William Bourdon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

William Bourdon merupakan peguam warga negara Perancis yang dihalau keluar oleh Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Julai 2011..

Peguam kes Altantuya Sahariibuu[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2011, akhbar online Malaysiakini melaporkan bahawa William Bourdon dijemput datang oleh NGO hak asasi manusia, Suaram untuk memberi ucapan / ceramah bagi mengumpul dana perbicaraan kes membabitkan pembelian kapal selam Scorpene dan peranan jurubahasa Altantuya Shaariibuu. Beliau sepatutnya menghadiri majlis penerangan di Pulau Pinang dan Ipoh yang diatur oleh Suaram. William dilantik menjadi peguam Suaram dalam kes yang dibicarakan di Paris, Perancis. Alias Ahmad selaku pengarah Jabatan Imigresen mengesahkan lelaki itu dihantar pulang ke Paris.

Dua buah kapal selam jenis Scorpene telah ditempah oleh kerajaan Malaysia daripada syarikat DCN pada 2002 . Kapal selam itu sampai ke Pelabuhan Klang pada 3 September 2009 dan dinamakan KD Tunku Abdul Rahman.

Syarikat Malaysia yang baru ditubuhkan ketika itu, Primekar dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda mendapat keuntungan besar dalam pembelian itu. Kes ini semakin panas kerana pembelian itu dibeli semasa Menteri Pertahanan Malaysia dan kini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peguam 'Scorpene' dihantar pulang malam ini
  2. ^ "Malaysia to deport French lawyer in graft probe". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-09. Dicapai pada 2011-11-09.