446 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-6 SM · Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM
Dekad: 470-an SM 460-an SM 450-an SM 440-an SM 430-an SM 420-an SM 410-an SM
Tahun: 449 SM 448 SM 447 SM 446 SM 445 SM 444 SM 443 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Achaea mencapai kemerdekaan daripada Athens, manakala Euboea yang amat penting bagi pengawalan Athens terhadap bekalan-bekalan laut dan makanan, memberontak terhadap Athens. Pericles menyeberangi masuk ke Euboea dengan askar-askarnya.
  • Megara menyertai pemberontakan terhadap Athens. Kepentingan lokasi Megara yang strategik ditunjukkan dengan segera oleh kemunculan seangkatan tentera di Attica, buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun, di bawah Raja Pleistoanax. Ancaman daripada tentera Sparta menyebabkan Pericles mengatur, melalui perundingan dan pemberian rasuah, bahawa Athens akan melepaskan tanah-tanah jajahannya di tanah besar dan membatasi diri kepada sebuah empayar samudera pada dasarnya.
  • Tentera Sparta berundur dan oleh itu, Pericles kembali ke Euboea dengan 50 buah kapal dan 5,000 orang askar untuk mematahkan sebarang tentangan. Baginda menghukum para pemilik tanah Chalcis yang hilang semua harta benda mereka, manakala penduduk-penduduk Istiaia disingkirkan dan digantikan oleh 2,000 orang peneroka Athens.
  • Selepas mendengar bahawa tentera Sparta telah menerima rasuah daripada Pericles, Pleistoanax, raja Sparta, didakwa oleh warganegara-warganegara Sparta, tetapi baginda melarikan diri dalam buangan ke Arcadia. Cleandridas, penasihat ketenteraannya, juga melarikan diri dan dihukum mati tanpa hadir.

Sicily[sunting | sunting sumber]

  • Ducetius, ketua keyunanian Siculi (penduduk-penduduk kuno Sicily), kembali daripada buangan di Corinth ke Sicily dan menjajah Cale Acte di pantai utara dengan peneroka-peneroka Yunani dan Siculi.

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Dalam Pertempuran Corbione, Titus Quinctius Capitolinus Barbatus mengetuai seangkatan tentera Rom yang mencapai kemenangan terhadap tentera Aequi dari Latium timur laut dan tentera Volsci dari Latium selatan.

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]