Type-Moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Type-Moon
Jenis Pereka dan penerbit permainan video dan novel
Industri Produksi pereka permainan video novel visual dan anime
Ditubuhkan 2000
Ibu pejabat Jepun
Perancang utama Kinoko Nasu
Takashi Takeuchi
Produk Tsukihime
Fate/stay night
Laman web (Bahasa Jepun) Tapak rasmi Type-Moon
(Bahasa Jepun) Laman rasmi Tsukihime Type-Moon

Type-Moon (タイプムーン Taipu Mūn?) merupakan sebuah syarikat permainan video. Mereka terkenal dengan produk-produk novel visual mereka. Juga terkenal dengan nama Notes (ノーツ Nōtsu?), syarikat ini telah memulakan karya hebat mereka dengan ciptaan permainan video novel visual Tsukihime, yang kemudiannya telah menjadi adaptasi sebuah siri anime di bawah judul Lunar Legend Tsukihime. Sejak kejayaan ini, Type-Moon telah mencipta sebuah lagi permainan video novel visual berjudul Fate/stay night. Judul ini juga menjadi adaptasi sebuah siri anime di bawah nama yang sama, dan kedua-duanya telah menarik minat penonton dalam dan luar negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Type-Moon ditubuhkan oleh seorang seniman bernama Takashi Takeuchi dan penulis bernama Kinoko Nasu. Projek pertama mereka merupakan sebuah novel berjudul Kara no Kyoukai yang diterbitkan dalam bulan Oktober 1998 dan dicetak semula dalam tahun 2004. Nama syarikat mereka, iaitu 'Type-Moon' sebenarnya berasal daripada salah satu projek Kinoko, iaitu Angel Notes. Dalam bulan Disember 2000, Type-Moon telah mengeluarkan sebuah permainan komputer berasaskan genre novel visual eroge iaitu Tsukihime, yang telah meraih pulangan yang besar dan kelompok peminat di merata dunia di atas pengisahan ceritanya yang menarik dan mendalam, hasil penulisan unik Koniko Nasu. Selepas kejayaan judul itu, sebuah siri anime berdasarkan permainan komputer tersebut telah berlangsung dalam tahun 2003 di bawah judul Lunar Legend Tsukihime yang dihasilkan J.C.Staff dan Geneon, diikuti oleh siri manga berasaskan siri animenya.

Dalam tahun Januari 2001, Type-Moon mengeluarkan Plus-Disk sebagai tambahan kepada Tsukihime yang mempamerkan tiga cerita-cerita bahagian dan pelbagai jenis multimedia, diikuti oleh sambungan kepada cerita asalnya yang berjudul Kagetsu Tohya dalam bulan Ogos 2001. Dalam bulan April 2003 sebuah pakej dalam satu yang mengandungi tiga set cakera padat yang terdiri daripada Tsukihime, Plus-Disk dan Kagetsu Tohya, bersama-sama soundtrack remixed untuk kedua-dua permainan video dan beberapa lagi multimedia tambahan telah dikeluarkan.

Judul-judul[sunting | sunting sumber]

Type-Moon telah mencipta dan menerbitkan judul-judul yang berikut:

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Kara no Kyoukai, novel, tarikh keluaran asal; oktober 1998 dan dicetak semula pada tahun 2004.

Tsukihime[sunting | sunting sumber]

  • Tsukihime, permainan komputer eroge berasaskan genre novel visual, tarikh keluaran asal; Disember 2000.
  • Tsukihime PLUS-DISC, dikeluarkan pada Januari 2001.
  • Kagetsu Tohya, sambnagn kepada judul asal, dikeluarkan dalam bulan ogos 2001.
  • Tsuki-Bako, sebuah pakej yang mengandungi tiga set cakera padat yang terdiri daripada Tsukihime, Plus-Disk dan Kagetsu Tohya, bersama-sama soundtrack remixed untuk kedua-dua permainan video dan beberapa lagi multimedia tambahan, tarikh keluaran asal; April 2003.

Fate/stay night[sunting | sunting sumber]

  • Fate/stay night, permainan komputer eroge berasaskan genre novel visual, dikeluarkan pada 30 januari, 2004. Versi DVD dikeluarkan pada 29 Mac, 2006, dan versi PS2 yang berjudul Fate/stay night Realta Nua dikeluarkan dalam tahun 2007.
  • Fate/hollow ataraxia, sambungan kepada permainan komputer Fate/stay night, dikeluarkan pada 28 Oktober, 2005.

Melty Blood[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]