Wikipedia:Calon rencana pilihan/Malay Film Productions/arkib 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malay Film Productions[sunting sumber]

Malay Film Productions (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Fandi89 (bincang · sumbangan) 03:05, 5 Januari 2023 (UTC)[balas]
Bangunan studio pada 2015.

Malay Film Productions Ltd. (MFP; juga dikenali sebagai Studio Jalan Ampas atau Shaw Studio) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman Melayu Singapura yang terletak di Jalan Ampas, Balestier. Ditubuhkan pada 1943 oleh adik-beradik Runme Shaw dan Run Run Shaw yang bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhannya, studio ini telah menerbitkan lebih 160 filem dan merupakan penyumbang utama kepada Zaman Kegemilangan Filem Melayu.

Selepas penutupan sementara semasa Pendudukan Jepun, studio itu dibuka semula dan menerbitkan filem pertama pasca perang, Singapura di Waktu Malam pada 1947. Banyak filem terbitan syarikat ini mendapat pujian secara kritis, yang mana sebahagian besarnya melibatkan P. Ramlee sebagai pelakon, pengarah, penulis atau komposer. Filem-filem terbitan MFP mendapat khidmat pengarah terkenal seperti B.S. Rajhans, Jamil Sulong, Ramon A. Estella, Omar Rojik, B.N. Rao dan K.M. Basker.

Studio ini dilengkapi dengan peralatan rakaman bunyi dan kamera gambar bergerak yang paling terkini dari Amerika dan menerbitkan filem berbahasa Melayu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. MFP juga mewujudkan monopoli ke atas pasaran filem Melayu dan filem tempatan menjelang 1948. Di sebalik kejayaan ini, studio itu dibelenggu oleh pergolakan buruh dan persaingan sengit daripada Cathay-Keris Studio. Berikutan kekurangan permintaan terhadap filem-filem Melayu, MFP menamatkan operasinya pada 1967. Raja Bersiong merupakan filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio itu dan ditayangkan pada 1968.