Wikipedia:Penyelia/Permohonan
Pentadbiran |
---|
Polisi |
Tanggungjawab |
Birokrat |
Pemeriksa |
Permohonan |
Pengundian |
Senarai penyelia |
Log hak pengguna |
Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.
Syarat menjadi penyelia
Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:
- Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, dan sebagainya.
- Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
- Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
- Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
- Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
- Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
- Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
- Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.
Buat permohonan baru
- Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
- Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
- Pengundian dijalankan.
- Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.
Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.
Waktu terkini ialah 22:09:20, 19 Mei 2024 (UTC)
Hapuskan ingatan para pelayan jika permohonan tidak dikemaskini. |
Permohonan menjadi
Penyelia
Wiki Farazi
Saya Wiki Farazi sudah sedia menjalankan kerja-kerja penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu. Terima kasih --Wiki Farazi bincang 08:46, 27 Mac 2023 (UTC)
- Saya sokong asalkan syarat-syarat sudah dipenuhi. - Polar (bincang) 15:15, 27 Mac 2023 (UTC)
- @Wiki Farazi Laman pengundian untuk pelantikan saudara sebaagai penyelia telah dicipta di sini. Mohon cakna akan perubahan laman ini, terutamanya berkenaan soalan-soalan yang mungkin timbul dan juga keputusan komuniti terhadap pelantikan anda. Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:52, 25 Mei 2023 (UTC)
Aiman Zaharuddin
Saya Aiman Zaharuddin ingin memohon untuk menjalankan kerja-kerja penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu.
Sekian Terima kasih.
Aiman Zaharuddin bincang 01:36, 2 Mac 2024 (UTC)
- Saya sokong asalkan syarat-syarat sudah dipenuhi Rachun Dunia (bincang) 15:24, 11 Mei 2024 (UTC)
Izzat Zuhri
Saya Izzat Zuhri memohon untuk menjadi penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu ekoran daripada barisan penyelia sedia ada adalah tidak lagi aktif. Terima kasih. IzzatZuhri (bincang) 02:30, 6 Mei 2024 (UTC)
- Saya sokong asalkan syarat-syarat sudah dipenuhi Rachun Dunia (bincang) 15:23, 11 Mei 2024 (UTC)
- Maaf, saya tidak bersetuju kerana masih belum memenuhi syarat minimum untuk jawatan tersebut. Harap maklum. - Polar (bincang) 13:26, 19 Mei 2024 (UTC)
Birokrat
- Saya mencalonkan diri dan memohon diberi hak akses birokrat kerana dari tiga birokrat yang ada, dua sudah tidak aktif lagi meskipun statusnya belum dilucuti. Oleh sebab itu, jikalau komuniti setuju terhadap pencalonan saya, saya minta dibuatkan tapak pengundian bagi saya. Terima kasih
— الأستاذ أبو غاصاك (بينچڠ)
08:44, 12 Jun 2023 (UTC)
Pemeriksa
Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki Pemeriksa sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan Pemeriksa hendaklah ditujukan ke Meta-Wiki.
Permohonan perlucutan
Penyelia
Birokrat & penyelia
- Permohonan perlucutan untuk barisan pengguna ini oleh sebab ketidakaktifan mereka di Wikipedia.
Penyelia | Tempoh sejak suntingan terakhir |
---|---|
Yosri | 4 tahun 4 bulan dan 22 hari |
Aurora | 9 tahun 4 bulan dan 13 hari |
Zamwan | 5 tahun dan 5 hari |
26 Ramadan | 1 tahun 2 bulan dan 2 hari |
Tofeiku | 3 tahun 5 bulan dan 21 hari |
SNN95 | 3 tahun 3 bulan dan 17 hari |
Ricky250 | 1 tahun 2 bulan dan 11 hari |
CyberTroopers | 2 tahun 5 bulan dan 21 hari |
Penapis salah guna | 2 tahun 11 bulan dan 17 hari |
Berdasarkan polisi ms.wikipedia di sini ms:Wikipedia:Penyelia/Polisi
Ketidakaktifan
- Jumlah suntingan YBS dibawah 50 dalam tempoh 3 bulan terakhir.
- Apabila YBS sedang bercuti, harus dengan alasan yang kukuh serta diberitahu terlebih dahulu mengenainya. Tempoh cuti maksimum ialah 6 bulan setahun.
- Usul perlucutan diajukan oleh pengguna berdaftar.
IzzatZuhri (bincang) 02:30, 6 Mei 2024 (UTC)
- mana awak dapat tempoh 9 tahun lebih itu? ...Aurora... (b) 01:40, 10 Mei 2024 (UTC)
- Soalan yang sama oleh @Aurora yang saya ingin tanya juga. Mohon @IzzatZuhri kemukakan bukti yang lebih kukuh (ataupun pautan ke data tersebut) untuk sebarang dakwaan bagi pelantikan mahupun pelucutan jawatan. - Polar (bincang) 01:10, 13 Mei 2024 (UTC)
- Soalan saya sama mcm Aurora. Mana dapat statistik untuk saya tu? Zamwan (bincang) 03:03, 17 Mei 2024 (UTC)