Zaini Kosnin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaini Kosnin
Kelahiran (1981-02-16) 16 Februari 1981 (umur 43)
Pusat pendidikanIjazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia
PekerjaanPenerbit, Pengarah & Penulis Skrip
PasanganSiti Norerdah Binti Akir[1]
Anak-anak1

Zaini Kosnin merupakan seorang penerbit, pengarah dan penulis skrip di Malaysia.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 16 Februari 1981, di Ayer Hitam, Johor dan memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan karya yang pertama ditulis adalah Epilog Senja Di Bumi Sintok. Namun skrip itu tidak dapat diterbitkan di atas sebab-sebab tertentu. Kemudian skrip tersebut diubah jalan cerita dan tajuk kepada Arus Ke Kuala dan mendapat tempat di RTM.

Karya beliau yang kedua adalah Aku Nak Jadi D.J ditulis pada tahun 2002 telah mendapat tempat di TV3 untuk slot Cerekarama, namun ditukar tajuk kepada D.J Millenium dan hanya ditayangkan pada tahun 2008.

Dalam pada masa itu, beliau terus menulis skrip dan juga melakukan kerja-kerja dibelakang tabir dari sebagai pembancuh air dilokasi penggambaran sehinggalah menjadi Pengurus Produksi, Pengarah dan Penerbit Eksekutif.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah skrip untuk drama episod, telemovie, dokumentari, video korporat dan sebagainya. Antara karya beliau yang popular adalah Halimah Jongang - Astro Prima,[2] Lillahi Ta'ala - TV9, Fatimah Juling - Astro Prima dan Yang Terpuji - TV3.

Pernah berkhidmat sebagai Pengarah (Ketua Jabatan) di Uniutama Film Centre, Universiti Utara Malaysia pada tahun 2010[3] sebelum meletak jawatan dan menubuhkan syarikat ZK Creative Production Sdn. Bhd. pada tahun 2011.[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Sebagai Penulis Skrip[sunting | sunting sumber]

Anugerah Skrin 2009[sunting | sunting sumber]

Anugerah Skrin 2010[sunting | sunting sumber]

  • Lillahi Ta'ala - Pencalonan [6]
  • Halimah Jongang The Series - Pencalonan [7]
  • Fatimah Juling - Pencalonan [8]
  • Senah Pekak
  • Selipar Jepun Suria - Pencalonan [9]

Anugerah Skrin 2011[sunting | sunting sumber]

  • Yang Terpuji - Pencalonan dan Adik Fazli Daniel Ali memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene melalui telemovie ini. [10]

Pencapaian Sebagai Penerbit[sunting | sunting sumber]

Anugerah Lawak Warna[sunting | sunting sumber]

  • Bila Joyah Masuk TV - Pencalonan dan Jasmin Hamid memenangi Anugerah Pelakon Wanita Komedi Terbaik melalui telemovie ini. [11]

Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS)[sunting | sunting sumber]

Beliau menubuhkan Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) pada tahun 2013 bersama dengan rakan-rakannya dan beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Penaja selama setahun sebelum melepaskannya pada Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama.[12]

Senarai Drama Yang Diterbitkan[sunting | sunting sumber]

Semua drama tersebut di bawah terbitan ZK Creative Production Sdn. Bhd. [13]

  • Takdir Afina – TV3 – 2011
  • Syurga Bagiku – TV9 – 2011 [14]
  • Fatin Ranggi Fendi Ketak – Astro Warna – 2011
  • Terima Kasih Ya Rabb – Astro Prima – 2011
  • Bila Joyah Masuk TV – TV9 - 2012
  • Jangan Cari Salahku – TV9 – 2012
  • Misteri Parit Sonto – Astro Warna – 2012
  • Aku Janda Belum Kaya – Astro Prima – 2012
  • Nur Ramadan – TV3 – 2012
  • Bila Joyah Jadi Jutawan – TV9 – 2012
  • Anakku Ghazali – TV9 – 2012
  • Bintang Hati Umi – TV9 – 2013
  • Untukmu Muhammad – TV9 – 2013
  • Samosa Hangit Inti Sardin – Astro Prima – 2013
  • Dari Singmah Estet Ke Downtown – Astro Warna - 2013
  • Wartawan Kampung – Astro Warna – 2013
  • Nyamuk Tak Berdosa – TV3 – 2013
  • Abah Tak Balik Malam Raya – TV3 – 2013
  • Awang Senandung – TV9 – 2013
  • Cinta Pandang Kedua – TV9 – 2013-2014 [15]
  • Rania Tip Top – TV3 – 2014
  • Bila Joyah Dah Goyah - TV9 - 2014
  • Andainya Aku Pergi Dulu – TV3 - 2014
  • Bedah VS Joyah - TV9 - 2014
  • Fifi dan Fafai - TV3 - 2014

Senarai Karya Skrip[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]