Wajo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabupaten Wajo
Lambang Wajo
Lambang Kabupaten Wajo
Moto: Maradeka Towajoe Adena Napopuang



Peta lokasi Kabupaten Wajo
Koordinat:
Provinsi Sulawesi Selatan
Ibu kota Sengkang
Pemerintahan
 - Bupati Drs. Andi Burhanuddin Undru, MM
Luas 2,056.19 km²
Penduduk
 - Total ± 400,000
 - Kepadatan
Demografi
Pembahagian pentadbiran
 - Kecamatan 13
 - Tapak web http://www.wajokab.go.id/

Wajo ialah sebuah kabupaten di Sulawesi Selatan, Indonesia. Nama "Wajo" bermaksud "bayangan" atau "bayang-bayang" (wajo-wajo). Kabupaten ini disempadankan oleh:

Bukit-bukit terbentang dari selatan ke utara Wajo, dengan dataran rendah terletak di bahagian timur, selatan, tengah dan barat. Tasik Tempe di bahagian barat kabupaten ini, sedangkan pesisir pantai membentang di sebelah timur sepanjang 103 kilometer menghadapi Teluk Bone.

Dengan keluasan sebanyak 2,056.19 kilometer persegi, Wajo mempunyai lebih kurang 359,332 orang penduduk pada tahun 2004, dengan kepadatan penduduk sebanyak 175 orang setiap kilometer persegi. Untuk memudahkan pentadbiran, Wajo telah dibahagikan kepada 14 wilayah kecamatan. Pusat pemerintahannya ialah Sengkang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kerajaan Wajo

Wajo bermula sebelum abad ke-14 di bawah kuasa Luwu. Penempatan ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah kerajaan Bugis yang kuat dan menguasai Luwu pula pada sekitar 1500. Sekitar 1535, Wajo diserang oleh Goa, Bone, Luwu dan Soppeng disebabkan kerajaannya bersifat berkecuali ketika negeri-negeri Bugis ini berperang.

Kesan peperangan antara Bone dan British ketika British menduduki Sulawesi pada tahun 1810 paling teruk dirasai di Wajo. Ini menyebabkan lebih ramai rakyat Wajo berhijrah untuk mencari tanah baru.


 

Kecamatan di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan

Belawa | Bola | Gilireng | Keera | Majauleng | Maniang Pajo | Pammana | Penrang | Pitumpanua | Sabbang Paru | Sajoanging | Takkalalla | Tana Sitolo | Tempe