Vicente Yáñez Pinzón

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Vicente Yáñez Pinzón (Palos de la Frontera 1462 - Sevilla, 1514) ialah seorang pelaut, pelayar dan penjelajah Sepanyol. Pada tahun 1492, beliau telah dilantik menjadi kapten kapal di karavel Niña. Bersama dalam sesi pelayaran dengan Christopher Columbus dan kakaknya Martín dan Francisco, beliau merupakan penjelajah pertama ke Dunia Baru.

Pada tahun 1499, Pinzón berlayar ke persisiran lautanAmerika Selatan. Pada tanggal 26 Januari 1500 beliau telah berjaya menyelusuri persisiran lautan Pernambuco, (kini berada di Brazil). Menurut Perjanjian Tordesillas, Sepanyol tidak dapat memberi penegasan apapun pada daerah itu, namun Pinzón menamakan tempat itu Cabo de Santa Maria de la Consolación (Tanjung Santa Maria sang Pelipur Lara). Beliau juga menemukan muara Sungai Amazon dan kemungkinan juga Sungai Oiapoque.

Pada tahun 1505, Pinzón diangkat telah dilantik sebagai Gabernor Puerto Rico. Pinzón diperkirakan meninggal dunia pada akhir September 1514.

Pada peringatan 500 tahun atas penemuan Brazil, sebuah monumen didirikan di kampung halamannya Palos de la Frontera, pada tanggal 19 November 1999.