22 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
22 April merupakan hari ke-112 (hari ke-113 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 253 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bumi di banyak negara.
[sunting] Peristiwa
- 1500 - Penjelajah Portugal Pedro Álvares Cabral (gambar) dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama yang menemui Brazil.
- 1864 - Kongres Amerika Syarikat memberikan kebenaran untuk mencetak syiling dua sen, syiling A.S. pertama dengan frasa In God We Trust.
- 1912 - Akhbar Bolshevik Pravda diterbitkan buat pertama kali, di Saint Petersburg, Rusia.
- 1914 - Babe Ruth menyertai permainan besbol profesional yang pertama sebagai pembaling untuk Baltimore Orioles.
- 1915 - Jerman melepaskan gas klorin sebagai senjata kimia dalam Pertempuran Kedua Ypres, membunuh lebih 5 ribu askar dalam masa 10 minit.
- 1930 - Perjanjian Tentera Laut London yang mengawal perang kapal selam dan menghadkan pembinaan kapal ditandatangani oleh Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Perancis dan United Kingdom.
- 1993 - Versi pertama Mosaic (gambar logo) dikeluarkan, menjadi pelayar Jaringan Sejagat dan pelanggan Gopher pertama yang popular.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||