3GPP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Projek Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP) ialah kemuafakatan antara kumpulan-kumpulan persatuan telekomunikasi untuk mencipta spesifikasi sistem telefon bimbit generasi ketiga (3G) yang boleh digunakan secara sejagat di dalam ruang lingkup projek Telekomunikasi Bimbit Antarabangsa-2000 bagi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Spesifikasi 3GPP berdasarkan spesifikasi Sistem Sejagat untuk Komunikasi Bimbit (GSM) yang diperkembangkan. Pemiawaian 3GPP merangkumi seni bina Radio, Rangkaian Teras dan Perkhidmatan.[1]

Kumpulan-kumpulan 3GPP termasuk:

Projek itu diasaskan pada bulan Disember 1998. 3GPP harus tidak dikelirukan dengan Projek 2 Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP2) yang menetapkan piawai-piawai untuk lagi satu teknologi 3G yang bersandarkan IS-95 (CDMA), lebih dikenali sebagai CDMA2000.

Piawai[sunting | sunting sumber]

Piawai 3GPP distrukturkan sebagai Lepasan dan oleh itu, sebarang perbincangan tentang 3GPP seringnya merujuk kepada kefungsian sesuatu lepasan atau yang lain.

Versi Diterbitkan [3] Maklumat
Lepasan 98 1998 Lepasan ini dan lepasan-lepasan yang lebih awal menetapkan rangkaian-rangkaian pra-3G GSM
Lepasan 99 2000 Suku Tahun 1 Menetapkan rangkaian-rangkaian 3G UMTS yang pertama yang menggabungkan antara muka udara CDMA [4]
Lepasan 4 2001 Suku Tahun 2 Pada asalnya digelar Lepasan 2000 - ciri-ciri tambahan termasuk Rangkaian Teras Semua-IP [5]
Lepasan 5 2002 Suku Tahun 1 Memperkenalkan IMS dan HSDPA [6]
Lepasan 6 2004 Suku Tahun 4 Pengendalian bersepadu dengan rangkaian-rangkaian LAN Wayarles, dengan penambahan HSUPA dan MBMS, serta perluasan kepada IMS seperti Tolak untuk Berbual Melalui Telefon Bimbit (PoC) dan GAN [7]
Lepasan 7 Sedang dijalankan (dijangka akan siap pada pertengahan 2007) Menumpukan pengurangan kependaman dan QoS serta perbaikan kepada penggunaan masa nyata seperti VoIP.[8] Spesifikasi ini juga akan menumpukan HSPA+ (Evolusi Capaian Bingkisan Kelajuan Tinggi), protokol kelajuan tinggi dan antara muka bahagian depan tanpa hubungan SIM (Komunikasi Medan Dekat yang membolehkan para operator memberikan perkhidmatan tanpa hubungan seperti Pembayaran Bimbit), serta Evolusi EDGE.
Lepasan 8 dan seterusnya Sedang dijalankan (dijangka akan siap pada 2009) E-UTRA, Rangkaian All-IP (SAE). Lepasan 8 merupakan pemfaktoran semula UTMS sebagai IP yang berasaskan rangkaian generasi keempat pada keseluruhannya.

Setiap lepasan menggabungkan ratusan dokumen piawaian yang berasingan, dengan setiap dokumen mungkin mengalami banyak semakan. Piawai 3GPP yang terkini merangkumi semakan piawai GSM yang terkini. Rancangan 3GPP untuk masa hadapan selepas Lepasan 7 telah dimulakan di bawah judul Evolusi Jangka Panjang (LTE").

Dokumen-dokumen tersebut boleh didapati secara bebas dalam tapak web 3GPP. Sedangkan piawai 3GPP boleh membingungkan orang-orang baru, ia adalah amat lengkap dan terperinci, dan memberikan wawasan tentang bagaimana industri telefon bimbit berfungsi. Dokumen-dokumen itu bukan sahaja merangkumi bahagian radio ("Antara Muka Udara") dan Rangkaian Teras, tetapi juga tentang maklumat bil dan pengekodan pertuturan sehinga peringkat kod sumber. Aspek-aspek kriptografi (pengesahan, kerahsiaan) juga ditetapkan dengan terperinci. 3GPP2 memberikan maklumat yang serupa tentang sistemnya.

Penempatan[sunting | sunting sumber]

Sistem-sistem 3GPP telah ditempatkan di sekitar kebanyakan pasaran GSM yang telah bertapak.[9][10] Sistem-sistem itu pada dasarnya merupakan sistem Lepasan 99 tetapi sejak dari tahun 2006, minat yang semakin bertambah terhadap Capaian Bingkisan Hubungan Turun Kelajuan Tinggi (HSDPA) telah mendorong penerimagunaan Lepasan 5 dan pengganti-penggantinya. Sejak tahun 2005, sistem-sistem 3GPP telah didapati ditempatkan dalam pasaran-pasaran yang sama dengan sistem-sistem 3GPP2 (misalnya di Amerika Utara [11]). Para pengulas industri sentiasa mengagak tentang sistem-sistem yang bersaingan, dengan hakikatnya tidak jelas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Tentang Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP)
  2. Laman web CCSA
  3. Piawai Terbuka, Membantu NGN menjadi satu kenyataan
  4. Pandangan keseluruhan tentang 3GPP Lepasan 99, Ringkasan tentang semua ciri Lepasan 99. Pusat Kecekapan Telefon Bimbit ETSI, Versi xx/07/04
  5. Pandangan keseluruhan tentang 3GPP Lepasan 4, Ringkasan tentang semua ciri Lepasan 4, v.1.1.0 (draf), Pusat Kecekapan Telefon Bimbit ETSI 2004
  6. Ringkasan tentang semua ciri Lepasan 5, Pusat Kecekapan Telefon Bimbit ETSI, Versi 9 September 2003
  7. Pandangan keseluruhan tentang 3GPP Lepasan 6, Ringkasan tentang semua ciri Lepasan 6, Versi TSG #33, Pusat Kecekapan Telefon Bimbit ETSI 2006
  8. Tinjauan Semula Rancangan Kerja di Plenaries #31, 3GPP, SP-060232 3GPP TSG SA#31 Sanya, 13-16 Mac 2006
  9. Fakta Pantas GSM/3G. Persatuan Pembekal GSM, 10 Disember 2006
  10. Sumber: Penempatan Komersil 3G/UMTS, Jadual yang menyenaraikan rangkaian 3G/UMTS berasaskan teknologi WCDMA yang dilancarkan secara komersil, Forum UMTS
  11. Cingular Akan Membekalkan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles 3G, Siaran Akhbar, Cingular Wireless, MediaRoom 30 November 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]