3GP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
3GP
Sambungan fail: .3gp .3g2
Jenis media Internet: Video/3gpp (strim penggunaan/oktet?)
Jenis format: Bekas media

3GP ialah format bekas multimedia bagi telefon bimbit 3G yang ditakrifkan oleh Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP).

Perincian teknik[sunting | sunting sumber]

3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14 (MP4) yang direka untuk mengurangkan keperluan-keperluan storan dan lebar jalur bagi kegunaan telefon bimbit. Ia menyimpan strim-strim video seperti MPEG-4 Bahagian 2, H.263 atau MPEG-4 Bahagian 10 (AVC/H.264), serta strim-strim audio seperti AMR-NB, AMR-WB, AMR-WB+ atau AAC-LC. Fail 3GP selalunya merupakan endian besar dan menyimpan serta memindahkan bait yang terpenting lebih dahulu. Ia juga mengandungi huraian saiz imej dan kadar bit. Adanya dua piawai yang berlainan bagi format ini:

Kedua-duanya berasaskan video MPEG-4 atau H.263, dan audio AAC atau AMR.

Apabila dipindahkan ke sebuah komputer, filem-filem 3GP boleh ditonton pada pelantar-pelantar Linux, Mac, dan Windows dengan masing-masing menggunakan atur-atur cara seperti RealPlayer, QuickTime, dan Media Player Classic. Pemain media VLC juga boleh dipergunakan untuk kesemuanya.

Sokongan perkakasan[sunting | sunting sumber]

  • Kebanyakan telefon bimbit 3G menyokong main semula dan perakaman video dalam format 3GP.
  • Sesetengah telefon yang lebih baru tetapi tidak mempunyai keupayaan 3G juga boleh main semula dan merakam dalam format ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]