Ulama Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ulama Baling merujuk kepada golongan ulama yang terkemuka di kawasan Baling, Kedah, Malaysia dan sekitarnya. Dua tokoh ulama daerah Baling yang terkemuka ialah Tuan Guru Haji Yahya Toha dan Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Rahman yang begitu besar dalam bidang pendidikan dan kebangkitan politik masyarakat setempat.

Kepimpinan kedua-dua ulama tersebut memberi impak yang besar antaranya dalam kebangkitan rakyat menghapuskan keganasan Bintang Tiga (Komunis). Impak kepimpinan mereka bukan sahaja patut dilihat daripada perspektif masyarakat setempat bahkan di peringkat negara dalam konteks politik. Manakala dalam aspek pendidikan mereka adalah sebahagian daripada golongan ulama khususnya di utara Malaysia dan Patani yang telah membina acuan dalam melahirkan masyarakat berilmu khususnya para ilmuan bidang pengajian Islam termasuk cendiakiawan Islam masa kini.