Yogi Bear (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yogi Bear (filem)
Yogi Bear Poster.jpg
Poster promosi filem
Pengarah Eric Brevig
Penerbit Donald De Line
Karen Rosenfelt
Lakon layar Brad Copeland
Joshua Sternin
Jeffrey Ventimilia
Konsep asal Watak:
William Hanna
Joseph Barbera
Pengisah Josh Robert Thompson
Lakonan Dan Aykroyd
Justin Timberlake
Anna Faris
Tom Cavanagh
T. J. Miller
Muzik John Debney
Sinematografi Peter James
Penyuntingan Kent Beyda
Studio Sunswept Entertainment
De Line Pictures
Rhythm and Hues
Hanna-Barbera
Pengedar Warner Bros.
Mula ditayang Disember 11, 2010 (2010-12-11)(Westwood)
Disember 17, 2010 (United States)
Tempoh ditayang 82 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan AS$80 juta[1]
Pulangan kasar AS$201,584,141[2]

Yogi Bear merupakan filem aksi nyata Amerika tahun 2010 yang diadaptasi dari siri kartun popular Hanna-Barbera, The Yogi Bear Show arahan Eric Brevig.[3] Filem ini dibintangi Dan Aykroyd yang melakonkan suara Yogi Bear, dan Justin Timberlake bagi suara Boo-Boo Bear. Filem tersebut turut dibintangi Tom Cavanagh, Anna Faris, Andrew Daly, Nate Corddry, dan T. J. Miller. Filem ini asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Jun 2010, tetapi ditangguhkan ke 17 Disember 2010.[3]

Ia diedarkan oleh Warner Bros. dengan Hanna-Barbera bertindak sebagai penerbit bersama. Ia merupakan pembikinan filem pertama terbitan Hanna-Barbera tanpa bantuan William Hanna dan Joseph Barbera, masing-masing meninggal dunia pada tahun 2001 dan 2006. Filem tersebut mengisahkan bagaimana Yogi Bear cuba menyelamatkan taman negaranya daripada menjadi mangsa pembalakan. Pembikinan filem bermula pada November 2009. Filem ini didahului kartun pendek 3D Wile E. Coyote dan Road Runner berjudul "Rabid Rider".[4]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Yogi (lakonan Dan Aykroyd) dan Boo Boo (lakonan Justin Timberlake) merupakan dua ekor beruang perang yang suka mencuri bakul perkelahan daripada para pengunjung Taman Negara Jellystone, sementara renjer hutan Smith (Tom Cavanaugh) dan Jones (T. J. Miller) terpaksa bersabar menangani kerenah mereka. Sementara itu, Datuk Bandar Brown (Andrew Daly) menyedari bandar rayanya mengalami krisis kewangan yang berpunca daripada tabiatnya yang suka berbelanja dengan menggunakan wang rakyat. Untuk mengatasi krisis kewangan serta untuk memperoleh dana bagi kempen pilihan raya bagi jawatan gabenor, datuk bandar tersebut mengambil keputusan untuk "mencari tempat yang merugikan supaya dia boleh memperoleh keuntungan", dan dia memilih Jellystone, taman negara di mana kedua-dua ekor beruang itu tinggal. Taman negara itu bakal ditutup dijadikan kawasan pembalakan. Melihat kediaman mereka mengalami bahaya kemusnahan, terpulanglah pada Yogi dan Boo Boo, bersama-sama Renjer Smith dan seorang perakam dokumentari bernama Rachel (Anna Faris), untuk menyelamatkan taman negara tersebut.

Untuk menyelamatkan taman negara itu daripada ditutup, Renjer Smith menganjurkan pesta ulang tahun keseratus taman negara tersebut dengan harapan untuk menjana keuntungan melalui penjualan pas bermusim. Datuk Bandar Brown menggagalkan rancangan tersebut dengan mempermainkan cita-cita Renjer Jones untuk menjadi ketua renjer serta menjanjikan jawatan tersebut kepada Jones sekiranya dana pembangunan taman negara itu gagal diraih. Yogi sudah pun berjanji kepada Smith supaya menjauhkan diri semasa pesta tersebut tetapi Jones memujuknya muncul untuk menghiburkan pengunjung. Yogi cuba menghiburkan pengunjung dengan persembahan luncur airnya, yang kemudian menjadi kecoh apabila kainnya terbakar. Dalam kekecohan itu, mercun dan bunga api yang sudah disusun oleh Smith terjatuh dan terbakar, mengakibatkan mercun tersebut disasarkan kepada penonton yang lari bertempiaran. Selepas Jellystone ditutup, Renjer Smith dipaksa bekerja di Taman Evergreen, sebuah taman kecil di dalam bandar raya yang dipenuhi sampah dan pencemaran, sementara Yogi sering menyalahkan dirinya akibat insiden tersebut. Setelah disedarkan oleh Boo Boo, kedua-dua ekor beruang tersebut pergi mencari Smith untuk menggagalkan rancangan datuk bandar. Mereka kemudiannya bertemu dengan Rachel yang dihalang daripada memasuki Jellystone. Smith, Rachel, Yogi, dan Boo Boo kemudian menyedari bahawa kura-kura peliharaan Boo Boo merupakan spesies terancam yang dilindungi undang-undang persekutuan, bermakna Taman Negara tersebut tidak boleh dimusnahkan. Mereka seterusnya merancang untuk menyelamatkan kura-kura tersebut. Dalam masa yang sama, Datuk Bandar Brown mendapat tahu mengenainya dan mengarahkan orang-orangnya untuk menculik kura-kura tersebut supaya dia boleh meneruskan rancangan menebang kesemua pokok di Jellystone. Rancangannya itu membuatkan Jones terkejut dan akhirnya Jones belot dan kembali kepada Smith. Setelah dihalang oleh Yogi, Smith, Rachel, dan Boo Boo, datuk bandar tersebut mengakui bahawa dia tidak mempedulikan undang-undang persekutuan bagi perlindungan alam sekitar dan hanya tamakkan kuasa.

Namun demikian, Rachel sebenarnya sudah meletakkan sebuah kamera video kecil pada tali leher Boo Boo bagi tujuan rakaman dokumentarinya, yang turut sama merakan pengakuan Datuk Bandar Brown itu. Sementara itu, kura-kura tersebut berjaya melarikan diri daripada pembantu Datuk Bandar Brown menggunakan lidahnya yang menyerupai lidah katak untuk keluar dari kereta. Yogi dan Boo Boo menarik perhatian pengawal supaya Renjer Smith boleh memuat naik video rakaman pengakuan Datuk Bandar Brown ke skrin besar semasa kempen pilihan rayanya. Dalam kempen tersebut, video kempen asalnya menunjukkan imej-imej positifnya tetapi kemudiannya menunjukkan sifat-sifat sebenarnya apabila video pengakuannya turut dimainkan. Akibat penayangan rakaman tersebut, pihak polis menangkap Datuk Bandar Brown serta pembantunya atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa serta penipuan dengan mengatakan tiada spesies kura-kura terancam, sedangkan kura-kura tersebut memunculkan dirinya di khalayak ramai. Akhirnya Smith memperoleh pekerjaannya kembali sebagai Ketua Renjer dan Taman Negara Jellystone berjaya diselamatkan, namun Yogi dan Boo Boo kembali dengan tabiat lamanya yang suka mencuri bakul perkelahan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Tom Cavanagh sebagai Renjer Smith, ketua renjer Taman Negara Jellystone.
  • Anna Faris sebagai Rachel, pembikin dokumentari hidupan liar dan seterusnya kekasih Renjer Smith.
  • T. J. Miller sebagai Renjer Jones, renjer hutan yang ditipu oleh Datuk Bandar Brown sehingga menyebabkan Jellystone ditutup dan dijadikan alasan untuk melantik Jones sebagai ketua renjer baru.[5][6][7][8][9][10]
  • Andrew Daly sebagai Datuk Bandar Brown, seorang datuk bandar yang korup serta mahukan Taman Negara Jellystone ditutup supaya dia boleh menperoleh wang untuk bandar rayanya serta menjadi gabenor.
  • Nate Corddry sebagai Ketua Staf, pembantu Datuk Bandar Brown.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober 2008, adalah disahkan bahawa sebuah filem aksi nyata/CGI Yogi Bear sedang dalam pembikinan.[3][11] Ash Brannon asalnya ditugaskan untuk mengarah filem tersebut tetapi kemudiannya digantikan oleh Eric Brevig (Journey to the Center of the Earth 3-D) apabila filem tersebut bakal dijadikan projek filem 3-D. Filem tersebut berkisar mengenai pengembaraan Yogi dan Boo-Boo, yang merupakan subjek utama bagi pembikin rancangan dokumentari alam sekitar (Anna Faris),[12] dalam perjuangan mereka untuk merampas bakul perkelahan. Renjer Smith, seperti biasa, terpaksa bersabar dengan kerenah mereka dan cuba menghalang mereka dari terus mencuri bakul makanan. Pembikinan filem dilakukan di New Zealand, memandangkan waktu tersebut merupakan musim sejuk di hemisfera utara; tambahan pula, jika mereka perlu menunggu sehingga musim panas di sana, tarikh tamat pembikinan akan menjadi lebih lewat 6 bulan daripada sepatutnya jika dilakukan di hemisfera selatan.

Penyuaraan Yogi Bear[sunting | sunting sumber]

Like many Hanna-Barbera characters, dalam kartun asal, Yogi's personality and mannerisms were based on a popular celebrity of the time. Art Carney's Ed Norton character on The Honeymooners was said to be Yogi's inspiration;[13][14] his voice mannerisms broadly mimic Carney as Norton.[15] Norton, in turn, received influence from Borscht Belt and comedians of vaudeville.[14] Dan Aykroyd, the voice actor of Yogi Bear, stated that he is trying to evoke the influences that shaped the original Yogi Bear's voice. Aykroyd said, "It's about hitting certain notes, going back to those old Lower East Side rhythms, the Catskills, Jersey, Upstate New York. It's the Yiddish language, essentially, being spoken in English. It's the 'setup, delivery, punch' that sitcoms live on today. That's where the origin of American humor is."[14] Aykroyd has stated that he grew up watching Yogi Bear on the long, cold, dark afternoons in his native Ottawa: "As a kid growing up in Ottawa, Canada, where the sky turns dark in the winter at about 3:30, Yogi bear was my fire, my hearth, when I would come home. I would immediately turn on the TV while I thawed out."[16]

Justin Timberlake came in with a prepared Boo-Boo voice; semasa beliau sedang belajar menyanyi semasa usia mudanya, beliau meniru pelbagai watak kartun. Eric Brevig said that he intended to make a film that did not want parents who remembered watching Yogi Bear cartoons to feel marginalized and displaced by the contemporary rendition of Yogi Bear.[14]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

The film's first trailer was released online on July 28, 2010. It was also attached with Cats & Dogs: The Revenge of Kitty Galore dan Alpha and Omega.[17] Treler kedua ditayangkan bersama Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole, dan treler ketiga ditayangkan dengan Megamind, Tangled, dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1. It features a Todd Collins song called "Walk, Walk, Walk". One of the trailers was also attached with UK showings of Tron: Legacy. The film was originally scheduled to be released in June 2010. However, it was pushed back to a tentative December 2010.[3]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Rhythm and Hues memberi animasi watak gambar janaan komputer (CGI) untuk Yogi Bear, Boo-Boo Bear dan si Kura-Kura (Turtle) dalam filem. Syarikat pernah bekerja dengan Hanna-Barbera on past theatrical productions: The Flintstones (1994), The Flintstones in Viva Rock Vegas (2000), Scooby-Doo (2002), Scooby-Doo 2: Monsters Unleashed (2004) dan juga telah bekerja dengan filem The Smurfs (2011).

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Sambutan kritik[sunting | sunting sumber]

Yogi Bear telah mendapat ulasan negatif daripada para kritik filem. Berdasarkan 90 ulasan kumpulan Rotten Tomatoes, filem mendapat the film received a 13% "Basi" approval rating for critics, dengan purata skor 3.5/10. The site's consensus stated "Kesan 3D dan pelakon suara bintang Yogi Bear adalah keselesaan sejuk bagi lakon layar sederhana agresifnya." ("Yogi Bear's 3D effects and all-star voice cast are cold comfort for its aggressively mediocre screenplay.")[18] The compiled score on Metacritic is 33 per 100. Antara sedikit daripada ulasan positif datang dari pengkritik filem di Spill.com, who appreciated the film staying true to its original source material, and not trying to "hip it up", membandingkan filem 2007 Alvin and the Chipmunks. Mereka turut menyukai lakonan Dan Aykroyd dan Justin Timberlake. Common Sense Media memberi filem 1 bintang sambil berkata: "Komedi keluarga lebih-dungu-daripada-biasa tidak akan mengagumi kanak-kanak." ("Dumber-than-average family comedy won't even impress kids.") dan IGN memberi filem 2 bintang. IGN menyimpulkan ulasan mereka sambil berkata: "Memanglah Yogi Bear ditujui sebagai filem kanak-kanak. Dan seseorang berfikir bahawa ia berfungsi pada tahap itu (si kecil di tayangan press yang saya hadiri nampaknya geli sedikit). Tetapi kita belajar dari dahulu bawaha filem kanak-kanak boleh beroperasi lebih daripada satu tahap, dan tu bukan sesuatu yang menarik minat pengarah Eric Brevig (Journey to the Center of the Earth 3D) atau penulis lakon layarnya. Hasilnya sebuah filem yang lebih dungu daripada seekor beurang biasa. Sekurang-kurangnya ia mengandungi piss joke dalamnya." ("Of course, Yogi Bear is meant as a kids movie. And one supposes that it works on that level (the little ones at the press screening I attended seemed mildly amused). But we learned long ago that kids movies can operate on more than one level, and that's not something that director Eric Brevig (Journey to the Center of the Earth 3D) or his screenwriters are interested in. The result is a movie that's dumber than the average bear. Though at least it has a piss joke in it.").

Box office[sunting | sunting sumber]

Yogi Bear debuted at the American and Canadian box office at #2 behind Tron: Legacy, with an under-performing $16,411,322;[19] compared to Tron Legacy's $44,026,211. The opening weekend was lower than Warner Bros. expected, but executives believed that the film would hold well through the holiday season.[20] Filem memulangkan $28 juta dalam tujuh hari pertamanya, menjadi Warner Bros.' top-grossing start for a family film this year. Dalam akhir minggu keduanya, filem jatuh 53% ke $7.8 juta, menurun ke tempat kelima.

This number was a much harder fall than what Warner Bros. was hoping for, but it blamed the drop on Christmas Eve landing on a Friday plus the big snowstorm in the eastern United States during that period. On Monday, that blame was proven to be the cause, as the film jumped up 11% from Sunday to $3.6 million, which was altogether a 33% jump from its previous Monday. In its third weekend, the film jumped up 66% to $13 million and ranking fourth. The next weekend, it dropped 46% and ranked eighth with $6.8 million. Over the Martin Luther King, Jr. Weekend, it was able to pick up $7.4 million for the four-day, jumping up 12% from the previous weekend.

The film has picked up $100,246,011 in the U.S. and Canada and also has a worldwide total of $201,584,141. Dibandingkan dengan bajet filem $80 juta, filem ini adalah kejayaan mengejut box office.

Home media[sunting | sunting sumber]

Warner Home Video mengeluarkan filem dalam format Blu-ray/DVD pada 22 Mac, 2011 dalam tiga versi:

  • DVD (satu cakera)
  • Blu-ray
  • 3D Blu-ray

Bagi sebab-sebab yang tidak diketahui, filem ini dipasarkan di Malaysia kira-kira 2 Jun 2011 dalam semua format kecuali cakera Blu-ray 3D (mungkin disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan terhadap format atau filem itu).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fritz, Ben. "Movie projector: 'Tron: Legacy' will dominate 'Yogi Bear' and weak 'How Do You Know'", Los Angeles Times, Tribune Company, 2010-12-16. Dicapai pada 2010-12-16. 
  2. "Yogi Bear", Box Office Mojo, boxofficemojo.com, December 19, 2010. Dicapai pada February 19, 2011. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 "Yogi, Boo-Boo headed to big time". Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-03. http://web.archive.org/20081003182049/www.hollywoodreporter.com/hr/content_display/film/news/e3ic513f3c2fcf0f7f6de19be5cf2a23022. Capaian 2008-11-02. [pautan putus]
  4. News: Looney Tunes Shorts Attached To Upcoming Family Films. Retrieved 2010-11-16.
  5. Justin Chang, "Yogi Bear," Variety, December 12, 2010. Found at Variety website. Accessed January 10, 2011.
  6. Melinda Miller, "'Yogi Bear' spoils the picnic: Film with potential winds up being mostly unbearable," Buffalo News, December 17, 2010. Found at Buffalo News.com website. Accessed January 10, 2011.
  7. Kirk Honeycutt, "Film Review: 'Yogi Bear' May Send Viewers Into Hibernation," Hollywood Reporter, December 13, 2010. Found at Hollywood Reporter website, accessed January 10, 2011.
  8. Jacob, "TJ Miller Cast as Ranger Jones Thanks to Bizarre Audition," November 22, 2009, Beyond Hollywood website. Accessed January 10, 2011.
  9. Kristy Mangel, "T.J. Miller Cast in 'Yogi Bear'," November 18, 2009, The Apiary website. Accessed January 10, 2011.
  10. Yogi Bear Interview - T.J. Miller, December 4, 2010. Found at TV Guide website. Accessed January 10, 2011.
  11. The Yogi Bear Show: Yogi and Boo Boo Coming to Movie Theaters. Retrieved 2010-11-16.
  12. Timberlake, Faris Fall For "Yogi Bear" Retrieved 2010-11-16.
  13. Sennett, p. 60.
  14. 14.0 14.1 14.2 14.3 Breznican, Anthony. "Yogi Bear gets a digital makeover", USA Today. Dicapai pada 2010-12-12. 
  15. Sennett, p. 59.
  16. Chicago Parent, interview with Dan Aykroyd, Dec. 17, 2010
  17. Hartog, Kelly. "Sneak peek: Sixties favourite Yogi Bear returns to screens in 3D... but critics aren't impressed", Daily Mail, July 30, 2010. 
  18. "Yogi Bear Movie Reviews". Rotten Tomatoes. Flixster. http://www.rottentomatoes.com/m/yogi-bear/. Capaian January 17, 2010. 
  19. http://boxofficemojo.com/movies/?id=yogibear.htm
  20. `Tron: Legacy' uploads at No. 1 with $43.6M debut (AP)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]