Kolkata

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
  ?Kolkata
Bengal Barat • India
Pusat Kolkata
Pusat Kolkata
Koordinat: (find coordinates)
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Kawasan
Ketinggian
185 km² (71 sq mi)
• 9 m (30 kaki)
Daerah Kolkata
Penduduk
Kepadatan
Metro
4,580,544 (

2001)
• 24,760 /km2 (64,128 /sq mi)
• 14,681,589 (3rd) (2006)

Datuk Bandar Bikash Ranjan Bhattacharya
Kod
Pinkod
Telefon
UN/LOCODE
Kenderaan

• 700 001 - 700 157
• +91 (0)33
• INCCU
• WB-01 to WB-04
Laman web: www.kolkatamycity.com

Kolkata  (Bahasa Bangla: কলকাতা, IPA: /'kolkat̪a/, dahulunya Calcutta ) ialah ibu negeri Bengal Barat yang terletak di tebing timur Sungai Hooghly di India timur. Dengan bilangan penduduk bandar raya sebanyak hampir lima juta, dan bilangan penduduk metropolitan melebihi 14 juta, Kolkata ialah aglomerasi bandar yang ketiga terbesar dan bandar raya yang keempat terbesar di India.

Peta India-Kolkata.png

Kolkata bertindak sebagai ibu negara India semasa Raj British sehingga 1911. Merupakan pusat pendidikan, sains, kebudayaan, dan politik moden pada satu ketika, Kolkata mengalami kebekuan ekonomi pada tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan India pada tahun 1947. Bagaimanapun sejak tahun 2000, pembalikmudaan ekonomi telah menyekat kemerosotan yang mengerikan ini, dan telah menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan bandar raya Kolkata. Serupa dengan bandar raya besar yang lain, Kolkata terus menempuh masalah-masalah perbandaran seperti kemiskinan, pencemaran, dan kesesakan lalu lintas. Sebuah bandar raya yang bersemangat dan bertenaga dengan budaya sosial dan politik tersendiri, Kolkata dikenali untuk sejarah revolusinya, dari perjuangan kemerdekaan India hingga ke gerakan-gerakan puak kiri dan kesatuan sekerja. Dirujuk sebagai "Ibu Kota Kebudayaan India", "Bandaraya Perarakan", dan "Bandaraya Kegembiraan", Kolkata merupakan tempat asal kepada tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Subhas Chandra Bose, Ibu Teresa, Satyajit Ray, dan Satyendranath Bose.

[sunting] Nama

Nama Kolkata dan Calcutta mungkin berasal daripada perkataan Kalikata, nama untuk salah satu daripada tiga kampung di kawasan itu sebelum ketibaan pihak British. [1] Perkataan "Kalikata" pula merupakan versi bahasa Inggeris untuk perkataan Kalikshetra ("Tanah dewi Kali"). Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain mengenai asal nama ini. Penempatan asal bandar raya ini didakwa ditempatkan di tepi sebatang khal (bahasa Bengali untuk "terusan") yang mungkin melahirkan nama bandar raya ini. Selain itu, tempat ini dikenali untuk pengeluaran kapur, dan nama "Kolkata" mungkin berasal daripada kali (bahasa Bengali untuk "kapur") dan kata (bahasa Bengali untuk "cangkerang"). Tambahan pula, nama ini mungkin juga berasal daripada istilah bahasa Bengali kilkila yang bermaksud "kawasan datar". [2] Kerajaan Bengal Barat menukarkan nama rasmi bandar raya Calcutta menjadi Kolkata; nama baru disahkan pada tahun 2001.

[sunting] Rujukan

  1. (Mukherjee 1991)
  2. "Kolkata (Calcutta): History". Calcuttaweb.com. http://www.calcuttaweb.com/history.shtml. Retrieved 2006-06-01. 

[sunting] Pautan luar

Example.of.complex.text.rendering.(small-white).png Halaman ini mengandungi teks bahasa India. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian. Lebih...
Carilah maklumat lanjut tentang Kolkata di projek saudara Wikipedia:

Wiktionary small.svg   Takrif lema dari Wiktionary
Wikibooks-logo.svg   Buku teks dari Wikibooks
Wikiquote-logo.svg   Petikan dari Wikiquote
Wikisource-logo.svg   Teks sumber dari Wikisource
Commons-logo.svg   Imej dan media dari Commons
Wikinews-logo.svg   Berita dari Wikinews


Bandar raya metropolitan
BangaloreChennaiDelhiKolkataMumbai
Negeri dan wilayah India Ibu negeri India

AgartalaAizawlBangaloreBhopalBhubaneswarChandigarhChennai (Madras) • DamanDehradunDelhiDispurGandhinagarGangtokHyderabadImphalItanagarJaipurKavarattiKohimaKolkata (Calcutta) • LucknowMumbai (Bombay) • PanajiPatnaPondicherryPelabuhan BlairRaipurRanchiShillongShimlaSilvassaSrinagarThiruvananthapuram (Trivandrum)