Templat:PengenalanLamanUtama
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Hari ini dalam sejarah
5 Mei: Cinco de Mayo di Mexico dan A.S.; Hari Pembebasan di Belanda, Denmark dan Habsyah; Hari Kanak-Kanak di Jepun dan Korea Selatan.
- 1260 – Kublai Khan menuntut gelaran Khagan Empayar Mongol selepas kematian abangnya Möngke.
- 1862 – Askar-askar Mexico yang diketuai Ignacio Zaragoza menghentikan serangan Perancis dalam Pertempuran Puebla.
- 1904 – Cy Young (gambar) daripada Boston Red Sox membaling permainan sempurna yang pertama dalam era moden besbol profesional.
- 1949 – 10 negara Eropah menandatangani Perjanjian London, membentuk Majlis Eropah.
- 1992 – 202 tahun selepas Pindaan Ke-27 Perlembagaan A.S. dikemukakan, ia akhirnya diratifikasi oleh negeri Alabama, memberikan undi ke-38 yang penting.
Tahukah anda...
- ... bahawa kempen boikot barangan Rusia pada tahun 2013 dan 2014 diadakan kerana Krisis Krimea yang masih berlarutan sehingga kini? Wikipedia:Tahukah anda/18/2
- "... bahawa Pergunungan Appalachia pernah mempunyai aras ketinggian yang serupa dengan banjaran-banjaran Rocky dan Alp sebelum ia terhakis hasil unsur semulajadi?" Wikipedia:Tahukah anda/54/2 Dicadangkan oleh: 26 Ramadan
- ... bahawa Bir Tawil merupakan sebuah terra nullius yang tidak dituntut oleh Mesir dan Sudan? Wikipedia:Tahukah anda/9/6 Wikipedia:Tahukah anda/63/3
- ... bahawa Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Metro Manila merupakan sistem kereta api alihan laju pertama di rantau Asia Tenggara? Wikipedia:Tahukah anda/100/3
- ... bahawa Pulau Hashima juga dikenali sebagai Pulau Hantu? Wikipedia:Tahukah anda/135/1