hornstedt, 1787 Asia Tenggara dari Vietnam, Kemboja dan Thailand, ke selatan melalui Malaysia, Singapura dan Indonesia (Sumatera, Jawa dan Borneo).

T) Spesies jenis.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sepkoski, Jack (2002). "A compendium of fossil marine animal genera (Reptilia entry)". Bulletins of American Paleontology 364: p.560. http://strata.ummp.lsa.umich.edu/jack/showgenera.php?taxon=663&rank=class. Capaian 2007-12-25. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  3. 'Acrochordidae' (TSN 174119). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 16 August 2007.
  4. 4.0 4.1 4.2 'Acrochordus' (TSN 209068). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 16 August 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]