Zainal Abidin bin Jaffar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Zainal Abidin Bin Jaffar
Kelahiran (1958-04-22) 22 April 1958 (umur 65)
PasanganDatin Sadiah Binti Abu Samah
Anak-anak4 orang

Datuk Zainal Abidin bin Jaffar dilahirkan pada 22 April 1958 di Johor, Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika ini.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Lahir di Johor dan dibesarkan di Melaka, di Felda Air Kangkong, Selandar, Melaka mulai 1960. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Sadiah Binti Abu Samah dan dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Datuk Zainal Abidin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Selandar, Melaka (1965-1970), kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka (1971-1973) dan Kolej Islam Kelang (1974-1977). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) UKM (1978-1982)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat di Jakim yang dahulunya (BAHEIS) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Pengalaman Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  1. Penolong Pengarah, Penyelidikan/ Sijil Halal(1982)
  2. Penolong Setiausaha, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)1984)
  3. Atase Agama,Kedutaan Besar Malaysia–Jakarta(1986)
  4. Pegawai Perhubungan Awam Jakim (1991)
  5. Penolong Setiausaha, Unit Tilawah Al-Quran (1993)
  6. Ketua Penolong Pengarah JAWI/MAIWP,Baitulmal (1998)
  7. Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid(Kesuma) (2004)
  8. Pengarah, Bahagian Dakwah (2005)
  9. Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Penguatkuasaan Undang-undang (2005)
  10. Pengarah, Bahagian Latihan (2006)
  11. Pengarah, Bahagian Hab Halal (2007)
  12. Pengurus Besar, Halal Development Corporation (HDC) (2008)
  13. TImbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) (2009)
  14. Pengarah Bahagian Hab Halal (2010)
  15. Pengarah Bahagian Kemajuan Islam (BKI) (2011)
  16. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) (2013 – April 2017)
  17. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim (Mei 2017-kini)

Anugerah dan Kurniaan[sunting | sunting sumber]

  1. Ahli Mahkota Perak (A.M.P), Perak 1997
  2. Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), Melaka 1999
  3. Ahli Mangku Negara (A.M.N) 2003
  4. Johan Setia Mahkota (J.S.M) 2013
  5. Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) 2013
  6. Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) 2016
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPM 1996
  8. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPM 2001
  9. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2003
  10. Sijil Penghargaan Suruhanjaya Pilihanraya Kerana Perkhidmatan Cemerlang Sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya Umum Ke -10 Dan 11 1999 DAN 2004
  11. Jawatankuasa Pelaksana Majlis-Majlis Rasmi Islam Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa Anjuran Jakim 2016H/1437M

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]