VC 4000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Interton VC 4000
PengilangInterton
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitKesatuan Eropah 1978
Ditamatkan1983
MediaKatrij
CPUSignetics 2650A (8-bit) dengan berkelajuan 4.43 MHz
Input2 alat pengawal dengan 12 butang, 2 butang kuasa dan pengawal kayu ria analog

VC 4000 merupakan konsol 8-bit yang menggunakan media katrij dikeluarkan oleh syarikat Interton di Jerman pada tahun 1978. Di United Kingdom, konsol ini dikeluarkan dengan nama Grundig Superplay Computer 4000[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1976, syarikat pengeluar konsol Radofin mengeluarkan konsol yang diberi nama 1292 Advanced Programmable Video System. Teknologi konsol ini kemudiannya dilesenkan kepada beberapa pengeluar konsol lain di United Kingdom. Ada diantara konsol-konsol sangat menyerupai konsol yang dikeluarkan Radofin[2].

Interton VC 4000 pula dikeluarkan pada tahun 1978, pada ketika itu ramai berpendapat bahawa konsol ini juga merupakan variasi kepada konsol yang dikeluarkan Radofin, walaupun pihak Interton menafikannya dan mereka mendakwa bahawa konsol ini dibina dari awal[1].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Konsol ini dikeluarkan dalam bentuk 8-bit, sama seperti konsol-konsol pada generasi kedua. Konsol ini dijana dengan cip mikropemproses Signetics 2650A (8-bit) dengan berkelajuan 4.43 MHz. Menariknya, konsol ini juga didatangkan dengan cip mikropemproses grafik jenis Signetics 2636N. Permainan video pula dikeluarkan dalam bentuk katrij.

Sistem teras
Cip mikropemproses Utama: Signetics 2650A (8-bit) 4.43 MHz
Grafik: Signetics 2636N
RAM 32KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 208px x 108px
Saluran audio Satu saluran

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Interton VC 4000". Retrogamingconsoles.com. Dicapai pada 24 September 2015.
  2. ^ Dark Watcher. "1292 APVS \ VC 4000 Family". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 24 September 2015.