Wikipedia bahasa Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Favicon of Wikipedia Wikipedia Bahasa Inggeris
Logo Wikipedia Bahasa Inggeris
Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris.
Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris.
URL http://en.wikipedia.org/
Komersial? Tidak
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Tidak wajib
Bahasa yang disediakan Bahasa Inggeris
Pemilik Yayasan Wikimedia
Dicipta oleh Jimmy Wales, Larry Sanger[1]
Penyumbang Wikipedia Bahasa Inggeris mengikut negara[2]

Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Bahasa Inggeris ensiklopedia Wikipedia. Diasaskan pada 15 Januari 2001 dan mendekati 2 juta buah rencana pada September 2007,[3] Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dan kekal sebagai yang terbesar, dengan lebih daripada dua kali ganda Wikipedia yang kedua terbesar, iaitu Wikipedia Bahasa Jerman. Pada tahun 2007, kira-kira satu perempat daripada rencana-rencana di semua Wikipedia adalah kepunyaan edisi Bahasa Inggeris.[4]

Edisi perintis[sunting | sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Inggeris merupakan edisi Wikipedia yang pertama dimulakan dan kekal sebagai yang terbesar. Wikipedia Bahasa Inggeris merintis banyak konvensyen, polisi, dan ciri-ciri yang diambil oleh edisi Wikipedia yang lain, dan juga mengambil ciri-ciri daripada Wikipedia Bahasa Jerman, serta edisi-edisi lain yang lebih kecil. Ini termasuk "rencana terpilih",[5] polisi pandangan berkecuali,[6] templat navigasi,[7] membahagikan rencana tunas kepada subkategori,[8] mekanisme penyelesaian pertikaian seperti pengantaraan dan pengadilan,[9], dan kerjasama mingguan.[10]

Banyak penyerta paling aktif Yayasan Wikimedia, dan pengembang perisian MediaWiki yang menguasai Wikipedia, juga merupakan pengguna Wikipedia Bahasa Inggeris.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Antara kontroversi di Wikipedia Bahasa Inggeris ialah perbahasan tentang apa jenis Bahasa Inggeris yang patut digunakan, dengan kebanyakan penggunanya merupakan penutur sama ada Bahasa Inggeris Amerika atau Bahasa Inggeris British.[11][12] Terdapat juga isu yang mirip di Wikipedia Bahasa Cina, dengan penyelesaian yang berbeza.

Pengguna dan penyunting[sunting | sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 4,000,000 buah akaun pengguna berdaftar pada 1 April 2007,[13] Bilangan penyunting aktif (sama ada berdaftar atau tanpa nama) di Wikipedia adalah selalu jauh lebih sikit daripada bilangan ini.

Sebagai edisi Wikipedia yang terbesar, dan disebabkan oleh Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa yang digunakan secara meluas, Wikipedia Bahasa Inggeris ini mendapatkan banyak pengguna dan penyunting yang bukan penutur bahasa utama. Mereka mencari maklumat di Wikipedia Bahasa Inggeris daripada memilih Wikipedia bahasa utama mereka hanya kerana Wikipedia Bahasa Inggeris mengandungi lebih maklumat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Terdapat kontroversi tentang siapa mengasaskan Wikipedia. Laman kakitangan rasmi Wikipedia dari September 2001 menyatakan bahawa Wales dan Sanger merupakan dua orang ko-pengasas, dan tiada ketua editor. Wales menganggap sendiri sebagai pengasas penuh Wikipedia dan beritahu Boston Globe bahawa "adalah tidak masuk akal" untuk menggelar Sanger sebagai ko-pengasas. Namun Sanger bantah kuat terhadap penggambaran ini. Beliau dikenali sebagai seorang ko-pengasas Wikipedia sekurang-kurangnya seawal September 2001 dan merujuk kepada sendiri demikian seawal January 2002.
  2. m:Edits by project and country of origin
  3. Rego, Anjali (2007-09-13). "Wikipedia Reaches 2 Million Articles". Tech2. Diperolehi pada 2007-09-23. 
  4. Wikimedia Meta-Wiki (2007-01-30). "List of Wikipedias". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  5. English Wikipedia (2007-01-30). "Featured articles". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  6. English Wikipedia (2007-01-25). "Neutral point of view". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  7. Wikimedia Meta-Wiki (2007-01-29). "Help:Template". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  8. English Wikipedia (2007-01-19). "WikiProject Stub sorting". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  9. English Wikipedia (2007-01-27). "Resolving disputes". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  10. English Wikipedia (2007-01-30). "Article Creation and Improvement Drive". Diperolehi pada 2007-01-30. 
  11. English Wikipedia. "Wikipedia:Manual of Style (spelling)". Diperolehi pada 2006-02-25. 
  12. English Wikipedia. "Wikipedia:Manual of Style". Diperolehi pada 2007-10-10. 
  13. Wikipedia:Wikipedia Signpost/2007-04-02/News and notes. Retrieved on 20 April 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]