Wikipedia:Penyelia/Permohonan
|
| ||||||||||
|
Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.
Syarat menjadi penyelia
Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:
- Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, dan sebagainya.
- Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
- Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
- Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
- Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
- Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
- Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
- Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.
Buat permohonan baru
- Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
- Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
- Pengundian dijalankan.
- Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.
Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.
Waktu terkini ialah 10:44:18, 1 April 2026 (UTC)
| Hapuskan ingatan para pelayan jika permohonan tidak dikemaskini. |
Permohonan menjadi
Penyelia
Penyelia antara muka
- Kini terdapat begitu banyak gajet yang sudah usang di Wikipedia Bahasa Melayu, seperti yang saya utarakan di Wikipedia:Penyelia/Papan_kenyataan#Minta_tolong_untuk_menyelenggara_laman-laman_gajet pada 16 hari lalu. Disebabkan sudah dua minggu berlalu sejak saya mengajukan hal ini di Papan kenyataan Penyelia, dengan tidak ada maklum balas daripada penyelia antara muka sedia ada, maka saya berpendapat sudah tiba masa untuk saya mencalonkan diri saya disebabkan saya sudah ada masa lapang untuk mengemas kini gajet yang penting, contohnya seperti yang diminta di Siaran Berita Teknologi Meta Wiki Isu ke-15 tahun 2026. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun menjadi seorang penyelia antara muka di Wikisumber bahasa Melayu selama 1 tahun 11 bulan (rujuk laman ini), dan saya juga telah membantu @PeaceSeekers berkenaan selok belok pengemaskinian kod modul dan gajet di Wikikamus Bahasa Melayu. Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan supaya dapat meringankan beban para penyelia antara muka di Wikipedia Bahasa Melayu. محمد حكيمي (bincang) 02:12, 24 Mac 2026 (UTC)
Birokrat
Penganjur Acara
Sebarang permintaan sebagai Penganjur Acara hendaklah ditujukan ke laman permohonan khas ini.
Pemeriksa
Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki Pemeriksa sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan Pemeriksa hendaklah ditujukan ke Meta-Wiki.
