Aniliidae
| Aniliidae | |
|---|---|
| ''Caiman crocodilus'' dan Anilius scytale oleh Maria Sibylla Merian | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Reptilia |
| Order: | Squamata |
| Suborder: | Serpentes |
| Infraorder: | Alethinophidia |
| Keluarga: | Aniliidae Stejneger, 1907 |
| Genus: | Anilius Oken, 1816 |
| Spesies: | A. scytale |
| Nama binomial | |
| Anilius scytale (Linnaeus, 1758) |
|
| Sinonim | |
|
|
Aniliidae atau ular karang palsu ialah sebuah keluarga monotip[2] yang diwujudkan untuk genus monotip Anilius[3] yang mengandungi spesies A. scytale[4] yang ditemui di Amerika Selatan. Ular ini memiliki vestij girdel pelvis yang kelihatan sebagai sepasang taji kloaka. Ular ini melahirkan anak dari telur yang disimpan dalam tubuh. Makanannya terdiri khusus daripada amfibia dan lain-lain reptilia. Kini, dua subspesies telah dikenal pasti, termasuk bentuk tipikal yang diperikan di sini.[4]
Isi kandungan |
Keterangan [sunting]
Spesies ini ditemui di kawasan Amazon di Amerika Selatan, Guiana dan Trinidad dan Tobago. Ia merupakan ular bersaiz sederhana yang mencapai saiz sekitar 70 cm (27 inci) panjangnya. Ia dilaporkan melahirkan anak sendiri dan memakan kumbang, sesilia (amfibia pengorek tanah), amfisbenid (cicak tanap kaki), ular kecil, ikan, dan katak. Badannya berbentuk silinder dan sekata diameternya, berjalur merah hitam terang-terang; ekor yang sangat pendek; dan mata-mata halus di bawah sisik kepala yang besar. Ular ini dianggap sebagai ular yang paling menyerupai keadaan ular purba yang asli, seperti ciri tengkorak seakan biawak.[5]
Subspesies [sunting]
| Subspesies[4] | Pengarang takson[4] | Nama am | Taburan geografi |
|---|---|---|---|
| A. s. phelpsorum | Roze, 1958 | ||
| A. s. scytale | (Linnaeus, 1758) |
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanITIS-Ftidak disediakan - ↑ 'Anilius' (TSN 209612). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 14 August 2007.
- ↑ 4.0 4.1 4.2 4.3 'Anilius scytale' (TSN 209613). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 14 August 2007.
- ↑ Evolution – snake
Bacaan lanjut [sunting]
- Boos HEA. 2001. The snakes of Trinidad and Tobago. Texas A&M University Press, College Station, Texas. ISBN 1-58544-116-3.
- Martins M, Oliveira ME. 1999. Natural history of snakes in forests of the Manaus region, Central Amazonia, Brazil. Herpetological Natural History 6: 78-150. PDF.
Pautan luar [sunting]
- Aniliidae di TIGR Reptile Database. Dicapai pada 3 November 2008.
|
|||||||||||