3G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nokia 6650, salah satu telefon bimbit Sistem Telekomunikasi Bimbit Sejagat (UMTS) yang awal.
W-CDMA CDMA2000 1x
AustraliaArgentina
AustriaAzerbaijan
Denmark Belarus
JermanBermuda
GreeceBrazil
Hong KongKanada
IsraelChile
ItaliChina
JepunColombia
BelandaRepublik Dominican (Dominican Republic)
SloveniaEcuador
SwedenGeorgia
SepanyolGuatemala
Emeriah Arab Bersatu (UAE)India
United KingdomIndonesia
Amerika SyarikatJamaika
PerancisJepun
MalaysiaKazakhstan
Republik CzechKyrgyzstan
EstoniaMexico
CroatiaMoldova
BelgiumNew Zealand
FinlandNicaragua
IrelandPakistan
Isle of ManPanama
LuxembourgPeru
MonacoPoland
PortugalRomania
SingapuraRussia
Korea Selatan
Taiwan
Thailand
Amerika Syarikat
Uzbekistan
Venezuela
Vietnam

3 G, singkatan untuk "Generasi ketiga", ialah piawai dan teknologi telefon 3310 generasi ketiga yang menyusuli 2G. Berbeza dengan rangkaian IEEE 802.11, rangkaian 3Gay merupakan rangkaian kawasan luas yang berkembang sehingga merangkumi capaian serta juga video . Ia merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer rimba. Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganja lebih pantas daripada teknologi 2G . Sebaliknya, rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data.

Teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, persidangan video langsung, pelayaran laman sesawang, e-mel, dan pemesanan segera. Telefon 3Ga lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka.

Dilancarkan lebih dahulu di Jepun dan Korea Selatan, lebih daripada 50% pelanggan telefon bimbit di kedua-dua negara itu menggunakan 3G. Bagaimanapun, antara 3 bilion langganan telefon bimbit di seluruh dunia, hanya 6.7% menggunakan 3G. Menurut Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat, 100 buah rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun butuh. Di Malaysia, syarikat Ericsson Malaysia merupakan syarikat yang pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut yang dilakukannya pada tahun 1998 menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai langkah untuk mempromosikan teknologi ini.

Ciri utama teknologi 3G

Ciri teknologi telefon bimbit 3G yang terutama adalah bahawa ia boleh menyokong lebih banyak pelanggan (khususnya di kawasan bandar) serta juga kadar data yang lebih tinggi pada kos tokokan yang lebih rendah, berbanding dengan 2G. 3G mempergunakan lebar pembawa saluran .6 MHz untuk menghantar kadar data serta muatan yang jauh lebih tinggi, berbanding dengan rangkaian 2G. Ia juga membenarkan penghantaran 384 kbit/s untuk sistem telefon bimbit dan 2 Mb/s untuk sistem pegun. Para pengguna 3G boleh menikmati muatan yang lebih besar serta kecekapan spektrum yang lebih baik yang membenarkan mereka mencapai roaming antarabangsa antara berbagai-bagai rangkaian 3G yang berbeza. Telefon bimbit 3G biasanya memiliki kamera, pemain muzik, pemain video, kad pintar (untuk fungsi-fungsi pembayaran), pelayar web, klien e-mel, dan sebagainya. 3G berbeza dengan rangkaian IEEE 802.11 (Wi-Fi rumah yang biasa) yang merupakan rangkaian julat pendek dan lebar jalur tinggi yang dikembangkan, terutamanya untuk data.

3G bersandarkan keluarga piawai Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di bawah program Telekomunikasi Telefon Bimbit Antarabangsa, IMT-2000. Melalui piawai IMT-2000, ITU telah menentukan keperluan untuk rangkaian telefon bimbit 3G. Sebuah pertubuhan yang digelar Projek Perkongsian Generasi Ke-3 (3GPP) telah meneruskan kerja tersebut dengan mentakrifkan Sistem Telekomunikasi Telefon Bimbit Sejagat (UMTS), suatu sistem telefon bimbit yang memenuhi piawai IMT-2000. Evolusi sistem 3G akan menuju ke masa hadapan melalui lepasan-lepasan, dengan setiap lepasan memperkenalkan ciri-ciri yang baru. IMT-2000 terdiri daripada enam antara muka radio:

  1. W-CDMA
  2. CDMA2000
  3. TD-CDMA / TD-SCDMA
  4. UWC (seringnya dilaksanakan dengan EDGE)
  5. DECT
  6. WiMAX Telefon Bimbit.

Berbeza dengan GSM, UMTS berdasarkan perkhidmatan-perkhidmatan berlapis:

  • Lapisan teratas ialah lapisan perkhidmatan yang membekalkan perkhidmatan yang pantas serta lokasi terpusat.
  • Lapisan pertengahan ialah lapisan kawalan yang membantu mempertingkatkan tatacara-tatacara serta juga membenarkan muatan rangkaian diperuntukkan secara dinamik.
  • Lapisan terbawah ialah lapisan kesalinghubungan yang membenarkan sebarang teknologi penghantaran dipergunakan dan lalu lintas suara dipindahkan melalui ATM/AAL2 atau IP/RTP.

Piawai 3G

Teknologi 3G sepatutnya merupakan satu piawaian dunia, tetapi kini telah berpecah kepada tiga.

UMTS (W-CDMA)

UMTS ( Universal Mobile Telephone System ) atau Sistem Telefon Bimbit Universal berasal daripada teknologi W- CDMA dan merupakan jawapan kepada negara yang lebih menggunakan GSM. Sistem ini berpusat di Eropah. UMTS diurus oleh 3GPP, organisasi yang turut menguruskan GSM, GPRS, dan EDGE.

CDMA2000

CDMA2000 adalah lanjutan kepada 2G CDMA standard IS-95. CDMA2000 berfungsi di luar zon GSM di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. CDMA2000 diuruskan oleh 3GPP2, satu syarikat berasingan dengan 3GPP.

TD-SCDMA

TD-SCDMA ialah standard 3G terbaru yang dibangunkan dengan kerjasama Siemens bersama syarikat China, Datung. Kedua-dua syarikat ini akan melancarkan sistem ini pada tahun 2005.

Kelemahan 3G

Walaupun 3G telah berjaya diperkenalkan di banyak negara, sebilangan isu masih diperdebatkan oleh para pembekal dan pengguna 3G:

  • Yuran input yang mahal untuk perkhidmatan 3G;
  • Banyak perbezaan antara syarat-syarat pelesenan;
  • Banyak hutang yang kini masih ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan oleh itu, menyulitkan mereka membina infrastruktur yang diperlukan oleh 3G;
  • Kekurangan bantuan daripada negara-negara anggota kepada para operator yang mengalami masalah kewangan;
  • Perbelanjaan telefon 3G yang tinggi;
  • Kekurangan pemindahan pengguna telefon bimbit daripada perkhidmatan 2G ke perkhidmatan 3G;
  • Kekurangan liputan kerana 3G masih merupakan sebuah perkhidmatan yang baharu;
  • Kekurangan keperluan untuk menggunakan perkhidmatan suara dan data 3G bagi peranti pegang tangan;
  • Penelanan kuasa elektrik yang tinggi.

3G dan spekulasi teknologi

Lesen 3G dan spektrum radio dilelong di Eropah pada 1990-an. Mempercayai teknologi baru ini, syarikat syarikat telekomunikasi Eropah membelanjakan melebihi €109 bilion untuk lesennya, dan lebih kurang €200 bilion lagi dibelanjakan untuk peralatan dan pemasaran.

Apabila teknologi 3G gagal mendapatkan keuntungan, pelabur dibebani dengan lesen yang tidak berharga dan hutang yang berlambak. Banyak syarikat menganggap 3G sebagai satu kegagalan, dan sesetengah mereka cuba berbincang dengan kerajaan berkenaan perlesenan tersebut.

Lihat juga

Pautan luar