Wikipedia:Manual gaya penulisan (tanda niaga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan
  • Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi tanda niaga, sesama dengan nama khas
  • Elakkan penggunaan tanda niaga sebagai kata nama, kecuali penggunaan perkataan lain tidak sesuai:
    • elakkan: Polis di Miami merampas 25 biji Rolex curian.
    • gunakanlah: Polis di Miami merampas 25 Rolex curian.
  • Jangan menggunakan tanda niaga jika istilah generik adalah lebih sesuai:
    • elakkan Rush Limbaugh dikatakan ketagih kepada pil OxyContin.
    • gunakanlah: Rush Limbaugh dikatakan ketagih kepada oksikodon.
  • Ikutlah penformatan teks yang piawai dan peraturan penulisan dengan huruf besar walaupun pemilik tanda niaga menggalakkan layanan istimewa:
    • elakkan: REALTOR®
    • gunakanlah: Realtor
    • tetapi jangan mencipta format yang baru: MCI adalah piawai, bukannya "Mci".
  • Begitu juga, elakkan daripada penggunaan askara khas yang tidak disebutkan dan dimasukkan hanya sebagai hiasan. Dalam rencana sesuatu tanda niaga, penggunaan askara hiasan boleh diterima buat kali pertama dalam rencana, akan tetapi peraturan tanda baca yang piawai harus digunakan untuk penggunaan yang berikutan:
    • elakkan: Macy*s
    • gunakanlah: Macy's
  • Tanda niaga dalam askara CamelCase memerlukan budi bicara. Askara CamelCase boleh digunakan sekiranya ia merupakan penggunaan am serta memudahkan pembacaan tanda niaga:
    • OxyContin atau Oxycontin – pilihan penyunting
  • Jangan menggunakan simbol khas seperti TM dan ® kecuali konteks memerlukannya.

Logo produk dan logo korporat, seperti huruf bergaya Dell yang digunakan oleh Dell, Inc., boleh digunakan buat satu kali dalam infobox ataupun di satu sudut rencana mengenai produk, perkhidmatan, atau syarikat yang berkaitan.

Huruf Dell yang biru dan tebal pada latarbelakang yang putih, dengan E yang diputar

Banyak syarikat menuntut hak cipta logo, walaupun penggunaannya dalam rencana ensiklopedia dianggap sebagai penggunaan berpatutan (fair use). Logo yang hanya mengandungi teks tidak layak untuk perlindungan hak cipta. Sila tegkan imej logo dengan {{logo}}.

Jangan gunakan tanda niaga dalam teks sebagai gantian untuk nama syarikat seperti: inline Inc. membuat komputer yang berjenama inline. inline menjual kepada pelanggannya secara langsung di inline.com.