Wikipedia bahasa Perancis
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
![]() |
|
| URL | http://fr.wikipedia.org/ |
|---|---|
| Komersial? | Tidak |
| Jenis tapak web | Projek ensiklopedia internet |
| Pendaftaran | Tidak wajib |
| Bahasa yang disediakan | Bahasa Perancis |
| Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Wikipedia Bahasa Perancis (Wikipédia francophone atau Wikipédia en français) merupakan edisi Bahasa Perancis Wikipedia, dieja sebagai Wikipédia. Bermula pada Mac 2001, edisi ini mempunyai lebih 525,000 buah rencana pada Julai 2007 dan merupakan Wikipedia yang ketiga terbesar selepas Wikipedia Bahasa Inggeris dan Wikipedia Bahasa Jerman, dan juga Wikipedia bahasa Romawi yang terbesar.
Sejarah [sunting]
- 19 Mei: Tarikh pertama dalam rekod: [1]
- 6 Jun: Laman Utama yang pertama: [2] (Termasuk penyertaan Valéry Beaud dan Buzz).
- Jun: Satu logo yang baru (dalam warna hijau dan berbeza dengan logo yang digunakan dalam Wikipedia yang lain) ditunjukkan dalam usaha pertama Rinaldum. Gerakan autonomis ini dikutuk kerana semua ahli wikipedian Bahasa Perancis tidak dimaklumkan, tetapi logo disimpan.
- Ogos: Penyelia yang pertama, Anthere, Aoineko, dan Shaihulud dilantik selepas ketidaksetujuan dengan Mulot. IP yang pertama disekat.
- 31 Oktober: Fasa III bermula.
- Disember: Penambahan aktiviti yang kuat dilaporkan. Ini boleh dianalisiakan sebagai vandalisme siri daripada sebuah bot, dan semua pembetulan selepas itu. Selepas vandalisme jenis baru ini, perisian diubahsuai untuk membenarkan pengembalian suntingan yang lebih pantas (pautan ini hanya disediakan untuk penyelia).
- Januari: Penurunan kegiatan yang kuat disebabkan oleh pelahanan pelayan.
- 6 Februari: "Putsch" yang berwarna pada laman utama: Sebelum => Selepas. Rekaan baru ini oleh Aoineko, digunakan oleh edisi yang lain (termasuk Wikipedia Bahasa Poland dan Wikipedia Bahasa Inggeris).
- 13 April: Mengambil alih Wikipedia Bahasa Poland untuk menjadi Wikipedia yang ketiga terbesar, di belakang Wikipedia Bahasa Inggeris dan Wikipedia Bahasa Jerman dengan 9,051 buah rencana.
- ? Oktober: Logo baru.
- 3-11 November: Papotages menjadi pengguna pertama yang disekat selama-lamanya atas vandalisme teruk berturut-turut.
- 17 November: Lorraine merupakan rencana mingguan yang pertama.
- 2004
- 2005
- Jun : Pembukaan Atelier graphique (Makmal Grafik) yang pertama, dengan jurugambar wiki memperbaiki imej yang dihantar.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- (Perancis) Wikipedia Bahasa Perancis
