Zaman Penjelajahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Penemuan atau Zaman Penjelajahan merujuk kepada zaman yang bermula pada kurun ke-15 di mana bangsa Eropah mula menjelajah dunia melalui lautan untuk mencari rakan dagang dan barang perdagangan. Barang perdagangan bernilai yang dicari termasuk emas, perak dan rempah ratus. Bangsa Eropah Barat menggunakan teknologi pelayaran kapal untuk mencari jalan perdagangan ke Asia untuk rempah yang bernilai yang pada masa itu dimonopoli oleh kuasa di Mediterranean.